Telegram Web
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🍉 Kedengaran laungan takbir raya di kem Jabalia, utara Gaza.

Aidiladha mereka kali ini serba sederhana tanpa ibadah korban dapat dilakukan.

Sumber: QNN, pemilik video - Hassan Salem
MAHU JADI SUKARELAWAN TAPI TIDAK TAHU CARANYA?

Kami mahu mengajak anda terutamanya golongan belia dan pelajar IPT untuk mendapatkan kefahaman menjadi sukarelawan dan aktivis Palestin melalui program Training of Volunteer 2024.

Mahu menjadi ikon sukarelawan?
Mahu tahu cara menghasilkan kertas kerja yang berkesan?
Mahu faham strategi pembebasan Palestin?
Mahu tahu rahsia mendapatkan dana awam yang efektif?

Inilah masanya!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penduduk Palestin bertakbir beramai-ramai di pintu al-Silsilah, Kota Lama selepas rejim Zionis menghalang jemaah daripada memasuki Masjid al-Aqsa.

Sumber: Shehab Agency
Kalian tahu tak Cinta Gaza Malaysia ada YouTube channel?

Jom ramai-ramai subscribe YouTube rasmi Cinta Gaza Malaysia (CGM). In shaa Allah, lebih banyak maklumat dan info semasa akan dikongsi di sana.

SUBSCRIBE KAMI - https://www.youtube.com/@CGMCintaGazaMalaysia/videos

#YouTubeCGM
Buat julung kalinya, siri Dialog Senja dibuka untuk kehadiran penonton secara fizikal!

Setiap hari kanak-kanak di sana bertanya, "Wahai negara Arab, di mana kalian!" Namun tindakan mereka sepi. Hanya mampu mengadakan pertemuan sesama mereka bahkan mengeluarkan kecaman demi kecaman.

Dialog Senja kali ini dengan tajuk Taufan al-Aqsa: Titik Mula Perubahan Politik Dunia akan dikupaskan oleh panel yang tidak asing lagi, Tuan Nadir al-Nuri (CEO Cinta Gaza Malaysia), Tuan Syed Ahmad Israa' (CEO IRIS Institute) dan Prof Dr Azmi Hassan (Felo Majlis Profesor Negara).

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan Puan semua untuk mengikuti siri Dialog Senja secara fizikal di Perpustakaan CGM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa: 3:30 - 4:30 petang
Medium: Fizikal di Perpustakaan CGM
Live: FB dan YT LIVE Terkini dan Sensasi Palestin

Terhad 20 pendaftaran sahaja!
https://bit.ly/DialogSenja2024

#DialogSenjaCGM    
#Heroes4Hope
Data yang dimuatnaik oleh Pejabat Media Kerajaan Gaza, Palestin mengenai situasi semasa kanak-kanak di sana.

Foto: Al Jazeera, Anadolu Agency
UNRWA: 50,000 Kanak-Kanak Gaza Hadapi Krisis Kekurangan Zat Makanan

Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) mengatakan lebih daripada 50,000 kanak-kanak di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera kerana kekurangan zat makanan yang teruk.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu yang lepas, agensi itu menyatakan, “Dengan sekatan yang berterusan terhadap akses kemanusiaan, penduduk di Gaza terus menghadapi tahap kelaparan yang sangat teruk. Pasukan UNRWA bekerja tanpa henti untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga- keluarga Palestin, tetapi realitinya adalah sangat kritikal.”

Sumber: Al Jazeera
"Apa yang kami akan lakukan sepanjang TOV nanti?"

Nahh, kami kongsikan tentatif Training of Volunteer anjuran CGM! 🤩

Tidak hanya didedahkan dengan teori semata-mata, tetapi kalian juga akan praktikkan di dalam slot amali iaitu crash course.

Paling best, kita akan mengintai sejarah pejuang 🍉 dan strategi Zionis dalam merampas tanah 🍉

Jadi, dah daftar ke belum?

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
🗓Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
🏫Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!

Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV

Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#tovCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Kenapa dalam bentuk corned beef? Kenapa tak jadikan lauk terus untuk dimakan?

Kalau kita dah masak jadikan lauk, nak masak lauk apa? Semua itu akan termasuk juga dalam kos. Dalam bidang kemanusiaan ini, penjimatan kos sangat penting supaya kita boleh lebihkan perbelanjaan kepada bantuan yang ingin disampaikan.

Satu lagi kelebihan sedekah daging dalam bentuk corned beef ni, mudah untuk kita menyalurkan juga bantuan daging bukan hanya di Gaza, tapi juga ke Lubnan, Syria dan lain-lain.

Jom sedekah daging untuk kanak-kanak di Gaza dengan serendah RM50/pek.

Boleh klik https://korban4ummah.com/telegram atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Infak Umum.

#Korban4Ummah
#Heroes4Hope
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ribuan rakyat Palestin menunaikan solat Eidul al-Adha di utara Gaza yang terkepung, walaupun kebuluran dan perang rejim Israel masih berterusan ke atas wilayah itu.

Sumber: Quds News Network

#TaufanalAqsa #IsraelCuak
Bintang Ireland, Bridgerton dan Derry Girls, Nicola Coughlan, mengumpul £1.01 juta ($1.2 juta) untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF) melalui media sosialnya.

“Terharu dengan jumlah kutipan derma saya setakat ini dan sangat berterima kasih kepada semua yang telah mengongsikannya. Teruskan berbuat demikian jika anda mampu", komen Coughlan.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Meski dalam kegelapan dan di bawah serangan pengeboman rejim Israel yang berterusan, rakyat di Gaza tetap melaungkan takbir dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pagi hari raya di Jordan hari ini, rakyat Jordan yang majoritinya adalah golongan belia mengadakan demonstrasi aman berhampiran kedutaan Israel di Amman, mengutuk sekeras-kerasnya serangan pembunuhan beramai-ramai rejim Israel di Gaza, serta menyatakan sokongan teguh terhadap Gaza dan pejuangnya.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
2024/09/28 01:35:05
Back to Top
HTML Embed Code: