Telegram Web
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
Puasa tapi tidak sahur adalah lebih baik daripada tidak sahur tapi puasa.

@Hati_Remaja
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
Ni soalan biasa bila masuk bulan Ramadan.

Jawapan saya :-

1. Puasa tetap sah walaupun 30 hari penuh tak mandi wajib.

2. Sebab syarat sah puasa tak semestinya kena mandi wajib.

3. Cuma sedikit pelik kalau tak mandi wajib walaupun sehari, awak tak solat ke?

4. Syarat sah untuk solat mestilah suci daripada hadas kecil dan besar. Maksud hadas besar di sini ialah keluar mani, bersetubuh, keluar haid dan nifas.

5. Nabi SAW pernah bangun tidur dalam keadaan junub iaitu berhadas besar selepas bersama isterinya pada malam hari. Lalu Baginda SAW mandi wajib dan teruskan berpuasa.
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
Ni soalan biasa bila masuk bulan Ramadan. Jawapan saya :- 1. Puasa tetap sah walaupun 30 hari penuh tak mandi wajib. 2. Sebab syarat sah puasa tak semestinya kena mandi wajib. 3. Cuma sedikit pelik kalau tak mandi wajib walaupun sehari, awak tak solat…
6. Nasihat saya, jangan lambatkan mandi wajib sebab kita perlu menjaga solat wajib. Apalah gunanya berpuasa jika tak solat sedangkan solat itu tiang agama.

7. Manakala jika terbangun lewat pagi, teruskan berpuasa walaupun belum mandi wajib.

8. Rukun Islam ada 5 yang perlu kita jaga iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan melaksanakan haji jika berkemampuan.

Itulah.

Najmi Farisham,
Moga bermanfaat.

@Hati_Remaja
kita adalah seseorang yang tertawa setiap hari dan melupakan bahwa kematian akan datang menghampiri

@Hati_Remaja
Sebenarnya, hidup kita ni Tuhan dah susun cantik.

Rezeki, kerjaya, jodoh, semua dah tersusun, termasuk ujian yang kita tengah hadapi sekarang. Setiap satu yang berlaku ada sebab & hikmah di sebaliknya.

Dia yang tentukan untuk letak kita di jalan tu. Keep going πŸ’ͺ

@Hati_Remaja
Doa kamu tu Allah dengar walaupun doa sambil pakai kasut. Janganlah kerana nak berdoa kamu sulitkan orang nak solat fardhu.

Dah solat, bangunlah. Bagi ruang untuk orang lain solat pule.

Mudah je benda ni, kan?

@Hati_Remaja 🀍
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
Manusia yang aku taknak ingat apa-apa langsung pasal dia. Kau dengan spender basah sama level.

Semoga ada makhluk geletek kaki kau sebelum tidur. Semoga hanger baju kau tersangkut, asyik jatuh. Semoga kucing kau cirit birit atas katil kau. Semoga kau tersilap isi diesel !

@Hati_Remaja
Forwarded from π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€ (π™½πš„πšπš‚πšˆπ™°)
Teringin la nak dress up cute cute pastel pastel tapi tak kena dengan personality dan orang akan cakap aku buang tebiat

@Hati_Remaja
π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
Photo
1. Semakin sedikit yang kamu bagikan, semakin sedikit orang yang ikut campur dalam urusanmu.

2. Kamu akan berhenti peduli dengan pendapat orang lain tentang hidupmu.
3. . Kamu gak perlu lagi mencari validasi untuk melakukan apa yang menurutmu benar.

4. Hidupmu akan lebih damai-lebih sedikit drama, energi negatif, dan lebih banyak waktu untuk orang terdekat.
5. Jika semua orang adalah temanmu, itu masalah. Kita gak bisa mempercayakan informasi pribadi ke sembarang orang.

6. Gaya hidup yang sebenarnya adalah tetap low-key, menjaga privasi, dan tidak mengumbar kehidupan pribadi.
7. Berproses akan jauh lebih sulit jika semua orang menyarankan begini dan begitu.

8. Privasi mengajarkanmu kemandirian dan cara membangun koneksi yang lebih dalam dengan orang lain.
9. Semua orang akan pergi pada waktunya. Kamu akan belajar bagaimana menikmati kesendirian tanpa merasa kesepian.

10. Jika kamu membangun sesuatu dalam diam, orang gak bakal tau apa yang harus mereka komentari.

11. Kebanyakan orang sebenarnya gak terlalu peduli denganmu.
Mereka hanya peduli dengan apa yang bisa kamu berikan.

12. Kamu tidak berhutang penjelasan kepada siapa pun tentang kehidupan pribadimu.
13. Kamu bakal sadar bahwa gak semua orang bisa menjadi temanmu.

14. Kamu akan belajar kapan waktu yang tepat untuk sendiri dan kapan harus bersama orang lain.
It’s = it is
I’m = i am
You’re = mine


*blushing eheh

@Hati_Remaja 🌻β™₯️
Pernah tak kau fikir?

Dalam dunia ni, ada ayam yang terpaksa korbankan diri dia untuk buat kau kenyang?

Pernah tak kau fikir?
Cecair yang kau celupkan pada ayam yang nak digoreng tu, itu ialah bakal anak-anak saudara sespesies dia sendiri!

Pernah tak? Tak pernahkan? Sebab apa tak pernah?

Sebab kau cuma fikir pasal diri kau je. Kau tak pernah nak fikir perasaan orang lain! Asal diri kau lepas, asal perut kau kenyang, sudah! Itu je yang kau fikir.

Eh dia ni karanggg.

@Hati_Remaja
Incase tak sure korang generasi mana:

Gen Beta 2025 - 2039
Gen Alpha 2013 - 2024
Gen Z 1997 - 2012
Millennials 1981 - 1996
Gen X 1965 - 1980
Boomers 1946 - 1964
Silent Gen 1928 - 1945

Sedarlah yang korang dah tua!

Tapi yang pasti semua orang akan cakap
"Zaman aku paling best"

@Hati_Remaja
Aku pernah kehilangan harapan, akan tetapi rencana dari Allah lebih indah dari semua yang telah direncanakan

@Hati_Remaja 🌻β™₯️
Terkadang kita terlalu berharap, kemudian Allah menguji dengan cara menjatuhkan. Hingga ketika hati kita lelah, ikhlas menerima, tak disangka-sangka Allah dekatkan.

@Hati_Remaja 🌻β™₯️
Aku ni jenis manusia yg simple. Kalau korang suka aku, aku okay. Korang tak suka pun aku okay. Aku malas nak fikir sangat. Buang masa aku je.

@Hati_Remaja 🌻β™₯️
Aku ni kadang-kadang memang suka belanja orang bila aku happy, tapi jangan minta belanja, auto jadi kedekutπŸ₯±
π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
Photo
Trauma ni bukan sekadar benda yang berlaku dalam fikiran, tapi badan kita pun simpan semuanya tanpa kita sedar.

Kadang-kadang kita fikir trauma ni hanya berlaku kalau kita alami benda yang sangat dahsyat, macam kemalangan besar atau kehilangan orang tersayang.

Tapi sebenarnya, apa saja pengalaman yang buat kita rasa sangat takut, terkejut, atau tertekan hingga kita tak sempat proses emosi tu dengan betul, itu juga boleh tinggalkan kesan dalam badan kita.

Contoh kejadian trauma yang ramai tak sedar…

1. Kehilangan orang tersayang
Bila seseorang yang kita sayang pergi selamanya, sama ada sebab sakit atau kemalangan, dunia kita tiba-tiba berubah. Walaupun kita cuba kuat, cuba redha, tapi ada waktu-waktu tertentu hati rasa sangat kosong. Kadang-kadang, air mata turun tanpa sebab. Kadang-kadang, bila teringat, dada rasa ketat. Kita mungkin tak sedar, tapi badan masih simpan kesedihan tu.

2. Pernah terlibat dalam kemalangan
Mungkin dah lama berlaku, luka luaran dah sembuh, tapi kenapa setiap kali lalu tempat kejadian, jantung masih berdegup laju? Kenapa bila dengar bunyi brek mengejut, badan rasa tegang secara automatik? Itu tanda trauma masih tersimpan dalam sistem saraf.

3. Dibuli atau dihina masa kecil
Mungkin dulu kita pernah dibuli di sekolah, dihina depan orang ramai, atau selalu dibanding-bandingkan. Kita ingat dah lupa, tapi kenapa sampai sekarang kita masih susah nak percaya diri? Masih takut nak bercakap depan orang? Itu semua kesan trauma yang kita pendam sejak kecil.

4. Pernah melalui pengalaman bersalin yang sukar
Ramai ibu yang mengalami trauma selepas bersalin, tapi tak sedar. Ada yang terpaksa melalui prosedur kecemasan, ada yang mengalami kesakitan luar biasa, dan ada juga yang kehilangan bayi. Walaupun fizikal dah sembuh, tapi badan masih simpan ketegangan sebab tu ada ibu yang lepas bersalin jadi mudah cemas, kuat marah, mudah menangis, atau sukar tidur walaupun bayi dah besar.

5. Kehilangan kerja atau jatuh miskin secara tiba-tiba
Tak semua trauma datang dari perkara yang melibatkan fizikal. Kadang-kadang kehilangan kerja, hilang punca pendapatan, atau perniagaan yang jatuh merudum pun boleh tinggalkan kesan yang mendalam. Bila hidup tiba-tiba berubah, ketakutan mula datang takut tak mampu sara keluarga, takut masa depan jadi gelap, takut hidup tak akan sama lagi.

6. Terlalu lama hidup dalam stres dan tekanan
Mungkin kita tak pernah alami kejadian yang besar, tapi hidup kita penuh tekanan bertahun-tahun. Setiap hari bekerja tanpa rehat, menghadapi masalah keluarga, atau memikul tanggungjawab yang terlalu berat. Kita anggap ini semua β€œbiasa”, tapi tanpa sedar, badan kita semakin penat, semakin letih, dan mula menunjukkan tanda-tanda seperti sakit belakang, susah tidur, atau mudah rasa panik.

Badan Kita Tak Pernah Lupa, Tapi Ia Boleh Melepaskan

Kita mungkin fikir kita dah move on, kita dah lupakan semua yang berlaku.

Tapi badan kita tak pernah lupa.

Semua ketegangan, semua tekanan yang kita pendam, ia masih ada dalam tubuh dan jika kita tak lepaskan, lama-kelamaan ia boleh muncul dalam bentuk sakit fizikal, kebimbangan, atau keletihan yang berpanjangan.

Sebab tu penting untuk kita bantu badan melepaskan trauma yang tersembunyi. Dan salah satu cara yang boleh bantu ialah TRE (Tension & Trauma Releasing Exercises).

TRE ni unik sebab kita tak perlu paksa diri untuk ingat atau cerita balik kisah lama.

Badan kita sendiri yang akan mula β€œbuang” beban yang tak perlu, melalui getaran semula jadi yang membantu melepaskan ketegangan dalam otot dan sistem saraf.

Bila kita mula lepaskan trauma yang dah lama tersimpan, kita akan rasa lebih ringan, lebih tenang, dan lebih bebas untuk teruskan hidup.

Kalau selama ni kita selalu fikirkan orang lain, selalu utamakan kerja, selalu tahan perasaan sendiri, mungkin dah tiba masanya untuk kita beri ruang pada diri sendiri.

Trauma bukan bermaksud kita lemah. Tapi membiarkan trauma mengawal hidup kita itu yang buat kita terus terperangkap.

Jadi, mungkin dah tiba masanya untuk lepaskan. Beri peluang pada diri untuk rasa tenang semula.❀️
2025/03/16 12:18:46
Back to Top
HTML Embed Code: