RASYIDALKINTI Telegram 900
azimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

[ Tanbih ] Kata Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri ḥafiẓahuLlāh : Hadith tersebut telah dijadikan oleh beliau sebagai paparan utama di skrin telefon. Mudah-mudahan, setiap kali membuka telefon, terus teringat kepada pesanan Sayyiduna Rasulullah ﷺ berkenaan istighfar.

[ Kisah Istighfar Tukang Uli Roti ]

Suatu hari, al-Imam Ahmad bin Hanbal raḥimahuLlāh ( wafat tahun 241H ) pernah diusir keluar daripada menumpang tidur di kaki masjid. Sekalipun, nama Imam Ahmad cukup masyhur dan dihormati, namun, pada waktu itu belum ada kemudahan media seperti hari ini. Menyebabkan mereka tidak kenal siapakah gerangan manusia yang telah dihalau tersebut.

Taqdir Allah Ta’ala, berhadapan masjid itu kelihatan seorang pembuat roti. Beliau menguli tepung sambil beristighfar – tanpa henti. Kemudian, beliau ternampak Imam Ahmad diusir dan mempelawa untuk menumpang di rumahnya. Imam Ahmad sangat bersyukur.

Sepanjang perjalanan, Imam Ahmad melihat tukang roti tadi masih lagi beristighfar secara berterusan. Setibanya di rumah, Imam Ahmad bertanya dengan penuh rendah diri, “Apakah yang tuan telah dapat apabila mengamalkan istighfar?”

Jawab tukang roti, “Apa yang saya inginkan, kesemuanya telah diberikan oleh Allah Ta'ala. Kecuali satu sahaja...iaitu saya mahu sangat bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”

Masya-Allah!

[[ AMALAN KEDUA: DOA KELUAR RUMAH ]]

Sayyiduna Rasulullah ﷺ pernah berpesan bahawa, apabila seseorang itu hendak keluar dari rumahnya, maka bacalah :

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى نَفْسِي وَمَالِي وَدِينِي

اللَّهُمَّ رَضِّنِي بِقَضَائِكَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا قُدِّرَلِي

حَتَّى لَا أُحِبَّ تَعْجِيلَ مَا أَخَّرْتَ

وَلا تَأْخِيرَ مَا عَجَّلْتَ

[ Tanbih ] Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri ḥafiẓahuLlāh telah membaca doa ini sebanyak tiga kali, setiap kali semasa menaiki kenderaan. Selain daripada doa musafir yang diajarkan oleh al-'Allamah Shaykh Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani ḥafiẓahuLlāh. Berkat amalan tersebut, banyak urusan dalam kehidupan telah dipermudahkan.

[[ AMALAN KETIGA: DOA KETIKA KERUGIAN ]]

Disebutkan oleh al-'Allamah al-Habib Zein Sumaith Ba'Alawi ḥafiẓahuLlāh, seperti yang ditulis kembali nasihat tersebut oleh al-'Allamah al-Habib Muhammad Amin Ba'Alawi ḥafiẓahuLlāh di dalam “Kitab Adab Mencakup 50 Adab Dalam 50 Keadaan” bahawa :

Doa ketika mengalami kerugian dalam perniagaan. Maka, dibacalah Surah al-Qalam Ayat 32,

عَسَىٰ رَبُّنَآ أَن يُبۡدِلَنَا خَيۡرٗا مِّنۡهَآ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا رَٰغِبُونَ

Maksudnya : “Semoga Tuhan kita, ( dengan sebab kita bertaubat ) menggantikan bagi kita apa yang lebih baik daripada ( kebun yang telah binasa ) itu. Sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap.”

[ Faedah ]: Pada amalan doa tersebut terdapat rahsia yang sangat besar. Allah Ta’ala menggantikan kembali kepadanya apa yang telah hilang daripada dia sebelumnya. Kata Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh, kesemua amalan ini telah terbukti mujarab.

Alhamdulillah, Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh juga telah mengijazahkan amalan Ratib al-Haddad dan juga Hizib al-Nasr sebagai pendinding khusus daripada sihir.

Kedua-duanya telah disusun oleh Sayyidina Qutb al-Irsyad Wa Ghauth al-'Ibad Wa al-Bilad, al-Imam al-Habib Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad raḥimahuLlāh ( wafat tahun 1044H ).

Semoga kita dimudahkan oleh Allah Ta'ala untuk beramal dengannya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم

-Rasyid Al-Kinti

Hari Dua Ratus Tujuh Empat,
2 Jamadil Akhir 1442/
17 Disember 2020

tgoop.com/RasyidAlKinti/900
Create:
Last Update:

BY Rasyid Al-Kinti

Share with your friend now:
tgoop.com/RasyidAlKinti/900

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Telegram message that reads: "Bear Market Screaming Therapy Group. You are only allowed to send screaming voice notes. Everything else = BAN. Text pics, videos, stickers, gif = BAN. Anything other than screaming = BAN. You think you are smart = BAN. But a Telegram statement also said: "Any requests related to political censorship or limiting human rights such as the rights to free speech or assembly are not and will not be considered." Hashtags are a fast way to find the correct information on social media. To put your content out there, be sure to add hashtags to each post. We have two intelligent tips to give you: Don’t publish new content at nighttime. Since not all users disable notifications for the night, you risk inadvertently disturbing them. The best encrypted messaging apps
from us

Telegram Rasyid Al-Kinti
FROM American