DRAHMADSANUSIAZMI Telegram 3701
Sahabat Sensitif Kalau Nabi Dihina
=====
1. Para sahabat sangat sensitif andai sekiranya Rasulullah itu dihina atau disakiti. Ingatkah kita bagaimana kisah Saidina Umair bin Sa’d yang begitu marah apabila bapa tiri kesayangannya, al-Julas mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah merendahkan Rasulullah.

2. Ketika Baginda memerintahkan agar para sahabat bersiap sedia untuk menghadapi perang Tabuk, al-Julas enggan memberikan sumbangan malah mengeluarkan kata-kata yang merendah atau menghina Rasulullah. Mendengar kalimah itu Umair berkata:

وَاللَّهِ يَا جِلاسُ، إِنَّكَ لأُحِبُّ النَّاسَ إِلَيَّ وَلَقَدْ قُلْتَ مَقَالَةً لَئِنْ ذَكَرْتُهَا لَتَفْضَحَنَّكَ

Wahai Julas, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling aku sayangi, tetapi engkau telah mengucapkan sesuatu yang sekiranya aku adukan tentangnya, ia akan membinasakan engkau. (Tafsir Ibn Abi Hatim).

3. Lihatlah sikap Saidina Umair ini. Sekalipun al-Julas itu merupakan orang yang paling disayanginya, namun sekiranya beliau menyakiti Rasulullah, Umair tidak duduk diam malah segera mengadukan perkara ini lantas al-Julas dikenakan tindakan.

4. Begitu juga dengan riwayat Saidina Ali mengenai seorang perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan. Wanita itu akhirnya dikenakan tindakan lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Rasulullah mempertahankan hukuman tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan menghina tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

5. Begitulah para sahabat begitu sensitif andai sekiranya Rasulullah itu dihina atau disakiti. Mereka segera mengadukan perkara ini kepada Rasulullah atau segera mengenakan tindakan terhadap pelakunya. Adakah kita lebih sensitif andai sekiranya agama lain dihina berbanding sekiranya Rasulullah itu sendiri dipeleceh?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tgoop.com/drahmadsanusiazmi

tgoop.com/drahmadsanusiazmi/3701
Create:
Last Update:

BY Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Share with your friend now:
tgoop.com/drahmadsanusiazmi/3701

View MORE
Open in Telegram

Telegram News

Date: |

Healing through screaming therapy best-secure-messaging-apps-shutterstock-1892950018.jpg Polls The SUCK Channel on Telegram, with a message saying some content has been removed by the police. Photo: Telegram screenshot. SUCK Channel Telegram
from us

Telegram Dr. Ahmad Sanusi Azmi
FROM American