tgoop.com/SharedByNaqisna/1037
Create:
Last Update:
Last Update:
"
CINTA"
indah
bahagia
semua kata-kata yang baik ada padanya, bukan?
perasaan suci yang sepatutnya tidak dikotori
tapi ada manusia anggap cinta itu palsu
cinta itu hodoh
cinta itu menghancurkan
iya, benar juga kan?
dua orang bertemu cinta
oh indah
bagai pinang dibelah dua
bagai cincin dan permata
bagai dua merpati dua sejoli
semua cantik belaka
namun yang disebalik tabir ini bagaimana?
yang sentiasa taruh dalam diam
tak adil
si orkid cuba sedaya upaya untuk si kumbang hinggap
tapi kerana sekuntum bunga yang mekar wangi dan indah, semua usaha menjadi sia-sia
si bunga mawar tak perlu berusaha
sedangkan mawar sendiri meletak duri untuk melukakan sesiapa yang mendekat
tetapi kelakar melihat bagaimana si mawar membuang duri demi si kumbang
yang dikejar mati-matian oleh si orkid
kelakar ya
lantas bagaimana? cinta itu masih indah?
mungkin senang untuk berkata
"kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum"
tapi mungkin susah untuk menerima
setiap kumbang punya tarikan tersendiri, setiap bunga punya kecantikan berbeza
mungkin memang benar
cinta itu indah
tapi adakalanya
manusia perlu terima
cinta itu hodoh juga
-nizra
~🥀@SharedByNaqisna
BY Shared by Naqisna🥀
Share with your friend now:
tgoop.com/SharedByNaqisna/1037