Menurut PBB, fenomena ini berkait rapat dengan perubahan iklim serta aktiviti manusia yang tidak lestari.
Laporan terkini PBB menunjukkan bahawa kawasan seperti Afrika Utara, Asia Barat, Asia Tengah, serta bahagian Amerika Selatan dan Utara kini mengalami peningkatan mendadak dalam kejadian ribut debu.
Pemanasan global mempercepatkan pengeringan tanah, sementara penggunaan tanah yang berlebihan dan tidak terkawal turut memperburuk keadaan.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/ribut-pasir-debu-jejas-330-juta-penduduk-akibat-perubahan-iklim-pbb-529198

π₯9β€1π1
Todak Academy Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan digital dengan penganjuran Karnival XP Day 2025, sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pendidikan, teknologi kreatif dan latihan industri menerusi platform holistik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Taufik Rizal, XP Day bukan sekadar acara tahunan biasa, sebaliknya, ia merupakan refleksi visi institusi itu bagi membina bakat digital masa depan melalui konsep pembelajaran digital yang praktikal, kreatif dan berpaksikan teknologi mampan.
βKita menyediakan program-program latihan utama seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang 3D Animasi dan Pembangunan Permainan, serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang Kandungan Kreatif Digital dan 3D Animasi.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/karnival-xp-day-2025-perkukuh-visi-todak-academy-sebagai-hab-pendidikan-digital-berteraskan-industri-529225

β€1π1
Sekurang-kurangnya lima anggota tentera Israel cedera dalam tiga insiden berasingan di Semenanjung Gaza, lapor akhbar Israel Yedioth Ahronoth pada Sabtu.
Salah satu kejadian yang digambarkan sebagai "insiden keselamatan" di Khan Younis mencetuskan evakuasi kecemasan menggunakan helikopter bagi membawa keluar anggota yang cedera.
Sayap ketenteraan Hamas, Al-Qassam Brigades, mengumumkan bahawa mereka mensasarkan sebuah pos kawalan taktikal Israel di timur kejiranan al-Tuffah, Bandarata Gaza dengan serangan mortar berat.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pasukan-israel-cedera-dalam-serangan-terancang-di-gaza-529197

β€47π8π4π3π₯1
Pihak berkuasa Iran menyerbu sebuah lokasi di ibu negara Tehran pada Sabtu yang didakwa digunakan oleh "ejen Israel" untuk menghasilkan dron, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Rakaman yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan beberapa komponen dron dan bahan letupan ditemukan di lokasi serbuan.
Polis, bagaimanapun, tidak mendedahkan lokasi tepat bengkel itu, hanya menyatakan ia terletak di Tehran.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/iran-serbu-bengkel-dron-didakwa-dikendalikan-ejen-israel-529203

π39β€4π2
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.
Menurut pembantunya, Sufi Yusoff kepada Astro AWANI, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.
βYa, betul-betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-keletihan-sedang-berehat-di-ijn-529237

β€34π3
Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Sabtu menyuarakan "kecaman keras" terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 30 peratus ke atas eksport Kesatuan Eropah (EU), serta menggesa supaya penyediaan "langkah balas yang berwibawa" dipercepatkan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Perancis berkongsi penolakan tegas terhadap pengumuman tarif 30 peratus ke atas eksport EU ke Amerika Syarikat mulai 1 Ogos," kata Macron di platform X.
Beliau mengulangi keperluan Suruhanjaya Eropah untuk menegaskan tekad blok itu dalam mempertahankan kepentingan Eropah.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/macron-kecam-tarif-desak-langkah-balas-529206

π₯23β€4
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melaksanakan Eksesais KERIS STRIKE 2025 bersama Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) dan Tentera Darat Australia (Australian Army) selama 14 hari bermula Khamis depan di beberapa lokasi terpilih di Perak.
Menurut kenyataan Sel Perhubungan Awam Markas TDM, antara kawasan yang terlibat sepanjang latihan yang berlangsung sehingga 30 Julai ini termasuk Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong.
Eksesais tahunan itu bertujuan meningkatkan keupayaan operasi bersama selain memperkukuh hubungan ketenteraan dengan negara-negara sahabat
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tentera-darat-anjur-eksesais-keris-strike-2025-bersama-australia-di-perak-529207

π13π13π₯4β€3
Pemain tengah Muhammad Abu Khalil bertekad untuk menyumbang kepada misi skuad bawah 23 tahun negara memburu kejuaraan pada Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 yang akan membuka tirai di Jakarta pada Selasa ini.
Bagi Muhammad, pengalaman menimba ilmu bola sepak di Jepun dan Thailand menjadi bekalan penting buatnya memperkasakan prestasi di pentas serantau bersama Harimau Muda.
"Ya, sudah semestinya. Saya pergi Jepun, Thailand, jadi dengan pengalaman yang dalam masa setahun saya ke luar negara, insya-Allah akan mematangkan lagi cara permainan saya.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/piala-asean-b23-muhammad-tekad-bantu-skuad-negara-buru-kejuaraan-529211

π7β€4
Menggunakan aplikasi MCMC Nexus ini, ia memudahkan para pengguna melakukan ujian kemampuan dan penilaian untuk rangkaian internet mereka.
Pengguna dengan mudah boleh melakukan ujian kelajuan internet, selain turut memperlihatkan data berkenaan bagaimana pengalaman menggunakan sesuatu aplikasi melalui sambungan internet berkenaan.
Ia dikatakan selain digunakan oleh petugas MCMC, aplikasi ini turut boleh digunakan orang ramai dalam memastikan sama ada mereka menerima kualiti rangkaian seperti dijanjikan atau sebaliknya.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/aplikasi-mcmc-nexus-kini-ditawarkan-untuk-iphone-mudahkan-ujian-kemampuan-rangkaian-internet-529212

π20π4
Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Noor Sham Md Jani berkata pihaknya akan dibantu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.
"Insya-Allah, dengan bantuan daripada agensi-agensi luar, proses menaikkan atau mengangkat bangkai helikopter ini akan berjalan lebih cepat, sekali gus membolehkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) menjalankan siasatan yang lebih mendalam mengenai insiden tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Ahad.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bangkai-helikopter-kemalangan-dinaikkan-esok-atau-lusa-komander-pgu-529242

β€9π1
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada peserta yang terbabit dengan program motivasi rumah tangga yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Noraini Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menerima laporan terperinci berhubung isu penganjuran program terbabit. #AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpwkm-akan-beri-kaunseling-kepada-peserta-program-motivasi-529236

β€11π8π₯1
Polis membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti sama ada wujud kesalahan jenayah oleh penganjur program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang dan terpesong.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi lagi bagi mendapatkan pengesahan, termasuk berkaitan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/program-rumah-tangga-songsang-polis-buka-kertas-inkuiri-kenal-pasti-kesalahan-jenayah-529249

π₯9β€6
Tapir dipercayai seberat kira-kira 300 kilogram (kg) mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza ketika melintas jalan di Kilometer (KM)36, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam.
Menurutnya, anggota dari Balai Polis Cherating bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tapir-300kg-mati-dilanggar-ketika-lintas-jalan-529250

β€8π₯4π2
Sekurang-kurangnya 27 penduduk Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel menyasarkan dua kem pelarian utama di Semenanjung Gaza, menurut agensi pertahanan awam Gaza dan sumber hospital tempatan.
Pada 12 Julai, sebuah peluru berpandu dilaporkan mengenai trak air minuman di kawasan Al-Shati, barat Gaza City, menyebabkan tujuh orang maut dan lebih 40 lagi cedera.
Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan mayat bergelimpangan berhampiran tangki air, manakala penduduk bergegas menyelamatkan mangsa yang cedera.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-udara-israel-di-kem-pelarian-gaza-ragut-27-nyawa-termasuk-kanakkanak-529256

π15β€6π₯6
Pihak berkuasa bandar Jinan di wilayah Shandong, China memperkenalkan inovasi baharu dalam sektor pembinaan dengan memasang kubah gelembung gergasi.
Kubah setinggi 50 meter meliputi kawasan seluas 20,000 meter persegi itu dibina bagi mengurangkan pencemaran debu dan bunyi di kawasan sekitar ketika pembinaan dijalankan.
Struktur unik yang diperbuat daripada bahan ringan dan tahan lasak ini dikembungkan menggunakan tekanan udara, tanpa memerlukan tiang sokongan dalaman.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/china-pasang-kubah-gergasi-atasi-pencemaran-debu-dan-bunyi-ketika-pembinaan-529253

π30β€6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lapan orang cedera pada hari Ahad (13 Julai) semasa larian lembu festival San Fermin di Pamplona. Lembu-lembu dari ladang La Palmosilla telah meluru melalui lorong-lorong sempit Pamplona dalam masa dua minit dan 24 saat. Ratusan pelari, berpakaian tradisional serba putih dengan sapu tangan merah di leher, berlari di hadapan haiwan-haiwan yang gagah itu sepanjang laluan sejauh 875 meter.
Beribu-ribu pelancong dari seluruh dunia datang untuk berlari bersama penduduk tempatan selama tujuh hari, menjadikan San Fermin festival paling terkenal di musim panas yang melibatkan lembu. Pihak kecemasan mengesahkan enam mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan.

π21β€1
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kedua-dua suspek berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan pada 4 petang di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai selepas kenderaan jenis Proton X70 yang dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-suami-isteri-ditahan-dadah-rm31-juta-disorok-dalam-peket-kacang-gajus-529277

π15β€6
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyokong usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam melaksanakan peraturan baharu ke atas pengendalian bas pelancongan di Malaysia.
Presidennya Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun JP berkata langkah ini amat penting dan tepat pada masanya susulan kebimbangan meningkat terhadap tahap keselamatan kenderaan pelancongan komersial di jalan raya, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mata-sokong-peraturan-baharu-motac-tingkatkan-keselamatan-bas-pelancongan-529271

β€8
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menasihatkan orang awam, khususnya penduduk di pesisir pantai berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan fenomena ombak besar di sekitar pantai Tanjung Dawai dekat sini ketika ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata aktiviti rekreasi air seperti mandi, memancing dan bermain air laut sebaiknya ditangguhkan buat sementara waktu.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bomba-kedah-nasihat-penduduk-pesisir-pantai-waspada-529285

π7β€2
Chelsea FC menamatkan kempen gemilang mereka di Piala Dunia Kelab FIFA 2025 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium MetLife, Amerika Syarikat.
Kelab dari England itu membuktikan keunggulan mereka sejak awal permainan dengan persembahan klinikal yang dipimpin oleh bintang muda sensasi, Cole Palmer.
Beliau membuka jaringan seawal minit ke-22 sebelum menambah gol kedua hanya lapan minit kemudian pada minit ke-30.
#AWANInews
Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/chelsea-juara-piala-dunia-kelab-2025-tewaskan-psg-30-di-final-529306

β€19π1