Telegram Web
GUNUNG RUANG MELETUS

Surat Al-Waqi'ah Ayat 4-6
إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا
وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا
فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا
Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, Dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya. Maka jadilah ia debu yang beterbangan.

Gambar ialah sebelum dan selepas Gunung Ruang, Indonesia meletus
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Temubual yang baik dengan Syeikh Raed Salah.

Apabila ditanya, masih adakah harapan kepada umat Islam yang seolah-olah sudah ‘koma terlantar di atas katil’ dalam mempertahankan tanah suci dan masjid suci mereka, jawabnya:

“Saya lihat umat ini masih ada denyut nadi dan hati mereka masih hidup untuk mempertahankan bumi suci mereka. Tetapi wujud perancangan untuk mengekalkan umat ini ‘kaku’ dan ‘terlantar’. Ada tangan tersembunyi dari luar, dengan pihak dalam umat Islam yang bersekongkol, untuk menjalankan perancangan yang akan menyekat dan mematikan kebangkitan umat ini.”

https://youtu.be/5kVU_SoGTAA?si=COMtp5GLVaiHVgYF

Kredit: FB Syed Ahmad Israa'
www.tgoop.com/duniapalestin
“Majoriti umat Islam hari ini telah terseleweng dari Islam tanpa disedari dan tanpa niat. Untuk mengembalikan mereka yang terseleweng ini ke jalan yang benar amat sukar kerana penyelewengan sudah sebati di dalam tubuh generasi ini.

Disebabkan itulah tiada jalan keluar lain melainkan golongan yang sedar ini perlu mara dan meMIMPIN mereka yang terseleweng meskipun mereka enggan.”

– Abu Ammar, Muntholaq (Bab 1, Sub-topik: Generasi yang Terpedaya).

Normalisasi jahiliyyah yang diprogramkan oleh Yahudi dalam kehidupan masyarakat Muslim telah berjaya melunturkan jati diri Muslim yang sebenar sehingga kebanyakkan dari kita melihat kebatilan itu sebagai satu yang benar dan kebenaran itu sebaliknya.

Dan proses ini akan berterusan selagi mereka yang sedar akan hakikat ini hanya mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan untuk menyedarkan yang lain


http://linktr.ee/bukuputih
[FOKUS, BUKAN MERAMAIKAN - SYEIKH MUHAMMAD AR RASYID]

Proses tajmi hendaklah seimbang dengan tenAga murabbi. Allah berfirman;

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ آَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ یَكُنْ مِنَ الْمُشْرِآِينَ
“Sesungguhnya Ibrahim adalah umat yang taat (patuh) kepada Allah, lagi cenderung kepada agama yang lurus.” (Al-Nahl 16: 120)

Nabi Ibrahim itu ibarat satu ummah, walaupun dia seorang diri, namun dia ibarat satu umat yang dapat menentang tenaga kekafiran yang dahsyat.

Makanya jika makin ramainya mad’u mahukan Islam, lantas perlulah kite juga menjadi seperti satu umat, sepertimana Nabi Ibrahim. Dan diteruskan lagi dalam muntalaq dan ditekankan berulang kali,

Satu kesilapan yang paling merbahaya ialah bagi dakwah ialah apabila ia melakukan tajmik yang luas sebelum adanya sekumpulan da’I yang mampu mentarbiah mereka yang telah ditajmik itu. Kumpulan da’i itu sendiri pula mesti memperuntukkan sebahagian dari waktunya pula untuk meneruskan tarbiyyah diri sendiri dengan ilmu dan ibadat, kerana jika tidak, hati mereka akan menjadi keras setelah mereka dapat menikmati kelazatan di peringkat permulaan. Apabila hati telah keras, akan hilanglah pula roh-roh persaudaraan. Keseimbangan ini bukan hanya khusus pada permulaan dakwah sahaja, bahkan mestilah meliputi seluruh fasa pengembangan dakwah. Jika tidak, dakwah akan diancam bahaya yang besar.

Jom kita membina Murabbi Ibarat Satu UMmat!
DOA PARA PENCINTA KEBENARAN

Para pencinta kebenaran sentiasa risau, takut andainya di terkeluar dari landasan yang benar. Hatinya akan selalu tunduk lalu meminta kepada Allah Azza Wa Jalla agar mmeberikan kepadanya kelurusan dalam beriman, kerana akhirnya manusia akan berkumpul dihari kimata, dan akhirnya yang selamat ialah para pengikut jalan yang benar.

Kerana itulah Allah mengajarkan mereka doa ini.

Kita lah itu yang mencari kebenaran dan hendak selalu berada dijalan yang benar. Banyakkan berdoa ye?

Buku Putih
#Tadabur al-Qur'an - Sabar Akan Membuka Lebih Banyak Pintu Kefahaman

Walaupun saban minggu kita menelaah surah al-Kahfi, seakan-akan tidak dapat move on dari pelbagai pelajaran yang tersurat dan tersirat.

Antaranya dalam pengkisahan rehlah ilmiah Nabi Musa berguru dengan hamba Allah yang soleh, Nabi Khidr. Antara pengajarannya, tentu sahaja sabar dalam proses menuntut ilmu, sabar untuk ditarbiyah.

Walaupun Nabi Musa berjanji untuk tidak bertanya, taat dan tidak gopoh namun setiap kali memerhatikan gelagat sang guru ia tidak dapat menahan dirinya untuk bertanya. Sekali dan dua kali, ia diberi peluang lagi.

Kali ketiga tidak dapat menahan dirinya akan "keanehan" Nabi Khdir, dia bertanya lagi dan akhirnya sesi pembelajaran telah tamat. Ucapan perpisahan dari Nabi Khidr:


{ قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيۡنِي وَبَيۡنِكَۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأۡوِيلِ مَا لَمۡ تَسۡتَطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرًا }
[Surah Al-Kahf: 78]

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

Justeru hanya 3 perjalanan dan perlakuan sahaja yang sempat ia perhatikan dari sang guru.

Jika Nabi Musa bersabar dan berpegang pada janji pasti lebih banyak yang dapat dipelajari.

Namun pasti ia berlaku dalam perancangan dan tadbir ilahi yang penuh hikmah.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan satu hadis yang panjang berkaitan rehlah ilmiah ini seperti mana juga dalam surah al-Kahfi. Hadis ini dimasukkan dalam Kitab Ilmu dalam Sahih Bukhari. Di penghujungnya kita naqalkan:

قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ يَرْحَمُ اللَّهُ مُوسَى، لَوَدِدْنَا لَوْ صَبَرَ حَتَّى يُقَصَّ عَلَيْنَا مِنْ أَمْرِهِمَا ‏"‌‏.‏

Rasulullah saw bersabda, "Semoga Allah merahmati Musa as, kita sangat berharap kalaulah beliau bersabar nescaya Allah akan menceritakan perihal keduanya."

Masha Allah.

Betapa sabar akan membuahkan lebih banyak pengalaman, pelajaran dan pedoman. Andai sahaja beliau bersabar. Namun itulah lumrah jiwa muda. Ia gagal mengekang dirinya.

Maka saudaraku,

Bersabarlah di jalan tarbiyah ini yang mendidik kita segenap ilmu kehidupan. Tarbiyah tidak pernah berhenti melainkan kita yang berhenti.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com
"Apabila hidup kita hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita, dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia, dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini"

Syeikh Ar Rasyid - Muntalaq

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com
Waktu Solat
(Kawasan Putrajaya)

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com
[TIPS MURABBI]

Tarbiyah yg efektif memerlukan proses interaksi, pemerhatian, evaluasi & bergaul utk mendidik, memenuhi keperluan & mengembangkan potensi dr sudut fikri, tarbawi, dakwi & manusiawi bagi mencapai tuntutan marhalah & muwasafat tarbiyah, merawat kelemahan ruhi, membangun potensi daie hingga mampu memimpin amal-amal haraki.

Dari Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Umatku yg paling menyayangi umatku ialah Abu Bakr, yg paling tegas dlm agama ialah Umar al-Khattab, yg paling benar pd sifat malu ialah Uthman, yg terbaik dlm penghakiman ialah Ali Abi Talib,
yg terbaik pembacaan kitab Allah ialah Ubai bin Kaab, yg paling berpengatahuan mengenai halal & haram  ialah Muaz bin Jabal, yg paling mahir mengenai faraid ialah Zaid bin Tsabit, ketahuilah bagi setiap umat ada pemegang amanah
& umatku yg paling amanah ialah Abu Ubaidah al-Jarrah."

Rasulullah sgt arif & kenal mutarabbinya secara dekat & tepat hingga mampu menumbuhkan tsiqah pd setiap mutabbinya & meletakkan mereka di posisi yg betul utk harakah.

Source: Bekalan Murabbi & Maalim fi Thariq

--------
JOM FOLLOW CHANNEL TELEGRAM: https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
BELI BUKU TARBIYAH ONLINE: http://kedaibukuputih.com
Selamat bermuayashah dengan semua objek dakwah !
Forwarded from Tarbiah Daily
Anda bukan keseorangan memimpinnya..

Ketika anda mengajak seseorang ke jalan yang benar, tiba-tiba anda terasa sangat gembira kerana sedikit usaha dari anda telah memberikan hasilnya. Anda terus diterima dan orang yang diajak mengikuti anda dengan pantas. Anda mengira anda telah melakukan sesuatu yang besar.

Anda harus sedar. Seseorang yang sedar ditangan anda sebenarnya bukannya hasil sepenuhnya dari usaha anda. Anda hanya mungkin hanya orang yang terakhir memegangnya dan membawanya ke satu ‘klick’ yang menyebabkannya tersentak dan terus mengikut kebenaran.

Sebelum anda telah ada banyak manusia lain yang telah sama-sama memberikan saham untuk menyedarkannya. Cuma apa yang telah dibuat oleh orang lain tidak dapat menyampaikannya ke tahap ‘klick’ tersebut. Mungkin usaha orang lain lebih banyak dari usaha anda. Anda hanya pelengkap.

Mungkin orang lain telah berlari beratus-ratus kilometer untuk membawa obor itu ke garisan akhir. Tetapi oleh kerana anda adalah pembawa obor terakhir, maka anda yang diraikan dan disanjung, bukan orang yang sebelumnya. Sedangkan anda mungkin hanya berlari beberapa meter yang terakhir sebelum tiba ke garisan.

Kefahaman ini mengingatkan anda betapa banyaknya manusia lain yang telah berkorban untuk usaha dakwah ini. Mereka berpenat lelah dan mungkin sebahagian dari mereka telah meninggal. Tetapi hasil usaha mereka itu kita kutip dengan mudah, kita petik dan membungkusnya indah-indah.

Inilah rahsia kata-kata Imam al-Syafie r.a:

الحر من راعى وداد لحظة أو تمسك بمن أفاده لفظة

atau dalam riwayat yang lain:

وَأَنَّ الْحُرَّ مَنْ رَاعَى وِدَادَ لَحْظَةٍ وَانْتَمَى لِمَنْ أَفَادَ لَفْظَةً

Orang yang merdeka itu ialah orang yang menjaga kasih sayang kepada seseorang walaupun walaupun ianya sebentar diperolehi, dan dia berpegang atau merasai terikat dengan seseorang yang pernah memberi faedahnya kepadanya walaupun dengan suatu perkataan.

Salman r.a tidak begitu cepat untuk beriman jika tidak hasil dari nasihat dari guru-gurunya sebelum dia tiba di Madinah. Zaid Amru r.a mempunyai sahamnya atas doa yang dibuat untuk menjadikan anaknya Said bin Zaid r.a menjadi muslim. Di belakang setiap hidayah, terdapat berapa ramai orang yang telah mendapat saham pahalanya.

Moga kita menghargai semua jasa mereka yang mungkin telah pergi, mereka yang masih ada tetapi mungkin telah jauh seketika dari dakwah, mereka yang masih berhempas pulas menyelamatkan ummah melawan arus jahiliyyah walaupun mereka tidak sama seperti kita dalam bentuk usahanya…. dan ramai lagi yang kita tidak kenali mereka, tetapi Allah mengenali nama-nama mereka.

Mereka semua telah memberikan jasa dan saham untuk dakwah yang sedang begitu rancak kembali sekarang..!

Moga Allah memberikan pahala saham orang-orang yang telah membina iman dan islamku walaupun aku sendiri tidak pernah mengingati mereka sekarang..!

Catatan Dr K Yusof, 2009

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Apabila terdapat seorang muslim yang baik, maka kamu akan mendapati di situ sebab-sebab kejayaan. IHAB

~Untuk mewujudkan muslim yang baik itu perlukan proses tarbiyyah.
Forwarded from Tarbiah Daily
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tiada Hari Tanpa Doa Buatmu Palestin


Kini , kezaliman dan kegilaan Israel tidak berhenti walaupun dihinggap pelbagai kecaman dan kekalahan dari luar dan dalam .

Hari ini , Rafah pula menjadi sasaran seterusnya . Pembunuhan beramai ramai berlaku lagi ,dan umat tetap lemah tanpa peduli 🙏


Teruskan peduli , tanpa henti .
Sebarkan Mesej ini agar umat ini terus segar memperjuangkan kebebasan tanah air kita bersama ini.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestina!

React | Repost


https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
TAFAHUM!

...iaitu bersedia menasihati dan dinasihati....

الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
Tarbiyah ialah perubahan kepada individu. Ianya mungkin lambat tapi, hasilnya pasti. Rasulullah saw membina Bilal tetapi Rasulullah saw tak pernah berjumpa Bilal sebagai gabenor. Itulah hasil tarbiyah.


Lambat, tapi pasti. Renung kan.
Assalamu'alaikum wmwb.
Kepada yang ingin mengikuti semua kuliah DrKYusof (tadabbur harian, Hadis, Seerah Nabi saw dll) sila ke:
1. youtube.com/drkyusof
2. Tiktok.com/@drkyusof

Untuk mendengar sahaja, boleh ikuti di podcast: https://shorturl.at/SYD2Q

Makluman, semua tadabbur mukasurat Quran, boleh diikuti di sana.
PERKONGSIAN BINGKISAN SAHABAT (1)

"Bekal iman dan taqwa bukan urusan ilmu dan kepandaian, atau urusan pengalaman dan kemahiran, atau urusan lamanya usia...
Jika berilmu belum tentu ada taqwa,
Jika bijak dan berkemahiran Belum tentu mendapat taqwa...

Dan jika telah lama hidup sekalipun belum tentu mempusakai taqwa..

Tetapi iman dan taqwa adalah urusan Allah.. ia pemberian Allah, dengan rahmatNya maka diberikan kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Lalu apabila tidak mendapat rahmatNya, maka siapakah lagi Yang dpt memberinya?"
Forwarded from Tadabbur Jaulah Ithbat 🇮🇩
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
2024/07/07 09:13:10
Back to Top
HTML Embed Code: