Telegram Web
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur pada Khamis.

Rubia tiba untuk lawatan pertamanya ke Malaysia, hari ini bagi menghadiri mesyuarat persidangan ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

#AWANInews
πŸ‘Ž54πŸ‘15πŸ”₯4❀3
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ingin melihat Malaysia kembali menjadi 'Asian Tiger' dan berkeyakinan ia boleh dicapai jika segala kekayaan dan sumber negara dimanfaatkan sepenuhnya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi besar untuk kembali kukuh di persada Asia kerana merupakan sebuah negara yang sebenarnya sangat kaya.

Katanya, bagaimanapun kekayaan tersebut tidak akan membawa hasil jika tidak dibangunkan dan diurus dengan betul.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ulang-tahun-ke100-tun-mahathir-ingin-lihat-malaysia-kembali-jadi-asian-tiger-528833
#TunM100
#AWANInews
πŸ‘80πŸ”₯8❀3πŸ‘Ž2πŸ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Suruhanjaya Tenaga Sabah dan Sabah Electricity bekerjsama bagi memastikan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) kepada pengguna pada tahap minimum.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
πŸ”₯4❀2πŸ‘Ž1
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi peluang kepada pelanggan untuk merealisasikan perjalanan impian mereka dengan mengadakan kempen beli-belah terunggul, Licence to Win 2025.

Kempen bermula 21 Julai hingga 31 Disember ini mengangkat tema "Own the Dream", menjadikan setiap perbelanjaan di semua rangkaian peruncitan dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa sebagai tiket emas untuk memenangi hadiah utama, sebuah Porsche 911 Carrera merah karmin.

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/licence-win-2025-peluang-miliki-porsche-dan-percutian-eksklusif-bersama-malaysia-airports-528834
#AWANInews
πŸ‘7❀1πŸ‘Ž1
Bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA) Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup badan induk itu, berkuat kuasa hari ini.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan Presiden MA Datuk Karim Ibrahim pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis MA di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur.

https://www.astroawani.com/berita-sukan/shahidan-dilantik-presiden-kehormat-seumur-hidup-ma-528841
#AWANInews
πŸ‘Ž36πŸ‘7❀1πŸ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di majlis kesyukuran dan doa selamat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Damansara.

Ratusan jemaah dan ahli politik turut hadir majlis tersebut. #TunM100
❀90πŸ‘Ž4πŸ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di majlis kesyukuran dan doa selamat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Damansara. #TunM100 #AWANInews
❀101πŸ‘Ž1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Dr Hasmah memotong pulut kuning sempena majlis kesyukuran dan doa selamat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Damansara. #TunM100 #AWANInews
❀69πŸ‘1
Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia 11 tahun trauma akibat dikasari oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Alor Setar pada Selasa.

Wanita itu mendakwa guru berkenaan telah memarahi anaknya sebelum menampar pipi kiri, dan menarik rambut serta kedua-dua telinga sebelum menolak anaknya sehingga terkena meja.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-dakwa-guru-tampar-tarik-rambut-tolak-anak-usia-11-tahun-528816
#AWANInews
πŸ‘Ž17πŸ”₯7❀5
Gara-gara gulai ayam, seramai 343 individu dalam kalangan pelajar kemasukan baru, ahli jawatankuasa dan kakitangan orientasi sebuah kolej mengalami keracunan makanan pada Rabu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, mangsa menikmati hidangan tersebut semasa makan malam pada hari Selasa.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gulai-ayam-disyaki-punca-343-individu-di-sebuah-kolej-keracunan-makanan-528806
#AWANInews
πŸ‘Ž21❀4πŸ”₯4
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik orang awam sebagai pengawas peperiksaan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata isu yang berpanjangan sekian lama itu sememangnya menjadi fokus sejak awal perkhidmatan beliau di KPM dan memerlukan penyelesaian yang menyeluruh.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-garis-tujuh-langkah-tangani-beban-tugas-guru-528858
#AWANInews
πŸ‘Ž23❀18πŸ”₯4πŸ‘1
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio mengesahkan negara-negara anggota ASEAN mungkin dikenakan tarif perdagangan lebih rendah berbanding rantau lain.

β€œSaya telah mendengar kebimbangan yang disuarakan menteri-menteri luar dari setiap pelosok dunia tentang tarif. Kesimpulannya, ia dilakukan untuk mengimbangi semula hubungan perdagangan kami.

β€œNegara berbeza akan dikenakan tarif berbeza, berdasarkan status hubungan perdagangan mereka dengan AS.

β€œPada masa yang sama, mereka sentiasa ada peluang untuk berunding. Kita telah melihat hasil rundingan dengan Vietnam, juga dengan United Kingdom,” katanya.

https://www.astroawani.com/berita-dunia/negara-asean-mungkin-dikenakan-tarif-lebih-rendah-rubio-528876

#AWANInews
πŸ‘Ž41❀8πŸ‘4πŸ”₯4
Kedudukan Harimau Malaya melonjak enam anak tangga ke ranking ke-125 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan pada Khamis.

Pencapaian itu merupakan yang terbaik diraih skuad negara dalam tempoh hampir dua dekad, sekali gus menyuntik semangat baharu menjelang aksi seterusnya dalam kempen Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadual bermula hujung bulan depan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/harimau-malaya-lonjak-enam-anak-tangga-ranking-fifa-pencapaian-terbaik-dalam-tempoh-19-tahun-528854
#AWANInews
πŸ‘36πŸ‘Ž9πŸ”₯5❀3
Genap usia satu abad, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disambut dalam majlis kesyukuran dan doa selamat yang dihadiri ratusan jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Khamis.

Tun Dr Mahathir tiba bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sekitar jam 7.34 malam, disambut ahli keluarga, kenalan rapat serta rakan-rakan politik.

Majlis turut diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Tun Siti Hasmah yang bakal disambut pada 12 Julai ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-hadir-majlis-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-ke100-528877
#AWANInews
❀67πŸ‘5πŸ‘Ž4
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk membantu Lee Zii Jia sekiranya pemain badminton perseorangan lelaki profesional itu memerlukan sebarang bantuan termasuk sokongan mental dan rundingan pakar psikologi.

Menterinya Hannah Yeoh berkata sebarang usaha oleh KBS bagi membantu Zii Jia akan dilakukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Beliau berkata KBS sememangnya menyediakan perkhidmatan dan sokongan dari ISN termasuk kepada pemain profesional bukan hanya untuk pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

https://www.astroawani.com/berita-sukan/kbs-sedia-bantu-zii-jia-hannah-528855
#AWANInews
πŸ‘12πŸ”₯9πŸ‘Ž7❀4
Kekayaan empat hartawan terkaya di Afrika melebihi jumlah kekayaan separuh daripada populasi benua itu, menurut organisasi antikemiskinan Oxfam pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Hari ini, hanya empat hartawan terkaya di Afrika memiliki kekayaan berjumlah AS$57.4 bilion -- melebihi daripada jumlah kekayaan 750 juta orang, atau separuh daripada populasi benua itu," anggar Oxfam.

Kini terdapat 23 hartawan bergelar bilionair di Afrika, dengan semua jumlah kekayaan mereka meningkat sebanyak 56 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, mencecah AS$112.6 bilion.

https://www.astroawani.com/berita-dunia/empat-individu-terkaya-afrika-miliki-kekayaan-melebihi-separuh-penduduk-benua-itu-oxfam-528879
#AWANInews
❀12πŸ‘Ž5πŸ”₯2
Konvoi penunggang motosikal yang menghalang pergerakan kenderaan lain boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata di bawah seksyen berkenaan, jika disabitkan kesalahan, individu-individu terbabit boleh didenda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak kurang daripada setahun, atau kedua-duanya sekali.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/konvoi-motosikal-halang-trafik-boleh-didakwa-jspt-bukit-aman-528830
#AWANInews
πŸ‘37❀3πŸ”₯2πŸ‘1
Hari ini 132 tahun yang lalu, mutiara terkultur pertama dunia dihasilkan oleh Kokichi Mikimoto.

Mikimoto dilahirkan pada 1858 di Toba, Jepun sebagai anak sulung pasangan peniaga mi udon. Pada umur 13 tahun, beliau terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik-adiknya dengan menjual sayur apabila ayahnya meninggal dunia.

Minatnya terhadap mutiara tercetus apabila melihat objek perhiasan itu dikeluarkan daripada tiram yang dibawa naik oleh para penyelam di Ise. Pada 1888, Mikimoto bersama isterinya membuka ladang penternakan tiram di Teluk Ago.

Di sebuah pameran perdagangan di Tokyo pada 1890, beliau bertemu dengan pegawai biologi marin dari Universiti Tokyo, Kakichi Mitsukiri yang mencadangkan proses eksperimental menyuntik tiram dengan bahan asing untuk menggalakkan pembentukan mutiara.

Mikimoto mencuba proses itu selama berbulan-bulan, namun tidak membawa hasil yang diharapkan. Malah lebih malang, hampir seluruh tiramnya musnah apabila dibadai air pasang merah yang menyebabkannya hampir bankrap.

Akhirnya pada 11 Julai 1893, tiram Mikimoto berjaya menghasilkan mutiara terkultur separa bulat. Kejayaan itu membolehkan mutiara dihasilkan dalam persekitaran terkawal dengan kualiti tertinggi, tidak lagi bergantung kepada penuaian semula jadi.

Beliau menambah baik teknik pengkulturan mutiaranya, digabungkan dengan penemuan baharu oleh menantunya seorang ahli biologi, Mikimoto dapat menghasilkan mutiara bulat penuh yang mirip dengan mutiara semula jadi.

Mikimoto membuka kedai mutiara pertamanya di Ginza, Tokyo. Bertitik tolak dari situ, jenama mutiaranya semakin mendapat permintaan daripada serata Jepun dan kemasyhurannya sampai ke seluruh dunia.

Bermula dengan London pada 1913, Mikimoto membuka lagi cawangan di Paris, New York, Chicago, Los Angeles, San Francisco, Shanghai dan Mumbai. Ia menjadikan Mikimoto antara jenama Jepun pertama yang berjaya memecah pasaran global.

Menjelang 1937, Mikimoto mengusahakan ladang tiram di sepuluh lokasi yang seluruhnya berkeluasan lebih 40,000 ekar dan menternak 10 juta tiram dengan penambahan tiga juta lagi setiap tahun.

Sempena ulang tahun ke-50 syarikat itu pada 2002, Mikimoto Pearls menjadi penaja utama Miss Universe dengan menghasikan sebuah tiara bertatah mutiara yang dimahkotakan kepada para pemenangnya sehingga 2007.

Sumber: New World Encyclopedia, Wikimedia Commons

#PeristiwaHariIni
❀14πŸ‘12
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Visual diperoleh Reuters ini menunjukkan kejadian arus deras air akibat hujan lebat dikatakan melimpah dan menuruni laluan pendakian Gunung Kinabalu. Kejadian yang berlaku pada Khamis (10 Julai) itu menyebabkan risiko yang bahaya kepada pendaki.

Menurut saksi, aliran air deras ini berlaku secara tiba-tiba namun, para pendaki berjaya mengharungi keadaan berbahaya itu dengan selamat.

#AWANInews
πŸ‘20πŸ”₯4❀2
2025/07/14 06:14:36
Back to Top
HTML Embed Code: