tgoop.com/hadispalestin/47400
Last Update:
Pegawai kanan keselamatan negara Amerika Syarikat (AS) dipercayai memasukkan seorang wartawan terkenal ke dalam kumpulan sembang aplikasi pemesejan Signal yang membincangkan serangan ketenteraan terhadap kumpulan Houthi di Yaman, menyebabkan beliau mengetahui rancangan serangan udara itu dua jam sebelum operasi dilancarkan, lapor Xinhua.
Jeffrey Goldberg, Ketua Pengarang The Atlantic memperincikan kejadian itu dalam artikel yang disiarkan di laman sesawang majalah berkenaan pada Isnin.
Goldberg berkata pada 11 Mac, beliau menerima permintaan sambungan pada aplikasi pemesejan Signal daripada pengguna bernama Michael Waltz - nama yang sama dengan Penasihat Keselamatan Negara AS.
Sumber: Astro Awani
www.tgoop.com/duniapalestin
BY Dunia Palestin 🇵🇸

Share with your friend now:
tgoop.com/hadispalestin/47400