Telegram Web
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pengecualian waktu bekerja syif kepada 82,637 petugas kesihatan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan itu merupakan bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memahami serta menghargai pengorbanan petugas kesihatan dari aspek fizikal, mental dan emosi.

"Ia satu bentuk pengiktirafan terhadap dedikasi dan semangat petugas kesihatan yang membantu pesakit yang bertarung nyawa setiap hari dan masa," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengecualian-waktu-kerja-syift-pengiktirafan-kepada-petugas-kesihatan-dzulkefly-529066
❀18πŸ‘Ž17πŸ”₯2
Penduduk Israel didakwa telah memukul hingga mati seorang warga Amerika Syarikat (AS) berusia awal 20-an, Sayfollah Musallet, di bandar Sinjil, utara Ramallah.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kejadian berlaku pada hari Jumaat dan melibatkan satu lagi mangsa, Mohammed Shalabi, yang ditembak mati.

Musallet, juga dikenali sebagai Saif al-Din Musalat, berasal dari Florida dan datang ke Palestin untuk melawat keluarga, kata sepupunya dalam hantaran media sosial, memetik laporan Al Jazeera.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/keluarga-dakwa-warga-dibunuh-penduduk-israel-di-tebing-barat-529059
πŸ”₯17πŸ‘4πŸ‘Ž2❀1
Suspek dua beranak yang terlibat dalam pembunuhan seorang pemandu e-panggilan yang dikatakan berhutang dengan mereka disyaki melakukan penderaan secara berterusan terhadap mangsa, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail.

Beliau berkata ia susulan kesan kecederaan terhadap badan mangsa selain terdapat kesan cedera akibat kemalangan.

"Siasatan lanjut pihak polis mendapati kesan kecederaan pada tubuh mangsa berpunca daripada kemalangan dan penderaan berterusan oleh kedua-dua suspek, tiada kena-mengena dengan unsur along," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mangsa-bunuh-disyaki-didera-suspek-polis-528636
πŸ”₯5❀2πŸ‘Ž1
Samsung merupakan antara syarikat pengeluar peranti terkemuka dunia, dan sering bereksperimen dengan sejumlah penawaran menarik.

Pada tahun ini, mereka sedia hadir dengan Galaxy Ring, iaitu sebuah cincin pintar.

Tidak setakat itu, berkongsi melalui temuramah bersama CNN, Samsung mengatakan sedang pertimbang beberapa peranti dengan integrasi kecerdasan buatan lain.


#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/samsung-pertimbang-beberapa-peranti-ai-termasuk-subang-rantai-leher-529077
❀8πŸ”₯2
Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM FPS) secara rasminya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan penyenaraian itu, diumumkan semalam semasa Persidangan ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang berlangsung dari 6 hingga 16 Julai di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, Perancis.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/frim-fps-disenarai-sebagai-tapak-warisan-dunia-unesco-529073
❀13πŸ‘5
Isu buli siber terhadap artis tempatan, khususnya wanita, semakin membimbangkan. Antara yang pernah menjadi sasaran serangan maya ialah pelakon dan pengacara popular, Saidatul Naseha Uyaina Arshad atau lebih dikenali sebagai Uyaina Arshad, yang baru-baru ini menarik perhatian selepas mendedahkan cercaan yang diterimanya daripada warganet.

Bagi selebriti berusia 33 tahun itu, kesabaran ada hadnya dan selepas sekian lama berdiam diri, beliau akhirnya tampil bersuara, menyifatkan tindakan itu sebagai bentuk advokasi dan peringatan kepada masyarakat bahawa buli siber bukanlah isu remeh.

"Kalau saya sendiri tak pertahankan diri saya, siapa lagi?" katanya kepada Bernama sambil meluahkan kebimbangan terhadap budaya buli siber yang kian dianggap biasa dalam masyarakat hari ini.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/buli-siber-cancel-culture-semakin-membimbangkan-beri-tekanan-kepada-selebriti-529084
πŸ‘14❀5πŸ”₯3πŸ‘Ž1πŸ‘1
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Teh Kok Lim berkata siasatan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan Negeri mendapati ikan-ikan berkenaan berkemungkinan besar berasal dari kolam ternakan.

"Ikan yang mati itu kelihatan seragam dan bukan jenis ikan liar. Kita mengesyaki ia telah dibuang ke dalam Sungai Kinta, bukannya mati secara semula jadi akibat pencemaran.

"Hasil ujian kualiti air yang dijalankan JAS menunjukkan bacaan berada dalam julat baik dan tiada pencemaran yang boleh menyebabkan kematian mengejut hidupan akuatik," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ribuan-ikan-tilapia-mati-di-sungai-kinta-bukan-akibat-pencemaran-exco-529087
πŸ‘10πŸ‘Ž10πŸ”₯4❀2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berimpak tinggi yang diterajui gergasi tenaga negara, Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bakal menjadikan Tasik Kenyir sebagai hab strategik tenaga bersih bagi rantau Asia Tenggara, menarik minat pelabur serantau dan antarabangsa dalam bidang tenaga alternatif.

Menurutnya, projek itu bukan sahaja melibatkan pemanfaatan sumber hidro semula jadi Tasik Kenyir, tetapi turut menggabungkan teknologi solar terapung berskala besar serta penghasilan hidrogen hijau, selari dengan aspirasi Malaysia menuju peralihan tenaga bersih.

"Hari ini, kita telah mencatat satu lagi perkembangan baharu yang menarik, sekali gus menunjukkan kesegaran pertumbuhan negara kita serta menjadikannya sebagai markas tumpuan pelabur serantau dan antarabangsa.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-hhfs-tasik-kenyir-bakal-muncul-sebagai-hab-hidrogen-hijau-tumpuan-pelabur-pm-529094
πŸ‘Ž44πŸ‘13❀2πŸ”₯1
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menghiburkan para peminat menerusi Konsert Violet Skies Datuk Seri Siti Nurhaliza Live in Arena of Stars. Menariknya, konsert kali ini tampil dengan kelainan apabila Siti memilih untuk menyampaikan lagu-lagu yang jarang atau tidak pernah dipersembahkan di mana-mana pentas sebelum ini.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, pemilihan lagu-lagu tersebut dibuat khas berdasarkan permintaan para peminat yang sering menghubunginya melalui media sosial.

β€œLagu-lagu ini peminat selalu DM saya, minta saya nyanyikan…. Jadi malam ini saya tunaikan permintaan anda semua,” katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/permintaan-peminat-ditunaikan-siti-nurhaliza-bawakan-lagu-rare-di-konsert-violet-skies-529091
πŸ‘Ž21πŸ‘7❀3
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memberi tumpuan terhadap faktor kebersihan di kawasan masing-masing.

Baginda yang berkenan mencemar duli menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer sambil meninjau tahap kebersihan di sekitar Jalan Gallagher, di ibu negara turut membuat tinjauan mengejut pada awal pagi Sabtu.

β€œPembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi pembiakan Aedes, namun boleh menjejaskan kesihatan para penghuni di kawasan sekitarnya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-tindakan-segera-masalah-sampah-dan-longkang-tersumbat-di-jalan-gallagher-agong-529103
❀25πŸ‘Ž3πŸ”₯2
Pemain tenis India, Radhika Yadav, ditembak mati oleh bapanya, Deepak Yadav, di kediaman mereka di Gurugram Khamis lalu.

Radhika merupakan sebahagian daripada saingan ITF bagi acara perseorangan dan beregu sebelum mengambil bahagian dalam bidang kejurulatihan.

Polis Gurugram berkata mereka dimaklumkan oleh sebuah hospital swasta di bandar itu bahawa seorang wanita muda telah meninggal dunia akibat kecederaan ditembak dan apabila mereka tiba di hospital, mereka hanya menemui bapa saudara Radhika, Kuldeep Yadav, dan bukan ibu bapanya.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/pemain-tenis-india-meninggal-dunia-ditembak-bapa-kandung-529111
#AWANInews
❀6πŸ”₯3
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat negeri Terengganu agar tidak terus terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas, kononnya Kerajaan Persekutuan tidak melakukan apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan mereka.

Beliau berkata hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek dengan peruntukan mencecah RM1.836 bilion telah diluluskan di Terengganu di bawah Program/Projek Pembangunan Rancangan Boleh Pinda Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-terpengaruh-dakwaan-kerajaan-tidak-buat-apaapa-untuk-terengganu-pm-529113
#AWANInews
πŸ‘Ž71πŸ‘28❀3
Meskipun wajah dan tangannya sudah dipenuhi garis usia, penglihatannya masih tajam dan jari-jemarinya tetap tangkas menganyam kelarai, hasil seni warisan yang kian dilupakan, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Pengusaha kraf tangan, Asmah Ismail, 64, mengakui kemahiran menganyam mengkuang semakin pupus kerana kurang diminati golongan muda yang menganggap pekerjaan itu tidak berdaya saing dari segi pendapatan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/raih-pendapatan-sehingga-rm10000-sebulan-dengan-anyam-mengkuang-529121
#AWANInews
πŸ‘33❀6πŸ‘2
Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menegaskan sekatan dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump tidak akan menghalangnya daripada terus menjalankan tugas membongkar jenayah perang dan genosid di wilayah Palestin yang diduduki.

Albanese, yang merupakan Pelapor Khas PBB bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) sebagai cubaan untuk membungkam suara yang mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tiada-siapa-bebas-selagi-palestin-dijajah-albanese-komited-bongkar-jenayah-perang-walau-disekat-529144
#AWANInews
❀48πŸ‘10πŸ‘6πŸ”₯5
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu menghantar surat perdagangan kepada Mexico dan Kesatuan Eropah (EU), mengumumkan yang mereka akan dikenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas eksport ke Amerika Syarikat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Bermula 1 Ogos 2025, kami akan mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas produk Mexico yang dihantar ke AS, berasingan daripada semua Tarif Sektoral.

"Barangan yang dihantar semula bagi mengelakkan tarif yang lebih tinggi akan dikenakan tarif lebih tinggi ... jika atas apa-apa sebab anda memilih untuk menaikkan tarif anda, maka, apa jua jumlah yang anda naikkan akan ditambah kepada 30 peratus yang kami kenakan," kata Trump dalam surat kepada Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kenakan-tarif-30-peratus-ke-atas-mexico-eu-bermula-1-ogos-trump-529161
#AWANInews
πŸ‘Ž29πŸ”₯2
Sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak maut akibat kebuluran di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 ketika sekatan menyeluruh Israel ke atas wilayah itu memasuki hari ke-103 berturut-turut, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Pejabat Media Kerajaan di Gaza pada Sabtu.

Pejabat itu memberi amaran jumlah kematian berkemungkinan meningkat dengan mendadak, memandangkan lebih 650,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun kini menghadapi kekurangan zat makanan yang teruk dan mengancam nyawa dalam minggu-minggu akan datang berikutan sekatan berterusan terhadap bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/67-kanakkanak-maut-akibat-kebuluran-di-gaza-sejak-oktober-2023-529158
#AWANInews
πŸ”₯5❀1
Para pemimpin dan ketua cawangan UMNO digesa supaya terus memainkan peranan memberi penerangan kepada ahli-ahli akar umbi mengenai keperluan serta kepentingan penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerjasama tersebut semakin difahami dan diterima, masih ada segelintir ahli yang keliru dan bersikap menjauhkan diri daripada parti.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-akar-umbi-umno-digesa-perjelas-kerjasama-kerajaan-perpaduan-mohamed-khaled-529137
#AWANInews
πŸ‘Ž10πŸ‘3
Cabaran penghijrahan bakat dalam sektor penjagaan kesihatan negara bukanlah satu isu yang mampu ditangani secara bersendirian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia memerlukan kerjasama rentas agensi serta komitmen bersama untuk merangka penyelesaian jangka panjang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perkara ini turut dibuktikan menerusi satu kajian bebas oleh Strategic Engagement Group (SEG) bertajuk "Masa Depan Petugas Kesihatan di Malaysia" yang mencadangkan penubuhan Lembaga Tadbir Urus Sumber Manusia dalam Penjagaan Kesihatan (HRH) antara kementerian, selaras dengan hakikat bahawa kemampanan tenaga kerja kesihatan memerlukan pendekatan keseluruhan negara.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-tidak-mampu-tangani-isu-penghijrahan-doktor-bersendirian-dzulkefly-529157

#AWANInews
πŸ‘1πŸ‘Ž1
Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia berjaya merekodkan lebih 52 tan tangkapan ikan bandaraya di seluruh Semananjung Malaysia sejak ditubuhkan pada 2022.

Pengasasnya Mohamad Haziq A Rahman berkata daripada jumlah itu sebanyak 30 tan ditangkap di Lembah Klang khususnya di Selangor, manakala baki 22 tan melibatkan negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/spia-malaysia-tangkap-lebih-52-tan-ikan-bandaraya-di-seluruh-malaysia-529131
#AWANInews
πŸ‘2❀1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyambut baik hasrat ulama besar dari Yaman, Sheikh Al-Qodhi Dr Yasir Al-Adni As-Syahiri, untuk menjalin kerjasama dua hala dalam membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dari negara itu melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.

Mohd Na'im berkata cadangan itu sejajar dengan komitmen Malaysia dalam memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam di peringkat antarabangsa.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-naim-sambut-baik-hasrat-ulama-yaman-perluas-peluang-pengajian-di-malaysia-529150
#AWANInews
πŸ‘2❀1
2025/07/13 01:20:35
Back to Top
HTML Embed Code: