tgoop.com/iamkakadh/7830
Last Update:
Kak Adh nak bagi semangat sikit pada kenalan yang masih baru nak mula membaca alquran..
*Jangan pernah rasa down jika kalian tidak pandai baca, atau tergagap gagap.. Teruskan membaca disamping berusaha mencari guru untuk rujukan..*
Alquran tetap perlu dibaca dalam sehari. Jangan pernah tinggal ok?
Kerana sesungguhnya Alquran adalah manual untuk kita menjalani kehidupan seharian..
Jika tidak boleh baca bermuka2, cukuplah untuk baca semuka atau separuhnya..
Nak mudah, dengar dulu bacaan setiap ayat, kemudian kita ulang. Ulang dan ulang.
Tak jumpa guru sebenar? Takpe. Teruskan baca dengan cara tadi.
Dalam masa yang sama, usaha cari guru sebenar untuk memberikan penerangan lebih lanjut..
Kata2 negatif tadi, tolak tepi. Tak perlu ambil tahu..
Kak Adh doakan kita semua dapat membaca alquran dengan lancar, dan dapat memahami hukum2 tajwidnya sekali insyaAllah...
Kalau kalian perlukan bantuan, silakan pm Kak Adh secara personal ya 😘
_Kak Adh_
Sekadar berkongsi 🫰🏼
BY iamkakadh
Share with your friend now:
tgoop.com/iamkakadh/7830