Telegram Web
09:52 lori terbalik jalan kapar batu 3 hala rantau panjang.

#klangsatu
#infosemasa
Sebelum tol kulai..

#infosemasa
Satu kes kematian dalam ladang sawit lelaki dipercayai warga myanmar ditemui tergantung dalam ladang Kerteh 5. Maklumat lain tiada.

#infoWa
#infosemasa
@infosemasaofficial
TNB sahkan helikopter digunakan terhempas ketika mendarat di Bentong

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek miliknya di kawasan Bentong.

Laporan awal menyatakan juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja syarikat helikopter iaitu warga Indonesia meninggal dunia.

TNB melalui kenyataan berkata pihaknya mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terbabit dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek berkenaan.

"Pasukan Bomba juga telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

"TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini," katanya sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, BH melaporkan sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong di Pahang dengan seorang disahkan maut, manakala seorang lagi terselamat.

Kejadian berlaku berdekatan kawasan kolam air panas ketika helikopter terbabit digunakan untuk kerja mengangkat bagi tujuan pemasangan kabel, dengan kebakaran menyebabkan pesawat musnah sepenuhnya.

Oleh Adha Ghazali
Februari 6, 2025 @ 1:07pm
[email protected]

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial
2025/02/06 05:48:40
Back to Top
HTML Embed Code: