tgoop.com/iburoselove/2331
Last Update:
Ibu, saya merotan anak saya yang berusia 3 tahun.
Bukan kerana saya tak sayang.
.
Tapi kerana saya sudah tak tahan mendengar tangisannya yang berpanjangan.
Dan bila datuknya menyebut saya tak pandai mendidik,
hati saya hancur.
Adakah saya ibu yang gagal?
.
Satu soalan sampai ke dalam inbox Ibu.
Soalan ini terasa agak penting untuk Ibu kongsikan di sini.
Inilah jawapan Ibu.
.
Sayang, rasa kecewa dan marah itu normal.
Terutama bila kita sedang tertekan.
.
Kadang-kadang kita terlupa bahawa anak kecil tidak akan menangis tanpa sebab.
Mereka bukan menangis kerana mahu menyusahkan kita.
Tapi, kerana mereka ingin menyampaikan sesuatu,
yang tidak dapat mereka ungkapkan dengan kata-kata.
.
Bila kita ditegur oleh orang tua, terutama ibu bapa kita sendiri,
ia seperti tikaman dalam hati.
.
Tetapi ingatlah, kita yang bertanggungjawab mendidik anak-anak kita.
Dan hanya kita yang paling memahami mereka.
Memang sukar untuk tidak terpengaruh dengan kata-kata mereka.
Tetapi kita perlu kuat.
Jangan biarkan kata-kata mereka itu mengaburi rasa sayang kita kepada anak-anak.
Walaubagaimanapun, tetaplah hormati mereka sebagai ibu bapa kita.
Tanpa mereka, tiadalah kita dimukabumi ini.
Sayang, ini pesan Ibu ❤❤
"Anak kecil tidak akan menangis tanpa sebab.
Mereka mungkin merasa takut, sakit, atau kecewa.
Jadi, jangan cepat menuduh mereka.
Ingat, kita sebagai ibu adalah tempat mereka berlindung dan mencari ketenangan.
Moga perkongsian Ibu pagi ini memberi manfaat buat saying yang membacanya.
Mari kongsikan apa yang Ibu coret pagi ini,
Semoga ia memberi manfaat buat mereka yang memerlukannya.
Mari kita sebarkan kasih sayang.❤❤
Salam kasih,
Ibu Rose
#IbuRoseSharing
#ParentingDamai
BY Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel
Share with your friend now:
tgoop.com/iburoselove/2331