Hari ini 22 tahun yang lalu, Menara TM dirasmikan.
Menara ibu pejabat Telekom Malaysia 55 tingkat setinggi 310 meter ini terletak di Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur bersebelahan Lebuhraya Persekutuan. Ketika itu, ia merupakan bangunan berpintal ke-4 tertinggi di dunia & bangunan ke-5 tertinggi di Malaysia.
Arkiteknya adalah Hijjas Kasturi, diinspirasikan oleh bentuk pucuk rebung daripada siri karya Latiff Mohidin berjudul ‘Pogo-Pogo’ (1964). Ia mula dibina pada 1998 oleh Deawoo Construction (Korea Selatan) bersama Peremba (Malaysia) & siap pada 2001.
Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad. Majlis tersebut yang disiarkan secara langsung dibuka dengan deklamasi sajak ‘Cerita Sebuah Menara’ oleh penerima Anugerah SEA Write 200, Dr. Lim Swee Tin.
Dengan kos dianggar lebih USD160 juta, menara ikonik yang dilengkapi ‘helipad’ ini direka untuk memanfaatkan unsur-unsur persekitarannya, menggunakan kedudukan, tingkat & sistem pendingin hawa yang menggalakkan penjimatan tenaga.
Kompleks Menara TM turut mengandungi teater yang boleh memuatkan 2,500 penonton, surau besar & fasiliti sukan. Ciri unik menara ini adalah ia juga mempunyai 22 taman terbuka pada selang setiap 3 tingkat. Ia juga mempunyai lif 2 dek.
Selain sebagai ibu pejabat TM, menara ini turut pernah menempatkan beberapa penyewa daripada syarikat besar, antaranya Mercedez-Benz, BASF, DHL, Unilever, Hapag-Lloyd, Henkel Malaysia, Malaysia Airlines, Takaful Nasional & Bahagian IT TNB.
Reka bentuknya juga menyerupai ’Stark/Avengers Tower’ dalam siri filem Marvel. Ketika promosi filem “Avengers: Infinity War”, logo Avengers dipaparkan di puncak Menara TM sebagai sebahagian kolaborasi TM dengan Marvel Malaysia.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, SAYS, CTBUH, Yayasan Kepimpinan Perdana
#PeristiwaHariIni

Bermula Isnin, serbuk serangga yang diproses menggunakan sinaran ultraungu (UV), khususnya serbuk larva kumbang tepung (Tenebrio molitor), akan dibenarkan untuk digunakan dalam makanan di seluruh Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Walaupun kumbang tepung telah pun diluluskan sebagai makanan, kebenaran baharu ini merangkumi rawatan UV yang bertujuan meningkatkan kandungan vitamin D dalam serbuk berkenaan.
Di bawah peraturan baharu ini, hanya sebuah syarikat dari Perancis yang akan dibenarkan memasarkan larva yang telah diproses itu pada peringkat awal.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Impian seorang lelaki kurang upaya (OKU) Jani Yusof untuk menyediakan rumah yang selesa buat isteri dan tiga anaknya akan menjadi kenyataan selepas mendapat bantuan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Mohd Hasbie Muda berkata beliau telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri Abdul Kahar Abdul Latif untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami lima beranak itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Mohd Hasbie Muda berkata beliau telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri Abdul Kahar Abdul Latif untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami lima beranak itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menerima 12 jahitan selepas mengalami kecederaan serius akibat terlanggar cermin kaca di sebuah taman awam sekitar Pengerang, Johor, baru-baru ini.
Suri rumah, Nurul Shazrina Roslee, 38, berkata, detik cemas yang menimpa anak sulungnya berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi taman awam tersebut sekitar jam 9.30 malam untuk menyaksikan tarikan baharu di sana.
Setibanya di lokasi kejadian, Nurul Shazrina menemui 'mirror maze' berbentuk bulatan dengan lampu-lampu di sepanjang cermin yang menyebabkan keadaan menjadi keliru akibat pantulan kaca pada waktu malam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Suri rumah, Nurul Shazrina Roslee, 38, berkata, detik cemas yang menimpa anak sulungnya berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi taman awam tersebut sekitar jam 9.30 malam untuk menyaksikan tarikan baharu di sana.
Setibanya di lokasi kejadian, Nurul Shazrina menemui 'mirror maze' berbentuk bulatan dengan lampu-lampu di sepanjang cermin yang menyebabkan keadaan menjadi keliru akibat pantulan kaca pada waktu malam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta supaya perbendaharaan negara dan Kementerian Ekonomi memberi kelonggaran mempercepatkan peruntukan yang diperlukan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta supaya perbendaharaan negara dan Kementerian Ekonomi memberi kelonggaran mempercepatkan peruntukan yang diperlukan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki diberkas polis selepas memukul isterinya yang meminta mereka berpindah dari rumah mentua.
Tindakan itu dilakukan Arga, 34, di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia setelah dia tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa.
Kasat Reskrim Polres Pelabuhan Belawan, AKP Riffi Noor Faizal berkata, kejadian itu berlaku di Kelurahan Rengas Pulau, Kecamatan Medan Marelan pada 9 Januari manakala penahanan pelaku dibuat pada Jumaat lalu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tindakan itu dilakukan Arga, 34, di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia setelah dia tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa.
Kasat Reskrim Polres Pelabuhan Belawan, AKP Riffi Noor Faizal berkata, kejadian itu berlaku di Kelurahan Rengas Pulau, Kecamatan Medan Marelan pada 9 Januari manakala penahanan pelaku dibuat pada Jumaat lalu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penggunaan alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar atau 'dummy buckle' dan tidak memakai tali pinggang keledar dengan sempurna oleh pemilik kenderaan dilihat menjadi trend semakin membimbangkan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata ini berikutan notis tertinggi yang dikeluarkan pada Operasi Khas Tahun Baru Cina (TBC) adalah bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, iaitu 195 kesalahan dengan lebih 30 peratus daripadanya menggunakan aksesori berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata ini berikutan notis tertinggi yang dikeluarkan pada Operasi Khas Tahun Baru Cina (TBC) adalah bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, iaitu 195 kesalahan dengan lebih 30 peratus daripadanya menggunakan aksesori berkenaan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Festival Antarabangsa Peragaan Topeng Surva di Bulgaria yang berlangsung selama tiga hari ini menampilkan lebih daripada 12,000 penari yang melakukan tarian ritual Surva serta menggoncang loceng.
Gerak tari mistik tersebut direka dan diwariskan dari generasi ke generasi secara simboliknya untuk menghalau negativiti atau mengusir roh jahat, selain menandakan berakhirnya musim sejuk dan menyambut ketibaan musim bunga.

Pasukan penyiasat menemukan mayat 28 migran berhampiran sebuah pusat tahanan di kawasan padang pasir di selatan Libya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Libya pada Ahad, kubur besar itu ditemukan di utara bandar Kufra, lokasi di mana puluhan migran pernah ditahan.
Pasukan keselamatan berjaya membebaskan 76 migran dari pusat tahanan itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Libya pada Ahad, kubur besar itu ditemukan di utara bandar Kufra, lokasi di mana puluhan migran pernah ditahan.
Pasukan keselamatan berjaya membebaskan 76 migran dari pusat tahanan itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sepuluh bangkai kucing yang ditemukan berbungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong didapati dibuang oleh Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Pulau Pinang kerana tidak mempunyai tempat pelupusan khas untuk penanaman atau pembakaran bangkai.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata dapatan itu diperoleh hasil daripada soal siasat ke atas pemilik pusat perlindungan haiwan SPCA tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata dapatan itu diperoleh hasil daripada soal siasat ke atas pemilik pusat perlindungan haiwan SPCA tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak teruja untuk membeli dan memiliki motosikal seludup kerana tindakan itu boleh mengundang pelbagai risiko perundangan.
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata pembelian menerusi saluran tidak sah hanya memberi keseronokan sementara tetapi berisiko tinggi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata pembelian menerusi saluran tidak sah hanya memberi keseronokan sementara tetapi berisiko tinggi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas pengerusi sebuah masjid di Kerteh, Kemaman hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memperdayakan seorang pegawai agama dengan mengemukakan senarai penama yang bukan berstatus miskin dan tidak layak menerima wang zakat wakalah.
Hamizan Amid, 56, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mendorong seorang pegawai agama badan kebajikan sebuah syarikat minyak menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap empat individu itu sedangkan mereka tidak layak mendapat bantuan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hamizan Amid, 56, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mendorong seorang pegawai agama badan kebajikan sebuah syarikat minyak menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap empat individu itu sedangkan mereka tidak layak mendapat bantuan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hubungan di antara negaranya dan Malaysia sebagai rakan sejati, saudara dan rakan kongsi, biarpun jarak di antara dua negara terletak di dua penghujung benua Asia.
Beliau berkata, hubungan dua hala di antara dua negara telah ditingkatkan kepada peringkat strategik pada 2014, dan seterusnya menjadi peringkat strategik komprehensif pada 2022, dengan salah satu tumpuan ialah pendidikan dan sumber manusia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau berkata, hubungan dua hala di antara dua negara telah ditingkatkan kepada peringkat strategik pada 2014, dan seterusnya menjadi peringkat strategik komprehensif pada 2022, dengan salah satu tumpuan ialah pendidikan dan sumber manusia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin atas tiga pertuduhan memperdagangkan dan memiliki senjata api secara haram pada Januari lalu.
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama memperdagangkan 14 pistol dan satu laras ‘sub machine gun’ tanpa kebenaran sah di sebuah rumah di Desa ParkCity, Sentul, pada jam 5.30 petang, 16 Januari lalu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama memperdagangkan 14 pistol dan satu laras ‘sub machine gun’ tanpa kebenaran sah di sebuah rumah di Desa ParkCity, Sentul, pada jam 5.30 petang, 16 Januari lalu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.
Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman Devesthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah berkata, daripada jumlah keseluruhan, 15 hingga 20 peratus dianggarkan pelancong asing.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman Devesthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah berkata, daripada jumlah keseluruhan, 15 hingga 20 peratus dianggarkan pelancong asing.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Republik Türkiye , Recep Tayyip Erdoğan bersama Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Syarahan Umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. #AWANInews
📸 Astro AWANI / SHAHIR OMAR
📸 Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan pada Ahad bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka sambil menegaskan bahawa Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Tiada kuasa yang boleh mengusir rakyat Gaza dari tanah air mereka, yang telah mereka diami selama ribuan tahun.
"Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin," katanya kepada pemberita di Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia.