Telegram Web
Sebuah roket dari Taiwan terhempas sejurus selepas dilancarkan dari sebuah tapak pelancaran angkasa persendirian di utara Jepun, menggagalkan usaha pelancaran pertama dari bumi Jepun bagi roket yang dibangunkan dengan sokongan modal asing, menurut Agensi Berita Kyodo.

Roket setinggi 12 meter yang dinamakan "VP01" itu dilancarkan oleh jtSPACE Co., cabang Jepun kepada sebuah syarikat aeroangkasa Taiwan, pada 11:40 pagi Sabtu, menurut pengendali Hokkaido Spaceport.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/roket-taiwan-terhempas-dalam-pelancaran-pertamanya-di-jepun-529281
👏64🔥3
Pihak berkuasa Perancis mengumumkan penggerakan pasukan keselamatan besar-besaran bagi mengawal sambutan Hari Kebangsaan pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Julai), bagi mengelakkan sebarang insiden keganasan atau rusuhan yang mungkin tercetus sempena acara itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Dalam kenyataan semasa lawatan ke lapangan di Bandar Laval, Menteri Dalam Negeri Perancis Bruno Retailleau berkata seramai 65,000 anggota polis dan "gendarmeri" akan dikerahkan ke seluruh negara, dengan tumpuan khas di ibu negara, Paris. #AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/perancis-kerah-65000-anggota-polis-kawal-sambutan-hari-kebangsaan-529283
1👍1
Hari ini 236 tahun yang lalu, Bastille digempur pejuang revolusi Perancis.

Dibina pada 1300-an ketika Perang 100 Tahun, Bastille adalah sebuah kubu penjara diraja di Paris menempatkan tahanan politik yang dihumban tanpa bicara oleh raja. Ia menjadi simbol kezaliman monarki Bourbon yang dibenci rakyat marhaen yang tertindas.

Kerajaan Perancis ketika itu semakin dibebani hutang & di ambang keruntuhan ekonomi, namun Raja Louis XVI & isterinya Marie Antoinette terus hidup bermewah. Tananam pula tak menjadi, membawa kepada kebuluran & pengangguran kian meruncing di seluruh negara.

Krisis sampai ke kemuncak apabila Jacques Necker, menteri berjiwa reformis disingkir raja pada 11 Julai 1789. Rakyat mula memenuhi jalanan di Paris & merusuh, berlarutan hingga pagi 14 Julai apabila mereka merampas senapang & meriam dari Hôtel des Invalides.

Para perusuh yang semakin ramai kemudian menuju ke Bastille, di mana bekalan besar belerang disimpan & mengepungnya. Gabenor Bastille, Bernard-René de Launay didesak untuk menyerah, namun dia menjemput wakil pejuang revolusi masuk untuk berunding.

Rundingan berlarutan, menyebabkan khalayak di luar menyangka para perwakilan mereka telah dipenjarakan. Lantas mereka mula menggempur masuk, mendorong de Launay mengarahkan tenteranya untuk melepaskan tembakan lalu tercetus pertempuran.

Tengahari itu, pasukan Pengawal Kebangsaan yang memberontak datang membantu barisan pejuang revolusi. Bastille dibedil bertalu-talu hingga akhirnya de Launay mengibar bendera putih & dia ditangkap, diarak ke pusat bandar sebelum dibunuh & dipenggal kepalanya.

Peristiwa itu menandakan bermulanya Revolusi Perancis selama sedekad sehingga tumbangnya monarki pada 1792 apabila Louis XVI digulingkan, sebelum bersama isterinya & puluhan ribu lagi dibawa bertemu ajal di ‘guillotine’ pada tahun berikutnya.

Hari penggempuran Bastille itu disambut sebagai hari kebangsaan Perancis dipanggil “la Fête national” atau “le 14 juillet,” cuti umum yang diraikan dengan perarakan & pesta di seluruh negara.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni #BastilleDay
4🔥2
Ketegangan di Tebing Barat terus memuncak apabila tentera Israel melancarkan serbuan ke atas beberapa bandar di wilayah Tulkarem, termasuk Anabta, Balaa, Seida, Allar, Atil, dan Deir Al-Ghusun, dalam apa yang disifatkan sebagai hari ke-160 serangan berterusan terhadap kawasan itu.

Menurut sumber tempatan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, pasukan bersenjata Israel telah memasuki kawasan kejiranan dan persimpangan utama, menghalang pergerakan penduduk serta memeriksa rumah-rumah secara paksa.

Dalam salah satu insiden yang mencetuskan kemarahan penduduk, seorang lelaki warga emas dilaporkan diserang secara fizikal oleh tentera Israel ketika cuba melindungi rumahnya daripada diceroboh.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-israel-serbu-beberapa-bandar-di-tulkarem-serang-lelaki-warga-emas-529304
👎8🔥65
Kekuatan sesuatu perniagaan itu bergantung kepada asas yang kukuh dan strategik. Ingin tahu cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda?

Jelajah Jiwa SME menyediakan pelbagai bengkel dan sumber untuk membantu dan membangunkan strategi pemasaran yang konsisten dan mencapai matlamat perniagaan.

Mari datang ramai-ramai pigi #JelajahJiwaSMESabah di Imago Shopping Mall, Sabah pada 26 dan 27 Julai (Sabtu & Ahad).

Untuk maklumat lanjut, layari www.jiwasme.com.my
#JiwaSME2025 #JiwaSME
🔥4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Trump di ’sorak’!

Visual yang diperoleh Reuters menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, naik ke pentas selepas tamat perlawanan bola sepak pada penghujung Piala Dunia Kelab yang berlangsung pada Ahad.

Penonton memberikan reaksi campuran dimana kedengaran ada yang bersorak, ada yang menjerit ‘boo’, dan ada juga yang bertepuk tangan. Reaksi yang sama juga berlaku ketika beliau bergambar bersama pengadil perlawanan.

#AWANInews
👎16🔥42
Seorang banduan berusia 20 tahun berjaya melarikan diri dari Penjara Lyon-Corbas di tenggara Perancis dengan cara yang luar biasa: dia menyembunyikan dirinya dalam beg pakaian rakan selnya yang sedang dibebaskan selepas tamat hukuman.

Menurut kenyataan rasmi daripada perkhidmatan penjara Perancis, banduan tersebut “mengambil kesempatan daripada pembebasan rakan selnya untuk bersembunyi dalam beg dan keluar dari penjara tanpa disedari.”

Dia sedang menjalani beberapa hukuman penjara dan turut disiasat dalam kes berkaitan jenayah terancang.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/banduan-perancis-larikan-diri-dengan-bersembunyi-dalam-beg-pakaian-529311
9🔥1
Hospital utama di bandar raya Johor Bahru kini berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan, perkembangan itu dikesan ketika melakukan lawatan mengejut bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon ke Hospital Sultan Ismail (HSI), hospital pakar terbesar kedua di Johor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
🔥152👎1
"Saya terlupa sudah hampir 50 tahun (usia),” luah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mengakhiri larian 21 kilometer (km) Score Marathon AIA Vitality di Putrajaya pada Ahad.

Malah figura berusia 49 tahun itu turut berkongsi bahawa sasaran awalnya untuk menamatkan acara tersebut di bawah dua jam 10 minit, namun akur dengan cabaran fizikal dan kekangan pemulihan.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, hanya berlari sahaja,” katanya ketika ditemui media sejurus tamat saingan.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/saya-terlupa-sudah-hampir-50-tahun-kj-529312
👍17👏43
Seorang pencuri berjaya melarikan kad Pokémon edisi pertama bernilai lebih AS$170,000 selepas memecah masuk sebuah kedai koleksi di New Bedford, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Kejadian berlaku di kedai 1st Edition Collectibles, di mana suspek bertopeng dilihat dalam rakaman CCTV memecahkan pintu kaca dan berlari masuk dengan beg galas.

Menurut pemilik bersama kedai, Filipe Andre, lapan kad Pokémon yang sangat berharga telah dicuri, dengan nilai keseluruhan mencecah AS$113,650 (RM483,000).

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pencuri-larikan-kad-pokemon-bernilai-lebih-rm723000-529318
🔥81👍1
Forwarded from AWANI International
If US-Bangladesh trade talks collapse, a 35% tariff kicks in your Levi’s, Timberland, or H&M shirt could cost way more.

It’s not just your wallet. Millions in Dhaka could lose jobs.

#GeopoliticsExplainedWithNina #AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7526784621221137671
🔥4
Perpustakaan berusia lebih 1,000 tahun di Hungary kini berdepan krisis apabila kira-kira 100,000 naskhah buku bersejarah terancam akibat serangan kumbang yang boleh memusnahkan warisan budaya berabad lamanya.

Perpustakaan di Biara Pannonhalma, sebuah biara Benedictine yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, mula mengesan infestasi kumbang semasa pembersihan rutin.

Kumbang jenis 'drugstore beetle', yang biasanya ditemui dalam makanan kering seperti bijirin dan rempah, didapati tertarik kepada pelekat berasaskan gelatin dan kanji yang digunakan dalam penjilidan buku lama.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/100000-naskah-di-perpustakaan-tertua-hungary-diancam-kumbang-pemusnah-529330
🔥3
🚨 DUA lokasi terakhir! SMEvaganza kini menuju ke Johor Bahru dan Kota Bharu penuh dengan selebriti Astro, ilmu pemasaran berimpak tinggi dan tawaran eksklusif untuk PKS sekalian yang tak sangkup dilepaskan!

SMEvaganza: The Star Power Marketing Fest
🗓️ 16 Julai (Rabu) | 🕘 2:30PM | 📍Opero Hotel Southkey, Johor Bahru
🗓️ 23 Julai (Rabu) | 🕘 2:30PM | 📍Grand Riverview Hotel, Kota Bharu (Sesi khas bersama pakar PKS Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman)

🔥 Sertai selebriti hebat seperti Nana Mahazan, Hefny Sahad, Hunny Madu, Aswad Jalil, Isha Norsham, Guibo, Non dan ramai lagi! Akan ada demo secara langsung, strategi praktikal dan tip-tip kejayaan yang anda boleh terus guna untuk boost bisnes anda.

Apa yang menanti anda:
🍽️ Buffet + networking eksklusif bersama selebriti
🎁 Door gift premium bernilai RM100
💥 Pakej iklan dengan diskaun power + hadiah dijamin dengan pembelian (jumlah nilai hadiah melebihi RM300,000!)
🎉 Bonus 100% (beli 1, dapat 2) jika tempah dalam masa 48 jam

📌 Penyertaan adalah PERCUMA — terhad kepada 2 pas sahaja setiap syarikat!
🔗 Daftar cepat sebelum penuh: https://amsclub.astromedia.com.my/events/rsvp/smevaganza-kl-am
2👍1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekumpulan individu peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul berdekatan dengan Istana Kehakiman bagi perarakan Mempertahankan Kebebasan Kehakiman (Walk to Safeguard Judicial Independence).

#AWANInews
👏20👍4
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan campur tangan dalam pelantikan hakim di negara ini.

Ia susulan pendedahan minit mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) bertarikh 16 Mei 2025 yang didakwa bocor kepada umum.

Menurut Muhyiddin, pendedahan itu amat membimbangkan kerana ia melibatkan dakwaan serius terhadap integriti seorang hakim mahkamah atasan yang dilaporkan pernah cuba mempengaruhi keputusan penghakiman dan memindahkan seorang hakim yang tidak sehaluan dengan bekas Peguam Negara.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-gesa-rci-siasat-dakwaan-integriti-pelantikan-hakim-529331
👍23👎5🔥31
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam bermula tepat jam 2.30 petang melibatkan penyertaan kira-kira 200 hingga 300 individu berarak 2.6km bermula di perkarangan Istana Kehakiman dan dijadual berakhir di Pejabat Perdana Menteri dengan penyerahan memorandum yang mengandungi empat tuntutan utama.

#AWANInews
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memandang serius pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Izuadin dalam satu kenyataan menjelaskan latar belakang Adams yang didakwa condong kepada ideologi politik ekstrem kanan serta retorik yang bersifat memecahbelahkan dilihat bercanggah dengan prinsip kemajmukan, toleransi dan solidariti yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.

“Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai hak, seperti yang termaktub di bawah Artikel 4 Konvensyen Vienna, untuk menyuarakan kebimbangan atau menolak pencalonan mana-mana diplomat asing yang tidak selari dengan dasar luar negara serta sensitiviti tempatan," katanya.

#AWANInews

Selanjutnya di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amk-bantah-pencalonan-nick-adams-sebagai-duta-besar-ke-malaysia-529336
2
2025/07/14 07:08:52
Back to Top
HTML Embed Code: