Telegram Web
Doa Agar Mencintai Dan Dicintai Allah

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ

Allaahumma innii as-aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wa hubba 'amalin yuqorribu ilaa hubbika.

Ya Allah, aku memohon agar dapat mencintai-Mu, mencintai orang-orang yang mencintai-Mu, dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu.

HR. Tirmidzi no. 3235 dan Ahmad 5: 243, dan dishahihkan al-Albani.
Amalan Berpuasa dibulan zulhijjah.

Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

(Dr. Zaharuddin Abd Rahman)
💌

Shaikh shalih Al-Utsaimin;

Ada orang solat dua rakaat dibulan Ramadhan
Ada juga orang solat dua rakaat dibulan zulhijjah

Mana yang lebih afdhal?
Jawapannya adalah yang kedua,

Ini jarang diketahui orang awam
Maka saya mengatakan,
wajib atas ahli ilmu agar menjelaskan kepada masyarakat

Bahawa amal shaleh di bulan Zulhijjah lebih disukai Allah

Dihari-hari ini perbanyaklah baca Al-Quran,
Perbanyak zikir, bersedekah, Berpuasalah dihari-harinya.

Kerana Amal shaleh pada 10 awal Zulhijjah ini sangat dicintai Allah. Dari amalan di waktu manapun.


Forwarded from Untuk Kita Pendosa
📌 Takbir Pada 10 Hari Pertama Dzulhijjah

Takbir mutlak pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dimulakan dari masuknya bulan Dzulhijjah (iaitu dari terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Dzulqa'dah) sampai pada akhir hari Tasyrik (iaitu saat terbenamnya matahari pada tanggal ke 13 bulan Dzulhijjah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

📚 Majmu' Fatawa Syaikh Binbaz (13/17), Assyarhul Mumti' (5/220)
AMALKAN...AMALAN MUDAH DIAWAL BULAN DZULHIJJAH …
Contoh Takbir.

Perbanyakkan takbir,
Tengah berjalan, berkerja.
Menunggu.

Jika kesulitan bertakbir dengan lisan, takbirlah dengan hati.
Yang utama sebelum beramal

1) Tajdid niat, Perbaharui niat.

2) Ikhlas kerana Allah semata.

Ikhlas ialah niat melakukan sesuatu amal atau sesuatu pekerjaan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah taala tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Menurut Imam Qurtubi pula, ikhlas ialah membersihkan segala perbuatan daripada bertujuan untuk mendapatkan perhatian makhluk.
📌 Catat, Dua Hari Lagi Berpuasa Arafah

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:

"Puasa hari Arafah, aku harap dengannya Allah mengampuni dosa dosa selama setahun sebelumnya, dan setahun setelahnya".

📚 Shahih Muslim (1162)
Doa Hari Arafah

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang aku katakan juga para nabi sebelumku adalah:

Laa ilaha illallah wahdah, Laa syarika lah, Lahul mulku walahul hamdu, wa Huwa 'alaa kulli syai-in Qadiir

(Tidak ada sesembahan yang paling berhak disembah melainkan Allah semata, tidak ada sekutu baginya, baginya kerajaan dan pujian, dan Ia bisa melakukan apapun)"

🖋 (HR. Tirmidzi 3585)
Tinggal Hari ini dan esok (12 & 13 Zulhijjah) adalah hari di mana doa tidak tertolak.

Abu Musa al-Ash'ari RA menyatakan dalam khutbah pada hari raya Eidul Adha:

بعد يوم النّحر ثلاثة أيام التي ذكر الله الأيام المعدودات لا يردّ فيهن الدّعاء،
فارفعوا رغبتكم إلى الله

"setelah hari raya korban, 3 hari yang Allah mengatakan 'hari yang dihitung', tidak ditolak doa padanya (hari-hari itu), maka tinggikan harapanmu kepada Allah"

Rujuk Lata'if al-Ma'arif hlm 506
Semua perkerjaan itu memenatkan, maka itu jangan biarkan penatmu jadi sia-sia

Niatkan berkerja kerana Allah, Allah Melihat perkerjaan kita, kesungguhanmu dalam mencari rezeki yang halal, semua akan bernilai ibadah yang akan memberatkan timbangan Amalan kita nanti di akhirat kelak.

بسم الله .. 🌸

❝Menulislah di media yang tepat agar kata-katamu dihargai dan diamalkan. Di mana? Di hatimu. Jika hatimu sahaja tidak menghargai, jangan harap oranglain menghargai.

Kata-kata itu bukan seberapa banyak like, tapi seberapa ikhlas dan jujur hatimu. Apa yang dari hati akan sampai ke hati. Apa khabar hati? Masihkah ia tulus berkongsi?❞

✒️Ustaz Azdi Nawawi حفظه الله
Renungan bagi yang sekarang dalam keadaan sedih, husnuzon lah kepada Allah pasti ada jalan keluar.
 
'Fa inna ma'al 'usri yusroo, inna ma'al 'usri yusroo,' ingatlah bersama kesulitan akan datang kemudahan, ingatlah bersama kesulitan pasti akan datang kemudahan.

Berhusnuzhonlah kepada Allah.

فَمَا ظَنّكم بِرَبّ العَالمِين

“Maka apakah anggapanmu terhadap Rabb semesta alam?”‏ (QS. As-Saffat: 87)

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, 

قسما بالله ما ظن أحد بالله ظنا إلا أعطاه ما يظن ، لأن الفضل كله بيد الله سبحانه وتعالى .

“Sumpah, demi Allah. Allah pasti akan memberi apa yang jadi sangkaan baik dari seorang hamba. Kerana seluruh karunia itu di tangan Allah subhanahu wa ta’ala.”

Dalam hadits qudsi, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي

“Aku sesuai persangkaan hamba-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675)


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أُدْعُو اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِالاِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَقْبَلُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan doa kalian terkabul. Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak serius.” (HR. Tirmidzi, no. 3479. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)


Ibnul Qayyim rahimahullah berkata pula,

وأعظم الذنوب عند اللّه تعالى إساءة الظن به

“Dosa yang paling besar di sisi Allah adalah berprasangka jelek kepada Allah.” (Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa‘)
بسم الله ..

Mengapa perlu mengulang-ngulang ilmu?

Agar kita faham,
Bila sudah faham kita sedar diri, Dan muhasabah, lalu mengamalkan.

Agar ilmu tidak hanya di dengar, lalu hilang.. tidak hanya di baca lalu hilang.. jadilah ilmu yang tidak bermanfaat.

Mari kita amalkan doa Nabi salallahu alaihi wassalam dibawah ini setiap pagi,

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as-aluka ‘ilman nafi'an wa rizqon thayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.

Maksudnya :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima."

Bila rasa resah, ada masalah berat, tertekan stress. Amalkan ayat 44 Surah Al - Ghafir. Ulang ulang dan hafal. Kita serahkan 100% urusan kepada Allah.

(Ustazah Asma Harun)
2024/10/02 03:13:25
Back to Top
HTML Embed Code: