Mahalnya harga nilai "minta maaf".
Dalam persengketaan mesti dalamnya terkandung ego. Ego ni takkan boleh bawa ke mana pun. Sehari dua mungkin kita boleh ego, tapi tanpa kita sedar ego ni mampu merosakkan kedamaian yang wujud di sekeliling kita.
Yang kebiasaanya bertegur sapa beramah mesra namun menjadi dingin tak semena. Senyum yang mampu menghasilkan pahala namun bertukar menjadi masam mencuka.
Dalam apa jua persengketaan, letakkanlah diri kita sebagai orang pertama yang "meminta maaf". Sungguh tak rugi, malah Allah suka pada manusia yang cintakan kedamaian.
Tanda "minta maaf" pada seseorang itu mungkin terlihat hina di mata orang, namun di sisi Allah itu satu perbuatan yang mulia.
@coretansangmusafir

Kadang, kita berusaha untuk hidup senang, berusaha untuk mengumpul kekayaan demi kesenangan akan datang.
Berusaha sehabis baik, berusaha dengan tulang empat kerat yang kita ada demi kesenangan yang ingin dikecapi. Namun, semua tu takkan selamanya kita akan miliki. Kerana hakikat sebenar dunia ini hanyalah bersifat sementara.
Walau pada mata kasar kita memiliki segalanya, namun pada hakikatnya semua kekayaan itu hanyalah pinjaman sementara.
Tatkala Allah ingin menarik segala kekayaan yang kita usahakan, dengan sekelip mata Allah boleh lakukan.
Cukup termuhasabah hari ini. Melihat kawasan-kawasan yang dinaiki air di Taman Sri Semantan, Temerloh, Pahang. Allahuakbar.
Adakah kami bersedia tatkala diuji musibah sebegini rupa?
Tepuk dada, tanya iman.

Perjalanan hidup kita ini berbeza. Mungkin jalan yang sama, namun tetap tidak serupa.
Dan perlu diingat, kehidupan ini bukan tentang perlumbaan. Siapa yang dapat kerja dulu, dia berjaya. Siapa yang kahwin dulu, dia bahagia. Tidak.
Namun, ia tentang kita mensyukuri dan menikmati apa yang terbentang untuk kita sekarang.
Perkara yang lepas, biarkan saja. Jangan diungkit kembali kisah yang boleh mematahkan semangat. Namun, tukarkan kepada kisah-kisah yang boleh membakar semangat kita untuk menempuhi jalan-jalan baru.
Terima kasih buat semua yang sentiasa ada dan hadir dalam hidup ini. Moga diganjarkan sebaik-baik kebaikan buat kalian.
Semoga tahun 2022 ini kita berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun 2021. ๐ฆ

Hidup itu satu perjuangan.
Sejak kecil lagi kita berjuang untuk meneruskan kehidupan ini. Sewaktu kecil, kita belajar untuk bertatih berjalan selangkah demi selangkah. Tanpa hiraukan kesakitan, kaki ini terus bangun melangkah tanpa sedar. Yang paling penting, perjuangan perlu diteruskan agar kaki kecil ini mampu untuk melangkah seperti orang lain.
Pada waktu persekolahan pula, mesti ada sahaja perkara yang menyedihkan. Samada keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan atau bersama kawan-kawan yang menyakitkan. Namun, tidak pula kita berhenti di pertengahan jalan. Tetap berjuang bersendirian, kerana kehidupan perlu diteruskan. Sifat sabar dan kuat semangat itulah peneman.
Pada usia dewasa ini pula, terlalu banyak perkara yang ingin kita perjuangkan. Mungkin tentang pekerjaan yang dirasakan tidak sesuai dengan kehendak kita atau mungkin pencarian pasangan hidup yang mungkin agak 'lelah' bagi kita. Pada kaca mata kita, mungkin perkara itu kita sudah berjuang sehabis kudrat kita. Namun, perkara yang kita mahukan itu tidak kunjung jua, atau mungkin belum tiba masanya.
Begitulah kehidupan. Kerna ia satu perkara yang perlu diperjuangkan. Setiap apa yang ingin kita capai, menuntut kita akan sifat kesabaran, mujahadah serta keyakinan yang tinggi kepada Allah. Pada pengakhiran nanti, pada-Nya jualah kita kembali. Semoga perjuangan kita ini dapat meraih Syurga yang abadi.

"Peluang yang datang padamu hanya sekali. Adapun ia berulang, takkan pernah sama yang datang padamu buat pertama kalinya.
Manfaatkan segala yang ada di sekeliling kamu. Jadikan ia satu proses untuk kamu terus belajar benda baru. Agar hari-harimu tidak berlalu dengan sia-sia."
@Coretansangmusafir

Pembinaan diri itu sangat berkait dengan tempoh masa. Memerlukan tempoh yang panjang bagi membina diri yang lebih baik dari semalam.
Beranikan diri untuk mencuba perkara baru. Cabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Libatkan diri dengan orang ramai. Bina jaringan yang baik dengan orang sekeliling.
Lama-kelamaan, tanpa sedar diri kamu sebenarnya sedang terbina. Kamu semakin berani berada di hadapan dan bergaul dengan orang sekeliling. Kamu sememangnya hebat. Semakin hebat dalam banyak hal.
Semoga ia terus berkekalan dan mampu memberi manfaat buat orang sekeliling.

Taktala dirimu resah gelisah tiada arah, jauhkanlah dirimu daripada dunia yang parah.
Dekatilah Allah yang Maha Esa, kelak kamu tenang selama-lamanya.
@CoretanSangMusafir

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seberat apa pun ujian yang datang, hidup itu perlu diteruskan.
Andai penat dengan segala yang menimpa, rehatkanlah diri dari belenggu masalah yang menyesakkan dada.
Percayalah, semua ini hanyalah sementara. Kerana hidup ini satu perjalanan. Perjalanan kita menuju yang Maha Esa.
Moga terus kuat wahai diri, demi Syurga yang dinanti.
๐ฑ

Terima kasih 2022, ahlan 2023.
Tahun-tahun yang berlalu itu telah terciptanya 1001 kemanisan dan kepahitan dalam kehidupan. Terima kasih kepada diri sendiri kerana telah berjaya sehingga ke hari ini. Berjaya melalui semua liku-liku kehidupan yang semakin mendewasakan.
Manusia yang hadir itu umpama pensel warna yang bakal mewarnai hidupmu. Mungkin ada sebahagian warna yang kita tidak suka ataupun sebaliknya. Tanpa sedar, warna-warni yang hadir dalam hidup kita telah berubah menjadi sebuah pelangi yang sangat indah. Nikmatilah ia, selama mana pelangi itu masih ada di depan mata.
Andai ia semakin menghilang, teruskan perjalanan hidupmu. Usah terus menunggu di tengah jalan. Sifat manusia itu datang dan pergi. Kelak pada waktu yang tepat, pasti akan muncul lagi sebuah pelangi yang indah tanpa disangka-sangka.
Bismillah.

Jangan terlalu memikirkan tentang hal yang telah berlalu. Jangan pula merisaukan masa depan yang bakal berlaku. Hiduplah untuk detik sekarang.
Di saat kamu memikirkan hal yang lepas, detik sekarang memerlukan dirimu untuk mengawal agar masa depanmu lebih baik.
@coretansangmusafir
Di saat kamu memikirkan hal yang lepas, detik sekarang memerlukan dirimu untuk mengawal agar masa depanmu lebih baik.
@coretansangmusafir
Dipertemukan lagi kita dengan bulan ramadan pada tahun ini. Kasihnya Allah pada kita semua. Dikurniakan bulan yang penuh keberkatan ini.
Amati dengan sepenuh hati dalam "madrasah ramadan" ini, agar benar-benar menjadi hamba yang bertaqwa.
Semoga ramadan kali ini ramadan yang lebih baik buat kita semua.
Maaf salah dan silap bicara dan tingkah laku kurang menyenangkan. Sama-sama kita manfaatkan bulan yang mulia ini.
ุงููููู ูู ุฃูููููููู ุนูููููููุง ุจูุงููููู ููู ููุงููุฅููู ูุงููุ ููุงูุณูููุงู ูุฉู ููุงููุฅูุณููุงู ูุ ุฑูุจููู ููุฑูุจูููู ุงูููู
โYa Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.โ
Salam Ramadan Kareem ๐ค

Ramadan sudah bersiap sedia untuk meninggalkan kita. Masih berpeluangkah untuk kita menemuinya pada masa akan datang?
Beberapa detik yang berbaki, ayuh sama-sama kita manfaatkan bulan yang barakah ini. Pohon keampunan dan kekuatan daripada yang Maha Kuasa. Semoga keluarnya kita dari bulan ramadan dapat mejadikan kita seorang hamba yang bertaqwa serta mujahadah dalam melawan hawa nafsu dan istiqamah dalam melakukan segala kebaikan.
19 April 2023 | 29 Ramadan 1444 h

Kesulitan yang kita hadapi hari ini sebenarnya untuk kesenangan kita di masa hadapan. Tanpa kita sedar, hari yang berlalu telah menjadikan kita seorang yang berjiwa kental seperti hari ini.
Syukur.
@coretansangmusafir
Syukur.
@coretansangmusafir
Tatkala kita hidup ini untuk menyenangkan hati semua orang, ternyata perbuatanmu itu salah.
Tatkala hidup ini hanya bersandarkan kemahuan manusia yang ada di sekeliling kita, ternyata itu hanya akan membebankan hidupmu.
Ingatlah satu perkara, setiap hal yang kita lakukan atas muka bumi ini hanya kerana Pencipta. Dialah jua yang layak menilai segala tingkahlaku hamba-Nya.
Segala hal yang dilakukan kerana-Nya, pasti dan pasti tidak akan pernah disia-siakan-Nya. Yakin dan percaya.

Malam seppu.
Banyakkan berdoa dan hidupkan malam ni dengan ibadahยฒ sunat.
Ustaz kata, Malam nisfu syaaban ni malam yang limited, hanya setahun sekali je ada. Kalau umur kita 20 tahun maksudnya 20 kali ja kita jumpa malam ni. Malam nisfu syaaban, malam yang penuh dengan keberkatan serta malam yang diperkenankan segala doa.
Semoga hari-hari kita penuh dengan keberkatan dalam menuju bulan Ramadhan Mubarak. ๐คฒ
Selamat beramal semua.