Telegram Web
Daie yang sibuk dengan isu sendiri kerana masalah khilafiyah dan juziyah akan menjadi lupa dengan pertarungan antara islam dengan musuh-musuh islam yang sedang berkobar di setiap penjuru, mereka sedang berusaha menghancurkan islam dan umatnya dan menghapuskan dari peta dunia.

(Sedarlah wahai daie)
Perlumbaan amal antara seorang muslim dengan muslim yang lainnya adalah bukan perlumbaan antara amalan baik dan amalan buruk akan tetapi diantara amalan baik dan TERBAIK!

Fastabiq amal!
Mencari Alasan Untuk Saudaramu!

Ada satu kata-kata Arab yang dianggap hadith menyebut

التمس لأخيك سبعين عذرًا
Carilah bagi saudaramu 70 alasan.

Ia membawa maksud, sekiranya kita dapati ada kata-kata, perbuatan atau khabar berkenaan saudara kita yang tidak enak, canggung dan bahkan boleh membawa mudarat, maka carilah alasan atau justifikasi dengan takwilan yang baik dari kata-kata, perbuatan atau dengar-dengar berkenaan walaupun sehingga 70 alasan perlu dikemukakan.

Pepatah berbahasa Arab ini menurut ibn Baz, tiada asal. Ia bukan hadith. Tetapi maknanya benar. Memberikan takwilan yang baik terhadap perbuatan dan kata-kata saudara kita adalah langkah awal sebelum kita bertabayun iaitu berjumpa dan mendapatkan penjelasan berikut:

Apa ia benar kata-katamu?
Apa ia benar ia perbuatanmu?
Apa benar percakapan mereka tentangmu begitu?
Apa itu yang engkau maksudkan?

Dan pelbagai lagi pertanyaan tabayun. Namun peluang tabayun tidak segera tiba. Justeru sebelum itu, ada asasnya kita mengemukakan alasan bagi saudara kita sebagai satu bentuk baik sangka dan terbit dari suruhan berlapang dada.

Pelajaran penting ini telah dipusakai dari khalifah kedua islam, Umar al-Khattab r.anhu. Diriwayatkan Umar berkata,

لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرًا وأنت تجد لها في الخير محملًا
Janganlah engkau bersangka buruk terhadap kata-kata yang keluar dari saudaramu sedangkan engkau dapati pada kata-kata itu ada kemungkinan bermaksud baik.

Selain Umar, pelajaran emas ini boleh kita petik dan tekuni dari dialog dalam al-Quran.

Tatkala Nabi Sulaiman dan para tenteranya keluar berkumpul, al-Quran mengkhabarkan:

{ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَٰكِنَكُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ }
[Surah An-Naml: 18]

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

Dalam amaran sang semut ini, ada satu mesej baik sangka yang menutup peluang dan kemungkinan buruk sangka yang mungkin terbit dari semut-semut yang lain. Dan kes ini kes berat kerana gerombolan tentera sang Nabi boleh membinasakan semut-semut.

Namun justifikasi dan alasan yang diberikan ialah,

"..sedangkan mereka tidak menyedari..."

Alhamdulillah, alangkah leganya peringatan yang mendamaikan ini.

Jika semut-semut boleh mencari alasan dan uzur untuk para tentera Sulaiman, mengapa tidak dari kita untuk akh yang dicintai dan dikenali hati nuraninya?

Credit
https://www.tgoop.com/muassis
USRAH: PASTIKAN 3T!

Kalau sebut 3T dalam usrah maksudnya ialah = Taaruf, Tafahum & Takaful.

Ta = Saling.
Murabbi <--> Mutarabbi
Mutarabbi<--> Mutarabbi (sesama usrahmate)

Setiap Ta, ada standard nya.

Taaruf:
- Tahu biodata nya.
- Kenali keluarganya
- Tahu detail studi & pekerjaan nya.

Tafahum:
- Memahami kondisi dirinya (perangai, kegemaran)
- Memahami kondisi keluarganya (cth: penerimaan kpd dakwah)

Takaful:
- Membantu selesai kan masalah dakwinya
- Membantu selesai kan masalah personal (termasuk keluarganya)

Jadi, bagaimana usrah kita? Ok tak standard 3T kita? Muhasabah....


(Rujukan: Management Halaqah Efektif, Muhamad Sajirun)
Ramadhan bukan sahaja bulan untuk mencuci perut, tetapi lebih dari itu ialah mencuci hati orang beriman.

