tgoop.com/SuratPenolakanVaksin/350
Last Update:
CARA REPLY SURAT TATATERTIB
Isi kandungan surat kena reply secara kronologi.
Makna kena cerita dari awal.
Tak boleh skip.
Apa yg nak diceritakan itu?
Bukan semua,
Hanya point yg berkaitan dgn isi kandungan surat tatatertib shj.
Contoh surat tatatertib dikeluarkan kpd kita sebab tolak vaksin.
Jadi mulalah menjawap dgn sebut latar belakang kerja kita dulu.
" Saya telah menjawat jawatan ini sebagai......lebih ....tanpa sebarang masalah sama ada dari segi disiplin atau seumpamanya. Rekod saya bersih"
[ Kenapa kena sebut sebab surat tatatertib adalah cubaan utk letakkan kita sebagai pekerja bermasalah bila tolak vaksin ]
" Adalah jelas kpd saya selama ini skop tugasan yg dinyatakan kepada saya sehingga kini saya laksanakan dgn penuh tanggungjawap.
Namun begitu suka saya ambil perhatian pihak Tuan bahawa skop tanggungjawap saya dlm melaksanakan tugasan saya tidak sama sekali termasuk utk saya menerima sebarang suntikan vaksin kedalam tubuh badan saya apatah lagi program vaksin COVID-19 yg secara dasarnya hanyalah berbentuk sukarela semata-mata.
[ Kenapa kena sebut skop kerja sebab utk kita tekankan kita memang patuh kpd skop kerja dan skop kerja BUKAN termasuk amik vaksin ]
Next sebut:-
" Saya telah dimaklumkan melalui pekeliling bertarikh ...berkenaan keperluan utk semua staff termasuk saya utk divaksinasi. Seterusnya pada....saya telah menjawapa kpd pekeliling tersebut melalui surat/ email yg telah saya hantar kpd.....
Saya juga berasa bimbang berkenaan tekanan tidak masuk akal dan tidak munasabah yg saya terima dari masa ke semasa utk saya menerima suntikan vaksin COVID-19 maka saya telah melantik peguam utk mengeluarkan surat penolakan vaksin ( SPV) yg telah pun saya serahkan kpd pihak Tuan bertarikh.....
Saya juga ingin menarik perhatian pihak Tuan kpd isi kandungan Borang Suntikan Vaksin yg dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) sendiri ( yg menyebut ia sukarela, ada kesan sampingan dari masa ke semasa dan suntikan ini tak menjamin tiada terkena jangkitan pun di masa hadapan)
Saya juga telah menghantar surat seterusnya pada.....( Ini berkaitan jika kita ada respon kpd keperluan utk kita dapatkan surat perlepasan dari doktor- isi kandungan dan cara nak buat dah pernah ditulis di sini sebelum ini).
Seterusnya nyatakan semua komunikasi/ email/ surat menyurat/ wasap kpd siapa pada tarikh bila berkenaan isu penolakan ini.
Dan nyatakan kita dtg bekerja spt biasa sehinggalah mendapat surat tatatertib.
Utk konklusi surat buat dlm bentuk pertanyaan kenapa program imunisasi COVID ini dipaksa kpd kita sedangkan ia program sukarela, bukan utk menghalang jangkitan pun, mempunyai kesan sampingan yg terpaksa pula ditanggung sendiri.
Maka surat tatatertib ini adalah satu usaha perlanggaran undang2 di pihak Tuan sendiri kerana berpotensi membawa mudarat kpd saya sehingga kpd risiko kematian yg dinyatakan sendiri oleh pengeluar vaksin.
Surat tatatertib ini adalah penyalahgunaan prosedur kpd pekerja kerana menjurus kpd pemaksaan yg melanggar undang2 perlembagaan yg menjamin hak setiap individu kpd tubuh badan mereka sendiri.
Surat tatatertib ini juga adalah suatu jenayah menjurus kpd cubaan utk mengugut yg mendatangkan kebimbangan kemungkinan berlakunya mudarat kpd diri saya dan pekerjaan saya hanya kerana saya menolak mengambil vaksin COVID-19.
Saya percaya surat tatatertib ini tiada asas dan ia sebaliknya adalah bukti penyalahgunaan kuasa yg jelas di pihak Tuan.
BY SURAT PENOLAKAN VAKSIN
Share with your friend now:
tgoop.com/SuratPenolakanVaksin/350