Telegram Web
Perpustakaan terapung terkenal di dunia, Doulos Hope, yang sedang berlabuh di Labuan Liberty Wharf dari 2 Julai lepas, disambut secara rasmi di Labuan pada Khamis dalam majlis yang menampilkan persembahan kebudayaan tempatan.

Ketibaan kapal itu yang berlabuh hingga 28 Julai ini menandakan detik bersejarah bagi Labuan, melambangkan pengayaan kebudayaan dan semangat muhibah antarabangsa.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpustakaan-terapung-doulos-hope-disambut-secara-rasmi-di-labuan-528868
#AWANInews
๐Ÿ‘21โค7
Sebuah beg tangan kulit hitam berjenama Hermรจs Birkin - yang kelihatan lusuh dan calar mencatat sejarah apabila dilelong pada harga mencecah 8.6 juta Euro (bersamaan kira-kira AS$10 juta atau RM42 juta), sekali gus menjadikannya beg tangan paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan.

Beg ikonik itu merupakan Birkin pertama yang pernah dicipta oleh rumah fesyen mewah Hermรจs untuk ikon gaya dan penyanyi Britain, Jane Birkin.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/beg-tangan-asal-birkin-dilelong-rm42-juta-catat-rekod-dunia-528898

#AWANInews
โค13๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ‘Ž3
Pengurusan operasi haji bagi tahun 1446H/2025M adalah yang terbaik dan mendapat pujian serta pengiktirafan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, bagi operasi haji kali ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Tertinggi Labaytum 'Diamond Award' untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/operasi-haji-1446h2025m-paling-baik-diiktiraf-kerajaan-arab-saudi-mohd-naim-528882

#AWANInews
โค39๐Ÿ‘7๐Ÿ‘1
UMNO hari ini menyatakan kesyukuran atas pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, yang memperakui arahan penahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menjunjung kasih dan merafak sembah memohon ihsan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak baginda di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/umno-mohon-titah-tahanan-rumah-najib-dilaksana-ikut-perlembagaan-asyraf-wajdi-528909

#AWANInews
๐Ÿ‘Ž48๐Ÿ‘21๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ‘1
Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan berhampiran sebuah pusat kesihatan di bandar Deir Al Balah, Gaza Tengah, pada Khamis.

Menurut pegawai kesihatan dan petugas perubatan di wilayah itu, serangan tersebut berlaku ketika orang awam sedang beratur untuk mendapatkan rawatan dan bantuan pemakanan.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lapan-kanakkanak-maut-diserang-tentera-israel-ketika-sedang-beratur-dapatkan-rawatan-makanan-528895

#AWANInews
๐Ÿ‘Ž34๐Ÿ”ฅ16โค8
PETRONAS mencatat pencapaian antarabangsa penting dengan penghantaran pertama kargo gas asli cecair (LNG) dari kemudahan LNG Canada di Kitimat, British Columbia, Kanada.

Kargo LNG tersebut dihantar menggunakan kapal Puteri Sejinjang berkapasiti 174,000 meter padu dan kini dalam pelayaran menuju Jepun, sekali gus menandakan kemajuan strategik penting dalam pelaburan global syarikat tenaga negara itu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/petronas-mula-eksport-lng-dari-kanada-ke-jepun-capai-detik-bersejarah-528706

#AWANInews
๐Ÿ‘26โค8๐Ÿ‘6
Pasukan Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur dilaporkan sudah mengenal pasti tiga daripada empat mangsa tragedi kapal karam KMP Tunu Pratama Jaya, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ10โค5
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi mengulangi komitmen Malaysia dan China untuk memperkukuhkan kolaborasi ekonomi, kesalinghubungan serantau dan pembangunan mampan dalam mesyuarat mereka hari ini.

Ia termasuk pemerkasaan usahasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amm58-ai-integrasi-ekonomi-jadi-tumpuan-mesyuarat-bilateral-malaysiachina-528924

#AWANInews
๐Ÿ‘6๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ‘Ž2
Menurut Shamsul Azri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dan memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang bersidang pada Rabu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘29๐Ÿ‘Ž18โค1๐Ÿ‘1๐Ÿ”ฅ1
๐Ÿšจ Trump delays tariffs again but some countries win, others lose.

Did your country just get tariffedโ€ฆ or TACOed? ๐ŸŒฎ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ

Letโ€™s Break It Down.

#BreakItDownWithIrfan
#AWANIinternational


https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7525304020924304648
๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ‘Ž1
Sekumpulan penunjuk perasaan di Brazil membakar patung wajah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta bendera negara itu dalam satu demonstrasi di Sao Paulo pada Khamis sebagai bantahan terhadap pengumuman tarif baharu ke atas semua eksport Brazil ke Amerika Syarikat.

Protes itu berlangsung sehari selepas Presiden Trump mengumumkan pengenaan tarif sebanyak 50 peratus ke atas semua barangan import dari Brazil, langkah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelbagai sektor ekonomi negara Amerika Selatan itu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semakan-tarif-air-wajar-demi-kelestarian-bekalan-528906

#AWANInews
๐Ÿ‘23๐Ÿ‘Ž5๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ‘2โค1
Black women spend more on hair care than any other group. Now tariffs are driving prices up. This isnโ€™t just economics itโ€™s personal.

#Piaspectives #AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7525674812690156817
โค4๐Ÿ‘Ž1๐Ÿ”ฅ1
Permohonan semakan semula kadar tarif perkhidmatan bekalan air oleh operator perkhidmatan di 10 negeri bertujuan menjamin kelestarian perkhidmatan itu, di samping membolehkan kualiti pengurusan dipertingkatkan.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semakan-tarif-air-wajar-demi-kelestarian-bekalan-528906

#AWANInews
๐Ÿ‘Ž48๐Ÿ‘6๐Ÿ”ฅ5
ASEAN sedang menimbangkan usaha untuk menjadikan Turkiye sebagai rakan dialog dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan Turkiye telah memainkan peranan yang baik sebagai salah satu rakan sektoral ASEAN (Sectoral Dialogue Partner).

Baca lanjut di:https://www.astroawani.com/berita-dunia/asean-dalam-proses-jadikan-turkiye-rakan-dialog-mohamad-528920

#AWANInews
๐Ÿ‘19๐Ÿ‘Ž13โค1๐Ÿ”ฅ1
Kerajaan menghormati pandangan beberapa pihak yang mahu Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘Ž69๐Ÿ‘21๐Ÿ”ฅ4โค3๐Ÿ‘1
Polis menerima laporan daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, laporan dibuat oleh Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, pada 10 Julai lalu kira-kira jam 5.31 petang di Balai Polis Dang Wangi.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-siasat-dakwaan-shila-amzah-diserang-artis-legenda-528948

#AWANInews
๐Ÿ”ฅ10โค5
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
๐Ÿ”— https://bit.ly/4lyhbpO
๐Ÿ”ธPolis *siasat dakwaan Shila Amzah diserang artis legenda
๐Ÿ”ธ *Johari Ghani jalan tugas* , fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
๐Ÿ”ธ *Abdul Hadi pertahan jawatan presiden* pada pemilihan Pas September ini

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
โค4๐Ÿ”ฅ2
Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan melakukan amang seksual, pempengaruh media sosial dikenali sebagai "CEO Batu" didakwa lagi, kali ini di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya, dua bulan lepas.

CEO Batu atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah di dalam simpanan galeri telefon bimbit miliknya pada 11.39 pagi, 22 Mei lepas di Pejabat Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pempengaruh-ceo-batu-didakwa-lagi-atas-pertuduhan-simpan-video-gambar-lucah-528942

#AWANInews
โค8๐Ÿ‘Ž4๐Ÿ‘1๐Ÿ”ฅ1
Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Pas pada pemilihan Muktamar Pas ke-71 di Kedah, September ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata beliau tidak berhasrat melepaskan jawatan presiden yang disandangnya selama lebih 20 tahun itu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-pertahan-jawatan-presiden-pada-pemilihan-pas-september-ini-528938

#AWANInews
๐Ÿ‘Ž53๐Ÿ‘31โค7๐Ÿ”ฅ1
Wilayah Manitoba di Kanada sekali lagi mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah itu pada Khamis berikutan kebakaran hutan yang terus mengancam masyarakat, lapor Xinhua.

Kerajaan wilayah itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pengisytiharan itu dibuat berdasarkan syor daripada pegawai pengurusan kebakaran hutan dan kecemasan wilayah berkenaan.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/wilayah-di-kanada-sekali-lagi-isytihar-darurat-susulan-kebakaran-hutan-528941

#AWANInews
โค11๐Ÿ”ฅ8๐Ÿ‘1
2025/07/14 11:07:33
Back to Top
HTML Embed Code: