tgoop.com/dakwahida/22635
Last Update:
RITUAL TANPA SPIRITUAL
Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar bersama seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami itu pergi, kucing itu akan ikut bersama.
Namun keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya ketika ketua sami menyembah berhala ditengah-tengah kuil itu. Konsentrasinya akan terganggu apabila kucing kesayangannya menggesel-gesel dan mengelus-ngelus disisinya.
Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian , akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan dia akan mengikat kucing tersebut di sebatang tiang di tepi kuil.
Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucingnya ditiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.
Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru dilantik. Namun begitu, setiap kali ketua sami yang baru hendak mengetuai penyembahan, dia akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga. Tidak lama selepas itu, kucing itu pun mati. Ironisnya, ketua sami yang baru tadi mencari kucing yang baru sebagai pengganti untuk diikat ditiang yang sama setiap kali upacara penyembahan berhala diadakan.
Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun, ketua sami dan kucing datang dan pergi silih berganti. Akhirnya terciptalah ritual dalam agama tersebut , setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing akan ditambat pada tiang itu.
Pengajaran
Sering berlaku dalam ajaran agama (termasuk Islam) amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap taklid secara membuta tuli. Penganut di belakang kerap menjadi ’pak turut’ tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat.
Sumber : buku ANGGUK GELENG
BY 🍁Coretanida🍁
Share with your friend now:
tgoop.com/dakwahida/22635