tgoop.com/RasyidAlKinti/892
Last Update:
GAMBARAN KECINTAAN PARA AHLULLAH
"Satu hari tak makan pun tak mengapa.” – itulah perumpamaan yang disebutkan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh tentang keadaan orang yang sedang dilamun cinta. Tuan Guru melanjutkan lagi dengan berkongsikan sebuah kisah.
Ada seorang pemuda hendak mengorat seorang gadis, yang merupakan anak dara kepada seorang hartawan besar. Rumahnya dilengkapi dengan pagar elektrik, tidak boleh dimasuki dengan mudah-mudah oleh orang asing.
Maka, pemuda tadi tunggulah selama berjam-jam lamanya sambil berdiri di luar pagar rumah. Pemuda itu berdiri di tengah kepanasan matahari, berhampiran dengan kedudukan longkang yang berbau. Berdiri selama tiga sehingga ke empat jam pun, dia sanggup untuk menunggu.
Akhirnya, keluarlah sebuah kereta dari pagar rumah. Rezeki pemuda tadi, terdapat gadis yang diminatinya itu sama di dalam kenderaan. Tingkap kereta direndahkan. Wanita itu memandang ke arahnya. Kemudian, wanita itu menurunkan purdahnya, malah melemparkan senyumannya lagi kepada pemuda tersebut!
Pemuda itu punyalah terlalu bahagia, sehinggakan kalau dia terjatuh pada masa itu dan kepalanya retak sekalipun, pasti dia tidak akan terasa sakit apa-apa!
Kemudian, kata Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh, itu baru gambaran keindahan bercinta dengan seorang insan. Lalu, bagaimana pula halnya kecintaan para Ahlillah dengan Allah Ta’ala?
PENYAKIT BURUK SANGKA KEPADA ALLAH
Buruk adab dengan Allah Ta’ala akan memutuskan Ma'rifatuLlāh. Suatu masa dahulu, Bani Israil menghendaki pokok-pokok yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam seperti kekacang dan sayur.
Puncanya kerana, mereka takut kalau pada hari yang seterusnya, Allah Ta’ala tidak lagi menurunkan makanan kepada mereka. Maka, mereka menyuruh Nabi Musa 'alaihi al-Salām untuk meminta kepada Allah Ta’ala. Ia telah dirakamkan di dalam Surah al-Baqarah pada Ayat 61,
وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصۡبِرَ عَلَىٰ طَعَامٖ وَٰحِدٖ فَٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ يُخۡرِجۡ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۢ بَقۡلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسۡتَبۡدِلُونَ ٱلَّذِي هُوَ أَدۡنَىٰ بِٱلَّذِي هُوَ خَيۡرٌۚ ٱهۡبِطُواْ مِصۡرٗا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلۡتُمۡۗ
Maksudnya : Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu."
وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ
Maksudnya : Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
Alangkah ruginya, Bani Israil lebih mempercayai usaha mereka sendiri berbanding Allah Ta’ala. Sedangkan, ia merupakan cara fikir yang tidak betul. Ini kerana, Allah Ta’ala telah memberi sesuatu yang terbaik untuk mereka bertahan di padang pasir. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Baqarah pada Ayat 57,
وَظَلَّلۡنَا عَلَيۡكُمُ ٱلۡغَمَامَ وَأَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَنَّ وَٱلسَّلۡوَىٰۖ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡۚ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ
Maksudnya : Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" (sejenis manisan) dan "Salwa" (sejenis burung), (ser
BY Rasyid Al-Kinti
Share with your friend now:
tgoop.com/RasyidAlKinti/892