tgoop.com/itsaboutfeelings/20411
Last Update:
aku? aku adalah manusia yang paling takut akan kehilangan. paling takut bila someone itu berubah menjadi sosok yang tidak ku kenali lagi. disebabkan itu, apapun yang membuatku sakit, apapun yang membuatku merasa sangat kecewa, aku akan tetap mempertahankan perasaan aku. aku akan tetap memperjuangkan hal itu jika itu adalah sebab aku mengenal bahagia. aku tahu hati seseorang itu tidak boleh dipaksa. namun untuk ikhlas dalam melepaskannya pergi, menurutku itu cukup sakit. percaya atau tidak, rasa kecewa itu tidak mampu membunuh sebahagian besar dari rasa sayangku terhadapnya. walaupun pada ketika itu, aku sekali lagi harus berlawan dengan kuatnya rasa trauma, aku tetap utuh mencintainya. seandainya suatu hari Allah mengatakan bahawa dia memang tidak ditakdirkan untukku, percayalah bahawa untuk melihatnya bersama dengan yang lainpun aku tidak sanggup. meskipun saat itu aku tahu bahawa kebahagiaannya bukanlah lagi dengan ku, aku tetap aku. aku tetap akan menjadi manusia yang takut akan kehilangan.
@itsaboutfeelings
BY Feelings ✨
Share with your friend now:
tgoop.com/itsaboutfeelings/20411