RASYIDALKINTI Telegram 904
kan meletakkan kasih yang tinggi kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ berbanding kasih terhadap perkara-perkara lain. Kehilangan Sayyiduna Rasulullah ﷺ terasa lebih pedih daripada kehilangan orang lain yang kita kasihi.

Ambil contoh daripada kisah batang kurma, Sayyiduna Rasulullah ﷺ hanya berpisah tiga meter sahaja daripadanya. Dahulu, Baginda sering bersandar padanya, namun perkara itu sudah tidak berlaku lagi setelah Baginda berdiri di atas mimbar Masjid Nabawi.

Maka menangislah batang kurma, sehingga tangisannya didengari oleh para Sahabat radhiaLlāhu anhum yang berada di dalam masjid. Batang kurma hanya diam setelah dipujuk oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ untuk bersama dengan Baginda di dalam Syurga.

Imam Hasan al-Basri raḥimahuLlāh berkata : Bagaimana pokok kurma yang hanya berpisah tiga meter sahaja pun boleh menangis. Lalu, bagaimana perasaan kita yang sudah berpisah terlalu jauh daripada Sayyiduna Rasulullah ﷺ?

Telah berkata juga oleh al-Imam Fakhr al-Din al-Razi raḥimahuLlāh ( wafat tahun 606H ) bahawa :

Mukjizat terbesar Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang boleh dilihat ialah (1) Al-Quran dan (2) Kesempurnaan akhlak Baginda – akhlak 'Aẓim adalah satu-satunya hak khusus bagi Sayyiduna Nabi SAW.

[ Hadiah Istimewa Buat Umat ]

Sayyiduna Rasulullah ﷺ bersabda,

(( إنما أنا رحمة مهدا ))

Maksudnya : “Sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan.”

“Muhda” bermaksud : Hadiah yang hanya diberi kepada seseorang yang dikasihi. Ia bukanlah semata-mata pemberian yang biasa sahaja. Sebaliknya, hadiah diberikan secara khusus kepada seseorang yang mempunyai kedudukan istimewa di dalam hati.

Disebutkan oleh Guru yang Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh bahawa, melalui hadith tersebut, kita dapat mengetahui beberapa perkara yang sangat besar. Di antaranya ialah :

Pertama, Sayyiduna Rasulullah ﷺ ialah hadiah kepada umat, maka, kita perlulah menghargainya dengan sebaik mungkin. Kedua, betapa kasihnya Allah Ta’ala kepada umat Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

Ketiga, menerangkan ketinggian kedudukan Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Allah Ta’ala memberi ni'mat hadiah yang melebihi daripada Syurga ataupun dunia seisinya kepada kita semua – ya'ni Jantung Hati Umat, Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

(( وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ))

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” [ Surah al-Anbiya' Ayat 107 ]

Baginda adalah Tuan kepada umat. Kita memerlukan kepada seorang Pemimpin dan Allah Ta’ala telah mengutuskan rahmat yang sangat besar buat kita. Sungguh merugikan, apabila umat hari ini semakin menyimpang jauh kerana tidak mengenali Sahibul Syari'at dan siapakah idola mereka yang sebenarnya.

Perasaan ta'ẓim tidak akan hadir kecuali setelah mengenali. Seorang Raja tidak akan dibesarkan, kecuali setelah dikenali. Seekor singa tidak akan digeruni, kecuali setelah dikenali. Hukum mengenal Sayyiduna Rasulullah ﷺ adalah wajib. Syarat beriman mestilah bersaksi bahawa Sayyiduna Nabi ﷺ merupakan pesuruh Allah Ta'ala.

Dengan menyebut nama Baginda sahaja – berserta i'tiqad yang benar, seseorang itu boleh terselamat dari api Neraka. Seseorang itu termasuk dalam kalangan Muslim, dapat berkahwin dengan seorang Muslim dan banyak lagi. Alangkah mulianya nama Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

[ Tiga Sebab Jatuh Cinta ]

Disebutkan oleh Guru yang Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh bahawa, seseorang itu jatuh cinta kepada seseorang yang lain kerana tiga sebab :

Pertama, rupa parasnya yang cantik. Kedua, kebaikan akhlak yang dilakukan kepada dirinya ( seperti ibu bapa yang telah menjaga kita dengan baik sejak kecil, menyebabkan kita mencintai mereka ). Ketiga, kebaikan akhlak yang dilakukan kepada orang lain, walaupun bukan kepada dirinya.

Ketiga-tiga perkara ini telah terhimpun pada batang tubuh Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang mulia. Bahkan, kecantikan peribadi yang paling besar terdapat pada akhlak Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم

-Rasyid Al-Kinti

Hari Dua Ratus Tujuh Empat,
3 Jamadil A

tgoop.com/RasyidAlKinti/904
Create:
Last Update:

BY Rasyid Al-Kinti

Share with your friend now:
tgoop.com/RasyidAlKinti/904

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Hashtags The Standard Channel End-to-end encryption is an important feature in messaging, as it's the first step in protecting users from surveillance. Hashtags are a fast way to find the correct information on social media. To put your content out there, be sure to add hashtags to each post. We have two intelligent tips to give you: Although some crypto traders have moved toward screaming as a coping mechanism, several mental health experts call this therapy a pseudoscience. The crypto community finds its way to engage in one or the other way and share its feelings with other fellow members.
from us

Telegram Rasyid Al-Kinti
FROM American