tgoop.com/kakimakan/3792
Last Update:
@kakimakan
Cucur Badak Klasik
Bahan inti:
☆ 200gm kelapa parut
☆ 100 gram udang kering
☆ 4 biji bawang merah
☆ 6 biji cili merah
☆1 batang serai
☆ serbuk kunyit
☆1 sudu teh gula
☆½ sudu teh garam
☆ 2 sudu makan minyak masak
Bahan doh :
☆ 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
☆ 2 biji pisang masak ranum dilenyek 》◇pisang rastali pilihan utama.
☆ 4 sudu makan tepung gandum
☆ ½ sudu teh garam
☆ udang segar secukupnya
Cara-cara membuat:
Inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Cucur:
1) Gaul rata semua bahan doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan
melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat. Isikan inti di tengah doh, tutup rapi dan letak seekor udang tekan sedikit.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga garing. Angkat dan tos...siap.
Kredit♡Cheqray•°
🍌🦐🥥🥔🌾
#Aneka_resipi_mudah 🌰
#KakiMakan 🌰
Sertai Telegram KakiMakan www.tgoop.com/kakimakan
BY KakiMakan Channel ©
Share with your friend now:
tgoop.com/kakimakan/3792