Sudah ready?
Terutamanya dibulan Ramadhan, semoga kita boleh!
5السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Keluarga, Harta Sumber Fitnah

By ; Fachrudin Abu Mufti Pesantren As Sakinah Padasuka Bandung

Dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنْ الْمُنْكَرِ

Keluarga, harta, dan anak dapat menjerumuskan seseorang dalam maksiat (fitnah). Namun fitnah itu akan terhapus dengan shalat, shaum, shadaqah, amar ma’ruf (mengajak pada kebaikan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran)
(HR. Bukhari No. 3586 dan Muslim No. 144)"

Renungan
Harta merupakan salah satu fitnah dunia yang paling menonjol. Demi harta, seseorang rela berbuat apa saja asal bisa meraihnya.

Di dalam Al Qur'an terdapat dua ayat yang menyebut harta dan anak sebagai fitnah ( cobaan,ujian), yaitu surah Al-Anfal ayat 28 dan surah At-Taghabun ayat 15,.

Perbedaannya di surah Al-Anfal 28, Allah menggunakan bahasa pemberitahuan ketahuilah sedangkan pada surah At-Taghabun 15 menggunakan redaksi penegasan sesungguhnya.

Tetapi ungkapan yang mengakhiri kedua ayat tersebut sama, yaitu “di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Menurut Ibnu Katsir dalam Kitab Tafsir nya menjelaskan Dialah yang memberikannya kepada kalian untuk melihat secara nyata, *apakah kalian bersyukur kepada-Nya atas semuanya itu dan menggunakannya dalam jalan ketaatan kepada-Nya, ataukah kalian sibuk dengan semuanya itu hingga kalian melalaikan-Nya*..
( Tafsir Ibnu Katsir )

Kalau harta digunakan untuk kebaikan seperti infaq, wakaf,shadaqah, maka pemilik harta tersebut akan tambah dekat kepada Allah SWT.

Sebalik nya ada orang yang memiliki harta tambah jauh dengan Allah SWT, bergelimang dengan dosa, kalau harta tersebut digunakan di jalan yang salah seperti berjudi,berzina dan lain².
Amalan kebaikan itu hanya menghapuskan dosa-dosa kecil saja. Adapun dosa besar, itu baru bisa terhapus dengan taubat.
Saudaraku,

Ini adalah saat kita bermandi dan *bersuci* dari *dosa*. Kerana selama ini kita benar-benar telah diselimuti dan tenggelam dalam dosa. Kita terlalu banyak berpeluh untuk dunia, menangis untuk dunia, mencintai dunia, melebihi apa yang kita berikan untuk akhirat.

Mari pejamkan mata. Tundukkanlah hati dan batin. Tenggelamkan semua perasaan kita di hadapan kemuliaan dan kuasa Allah yang tak ada batasnya. Ucapkanlah doa yang penuh makna dari lisan Hasan Al Bashri rahimahullah.

“*Ya Allah, aku berlindung dari merasa agung dan mulia dalam jiwaku sendiri. Sementara di dalam jiwa orang lain, aku kecil dan hina."*

(Mausu'ah Rasa-il Ibnu Abi Dunia,2/58)

❤️ 10 Ramadan ❤️
PEGANG ERAT IKHLASMU
Exhausted, that week vividly i remembered. Kenapa terasa beban dakwah ini. Cinta tidak membebankan, cinta membahagiakan. This time, it feels so heavy. Satu persatu Allah bersihkan.

Satu yang membuat hati semakin pedih
Bagaimana Rasulullah terus berdakwah, padahal syurga dijanjikan untuk beliau.
Pengumuman Yang Maha Esa buat segenap alam , beliau adalah kekasih Allah.
Bukti keikhlasan buah dari cinta yang suci.
Its not the reward
Its not the punishment

Tapi cinta akan menggerakkan.
Cinta akan memberi nyawa pada harapan
"Dia bersama kamu di mana saja kamu berada" (57:4)

Perbaharui cintamu kepada Allah,
Ini pembuktiaan satu satunya untuk Allah,
Tiada yang kedua kalinya.

@mateen read and share
JANGAN IKUT PENGHIBUR AL-QURAN

"Ikutilah bacaan guru-guru al-Quran, jangan ikut bacaan para penghibur al-Quran."

Tersentak dengan nasihat asy-Syeikh Dr. Ayman Suwaid pagi ini, betul-betul sebelum bermula kelas Duha atas talian yang kebetulan membentangkan topik berkaitan al-Quran juga.

