Telegram Web
Keadaan sekolah Asmaa, yang bergabung dengan UNRWA di Kem Al-Shati di mana rejim Zionis melancarkan pembunuhan beramai-ramai selepas mengebomnya malam tadi.

Sumber: Shehab Agency
🛑TERKINI | Haaretz: Puluhan askar simpanan Israel melaporkan bahawa mereka tidak akan kembali ke perkhidmatan tentera di Gaza walaupun mereka akan dikenakan hukuman.

Sumber: Shehab Agency
🛑TERKINI| Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan serta Kelab Tahanan Palestin: Dari petang semalam hingga pagi Selasa, rejim Zionis telah menahan sekurang-kurangnya 25 orang rakyat Palestin dari Tebing Barat termasuk seorang yang cedera dan bekas tahanan.

Sumber: Shehab Agency
MAHU JADI SUKARELAWAN TAPI TIDAK TAHU CARANYA?

Dalam program kali ini, kami mahu mengajak anda terutamanya golongan belia dan pelajar IPT untuk mendapatkan kefahaman menjadi sukarelawan dan aktivis Palestin melalui program Training of Volunteer 2024.

Mahu menjadi ikon sukarelawan?
Mahu tahu cara menghasilkan kertas kerja yang berkesan?
Mahu faham strategi pembebasan Palestin?
Mahu tahu rahsia mendapatkan dana awam yang efektif?

Inilah masanya!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.


Yuran pendaftaran?
Hanya RM300 RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Terkini dan Sensasi Palestin
Photo
Saudara Perempuan Ismail Haniyeh Terbunuh

Anggota keluarga Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh termasuk adik perempuannya terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas kediaman mereka di kem penempatan Shati', barat Bandar Gaza hari ini. Sekurang-kurangnya 10 orang ahli keluarga Haniyeh terbunuh dalam serangan tersebut.

Tentera Israel berkata pesawat tempurnya melancarkan serangan ke atas dua buah bangunan sepanjang malam sehingga meragut nyawa penduduk awam. Satu serangan di kem penempatan Shati' dan satu lagi di kejiranan Daraj, Bandar Gaza. Mereka turut mendakwa bahawa serangan itu menyasarkan pejuang Hamas.

"Ada 10 syahid ... akibat serangan itu termasuk Zahr Haniyeh, saudara perempuan Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh", kata jurucakap pertahanan awam Gaza, Mahmud Basal kepada agensi berita AFP. Beberapa penduduk turut dilaporkan cedera.

Pada 10 April lalu, Ismail Haniyeh kehilangan tiga anak lelakinya dalam serangan udara rejim Israel ke atas kenderaan mereka di kem Shati'.

Sumber: AlJazeera, Anadolu Agency, AFP
MISI KORBAN4UMMAH - UGANDA

Suasana agihan daging korban lembu di Uganda. Sebanyak 21 ekor lembu yang berjaya ditumbangkan di Uganda.

Hari pertama misi, pasukan telah menumbangkan lembu 1 hingga 10 di kawasan Kiryolo, Kaderuna, Budaka Uganda. Pada hari kedua pula, penyembelihan lembu-lembu korban dilakukan di sebuah kampung bernama Kosti, perkampungan muslim yang juga termasuk dalam daerah Budaka.

Proses penyembelihan dan agihan daging korban ini berjalan lancar dengan kerjasama rakan NGO dan penduduk setempat. Tim juga memastikan daging korban sampai kepada setiap keluarga yang memerlukannya.

Terima kasih kepada semua peserta korban di Uganda dan juga kepada yang terlibat dalam menjayakan misi ini.

Gambar album boleh lihat di Facebook kami:
https://www.facebook.com/share/p/vLqGqbzPfk9NSA45/

#Heroes4Hope
#Korban4Ummah
2024/06/29 16:24:16
Back to Top
HTML Embed Code: