tgoop.com/kakimakan/3704
Last Update:
@kakimakan
TOMYAM PUTIH ALA THAI
Bahan-bahan:
. 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
. 3 ekor sotong (dipotong bulat)
. 6 ekor udang besar
. 3 batang serai (dititik)
. 2 ulas bawang putih (ketuk)
. 1/2 bawang besar (potong)
. 6 helai daun limau purut (dikoyakkan sedikit)
. 1cm lengkuas (dihiris)
. 3 bawang kuning / bawang kuning (dibelah 4)
. 5 biji cili api (dititik sedikit)
. 1 biji tomato (belah 4)
. Carrot sedikit
. Cendawan tiram sedikit
. Bunga kobis sedikit
. Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis (mengikut selera masing-masing)
. Garam, gula, serbuk perasa.
. 8 cawan air
Caranya:
Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga mendidih.
Setelah agak-agak ayam masak (lebih kurang 5-7minit),
Masukkan sotong, udang dan daun limau purut.
Selepas itu masukkan semua sayuran.
Setelah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa.
Tutup api & masukkan perahan limau. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba
- unknown
Sertai Telegram KakiMakan Channel www.tgoop.com/kakimakan
BY KakiMakan Channel ©
Share with your friend now:
tgoop.com/kakimakan/3704