Dalam video pendek itu, seorang pemuda dari Afghanistan memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan Syeikh Dr secara atas talian. Maqamatnya tersusun, makhrajnya cantik. Apatah lagi membacakan ceraian ayat berkaitan Ramadan daripada Surah al-Baqarah itu. Selesai membacanya, giliran Syeikh Dr pula memberikan komentar.

Bukan tentang burdah lagunya, bukan tentang sifat hurufnya, sebaliknya tentang suatu realiti yang telah merosakkan makna dan nilai sebenar nuzulnya al-Quran buat sekalian manusia. Apabila al-Quran itu menjadi subjek hiburan, mengundang kekaguman manusia kerana merdunya suara yang mengalunkan, walau kagumnya itu diterjemahkan dengan kata "Allah, Allah!"

Kagumnya itu kerana inti al-Quran yang menggetarkan jiwa, atau kagum kerana lontaran vokal yang indah nian? Atau kagumnya kerana sang Qari yang segak bergaya?
Pada zaman semuanya adalah tentang 'content', muncul macam-macam 'social experiments' dan 'challenge'. Al-Quran tidak ketinggalan daripada menjadi tema 'content' tersebut. Ada yang menebuk hafalan, ada yang berlawan tarannum. Oleh kerana ia disiarkan di media sosial, tentulah ia sarat dengan nilai-nilai komersial. Selebriti, lelaki tampan, wanita cantik, yang lawak-lawak, memang segera mendapat perhatian; termasuk kepada 'content' berkaitan al-Quran. Atau barangkali memang kita sudah masuk kategori 'outdated', tak ikut resmi zaman, tak 'trendy'. Entahlah.

إذا ضاق الأمر اتسع، وإذا اتسع ضاق
"Suatu urusan itu sekiranya ia menjadi sempit maka luaskanlah, dan sekiranya ia menjadi luas maka sempitkanlah"

Berdakwah kepada al-Quran adalah tanggungjawab semua, maka memperindahkan imej al-Quran adalah sebahagian daripada usahanya. Lagu-lagu yang indah, 'content' yang menarik. Tujuannya, agar orang kembali kepada al-Quran. Maka inilah keluasannya, silakan berkreativiti dan berinovasi untuk mengajak orang kepada al-Quran.

Tetapi; apabila nampak orang mula mencintai pencipta 'content' itu lebih daripada al-Quran, apabila kemasyhuran diri lebih meningkat berbanding kemasyhuran al-Quran, apabila lebih banyak bergelak ketawa dan tersipu-sipu ketika membuat 'content' itu; inilah masanya untuk sempitkan sedikit, perlu ada had, perlu ada dowabit dan aturannya. Supaya tidak tergelincir mempergunakan al-Quran untuk sebab-sebab duniawi, sedangkan al-Quran rupanya menjauh dan meninggalkan pembacanya.

Tulisan: Seerah Center
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"Jangan cabar kami, tentera kami akan menembak kamu." Tentera penjajah Israel yang mengepung kawasan sekitar Hospital Al-Shifa mengancam penduduk Palestin di sekitar menggunakan megafon di atas kereta kebal mereka.

Sumber: Quds News Network
LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEPADA AL-QURAN

Menyediakan hati yang siap menuju kepada Al Quran adalah penting agar dapat memperoleh manfaat daripadanya dengan sepenuhnya. Ada 7 langkah yang dinyatakan oleh UStaz MAjdi Al Hilali;

1. Suka Mengingati Kematian
2. Melaksanakan Qiyamulail
3. Mengkaji Sirah
4. Mengkaji Tafosr Al Quran
5. Berdakwah kepada Allah
6. Mengikuti Majlis Ilmu
7. Menghafal Al Quran
Saudaraku,

Kelak, "Tak ada kerugian yang paling dirasakan para penduduk surga kecuali waktu-waktu yang mereka lewati tanpa berdzikir kepada Allah," demikian sabda Rasulullah ﷺ .

Maka, kita harus benar-benar mengisi waktu, mengisi hari, mengisi minit, dan detik. Waktu-waktu kita memang dibatasi.

11 Ramadhan 1445H 🤍🕊️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Israel Nazi membiarkan tahanan mereka di Gaza kebuluran seperti rakyat Palestin.

Sumber: Briged Al-Qassam
www.tgoop.com/infobumisyam
Jom esokk!
2024/09/11 20:59:37
Back to Top
HTML Embed Code: