Telegram Web
Forwarded from Tarbiah Daily
Nota Hati dari Sedutan Taujihat Eid Fitri Bersama Dr Kamaru Salam.

Kembali kepada Fitrah!

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Taqaballahu waminna wa minkum.. (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu).. maaf zahir batin semua..

Apa yang perlu dilakukan pada hari raya Aidilfitri?

1- Membanyakkan takbir bermula pada malam raya sehingga sebelum solat raya.

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Al-Baqarah: 185)

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Bertakbirlah di rumah, di dapur, dalam kereta, dalam perjalanan ke masjid, di masjid etc.

2- Mandi Hari Raya

Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’]

3- Makan Sebelum Pergi Solat Raya

‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari]

4- Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza

Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari]

5- Memakai pakaian terbaik dan berwangi-wangian. Ini kerana hari raya sama seperti hari Jumaat, kita akan berkumpul dengan orang ramai.

6- Mendirikan solat hari raya

Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?” Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].

Sunnah dilakukan secara berjemaah, dan boleh dilakukan secara bersendirian menurut majoriti ulama.

7- Saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti ucapan 'تقبل اللهُ منَّا ومنكَ' (Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian), atau ucapan-ucapan lain seperti 'selamat hari raya' dan lain-lain.

8- Menghidupkan malam raya dengan Qiamullail. Hadis-hadis berkaitan ini dhaif, tetapi ia diamalkan kerana berkaitan fadhail amal.

9- Bergembira dengan cara yang tidak melanggar syara'.
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Aidul Adha dan Aidil Fitri.” [Sunan Abu Daud]

Untuk melihat pendetilan, klik di sini: --> http://alkahfi.com.my/adab-adab-berhari-raya
10 Ucapan Selamat AidilFitri Bahasa Arab

1. أسأل الله لكم عيداً مباركاً سعيداً
Aku berdoa kepada Allah untuk memberikan Anda Idul Fitri yang bahagia dan penuh berkah.

2. تقبل الله صيامنا وقيامنا
Semoga Allah menerima puasa dan doa kita.

3. عيدكم فرحة وبهجة
Semoga Idul Fitri Anda dipenuhi kegembiraan dan kebagiaan.

4. تقبل الله أعمالكم الصالحة
Semoga Allah menerima amal baik kalian.

5. عساكم من العايدين
Semoga Anda termasuk orang yang merayakan Idul Fitri.

6. جعلكم الله من الفائزين والفائزات
Semoga Allah menjadikan kalian termasuk para pemenang, baik laki-laki maupun perempuan.

7. جعل الله عيدكم سعيداً مباركاً
Semoga Allah memberikan berkah dan kegembiraan pada Idul Fitri Anda.

8. تقبل الله منا ومنكم
Semoga Allah menerima amal ibadah kami dan kalian.

9. عيد مبارك
Selamat Idul Fitri

10. عيد سعيد
Idul Fitri yang bahagia.

https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ucapan Aidilfitri dari Panglima Abu Ubaidah 💪💪

https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
أطفال غزة يحتفلون بالعيد بالرغم من الألم و الحرب


JIWA LAPANG!

Meskipun dalam peperangan, mereka tetap meraikan anak-anak untuk Aidilfitri 💪. Betapa hebatnya mereka!

https://www.tgoop.com/kedaibukuputih
Memaknai Fiqh Tarbawi Eid Fitri

Bila membelek semula buku Raheeq Makhtum (RM) yakni buku sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW untuk meng-refresh kembali suasana, 'ruh' dan semangat yang ada pada para sahabat r.a ketika kali pertama pengsyari'atan eid fitri ini.

Yang menariknya, hari raya eid fitri ini disyariatkan pada tahun ke 2 hijrah betul-betul sebaik sahaja kaum muslimin mendapat kemenangan dalam peperangan badar.

"Alangkah hebatnya perayaan ini yang merupakan anugerah Allah setelah dimahkotakan mereka dengan mahkota kemenangan dan kemuliaan"

Disebut lagi dalam RM,

"Alangkah indahnya pemandangan solat Hari Raya yang mereka kerjakan setelah keluar dari rumah-rumah mereka sambil mengangkat suara dengan kalimah takbir, tauhid dan tahmid."

Di situ sahaja, kita tak boleh asingkan kaca mata 'Kembali kepada Fitrah' dengan kemenangan badar, dan paling penting kita mesti dapat rasakan semua 'puzzle' ini sangat dekat dengan kehidupan kita.

Apakah puzzle-puzzle tersebut?

1. Kembali pada fitrah ini sesuatu yang significant walaupun sekecil-kecil kita tak bertambah amalan pun, tp kita berjaya tinggal maksiat. Bersyukurlah jika dengan madrasah ramadan kita ada perubahan dalam diri kita, walaupun 'kecil' je pada pandangan kita or manusia. Tapi tidak, Allah tahu betapa mujahadahnya kita, dan Allah pasti akan balas ganjaran berdasarkan mujahadah kita juga. Bukankah Allah telah menegur para sahabat tentang keburukan akhlak yang berlaku sesama mereka ketika pembahagian harta rampasan perang? Para sahabat menginsafi dan akur dgn teguran Allah melalui surah al-anfal.

2. Makna kembali kepada fitrah ini tidak cukup sekadar di skala individu. Peperangan badar memberi mesej bahawa slogan kembali kepada fitrah ini perlu diterjemahkan juga kepada masyarakat dunia. Sehinggalah orang ramai diluar sana betul-betul nampak dua perkara yang sangat berbeza iaitu antara 'Fitrah' dan 'al-Hawa'. Apabila islam tertegak di atas yang paling tinggi maka itu juga lah yang paling memenuhi fitrah manusia.

Bukankah ayat quran tentang ramadan ada menceritakan bahawa Ramadan ini bulan Al-Quran dan peranan al Quran itu sebagai Huda Linnas serta Furqan. Jadi puasa sahaja tidak akan mencapai tujuan al-Quran sebagai al-Furqan melainkan dengan perjuangan seperti perjuangan Badar. Namun, pastilah tindakan susulan untuk perkara ini perlukan perbincangan lain kerana ia dah masuk tentang 'How' atau dalam erti kata lain - Fiqh Dakwah.

3. Namun, dua point di atas lebih berbentuk kefahaman atau mindset dalam diri muslim yang patut ada. Islam agama praktikal, syi'ar-syi'ar islam mesti ditegakkan dan dibesarkan dengan disaluti amalan-amalan sunnah yang praktikal untuk seluruh orang muslim. Islam bukan sekadar pemikiran dan perasaan yang terbuku dalam hati dan fikiran sahaja. Maka Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 32:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَـٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ

"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang meng-azim-kan Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin."

Maka dengan itu, kita tak boleh pisahkan perasaan syu'uri kita dan kefahaman kita tentang kembali kepada fitrah tadi, dengan amalan-amalan sunat yang patut kita lakukan demi untuk menghidupkan syi'ar edi fitri ini.

Teruslah kita beraspirasi untuk menjadi muslim yang kaffah yang akan amalkan islam dalam segenap pemikiran, perasaan dan amalan zahir kita juga. Moga Allah terima amal-amal kita. InsyaAllah

Muhaimin Shahriman

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Forwarded from Tarbiah Daily
Sejarah Ringkas Pensyariatan Aidilfitri & Hikmahnya.

Tinggalkan Emoticon | Save & Share ✌️

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Temubual yang baik dengan Syeikh Raed Salah.

Apabila ditanya, masih adakah harapan kepada umat Islam yang seolah-olah sudah ‘koma terlantar di atas katil’ dalam mempertahankan tanah suci dan masjid suci mereka, jawabnya:

“Saya lihat umat ini masih ada denyut nadi dan hati mereka masih hidup untuk mempertahankan bumi suci mereka. Tetapi wujud perancangan untuk mengekalkan umat ini ‘kaku’ dan ‘terlantar’. Ada tangan tersembunyi dari luar, dengan pihak dalam umat Islam yang bersekongkol, untuk menjalankan perancangan yang akan menyekat dan mematikan kebangkitan umat ini.”

https://youtu.be/5kVU_SoGTAA?si=COMtp5GLVaiHVgYF

Kredit: FB Syed Ahmad Israa'
www.tgoop.com/duniapalestin
KESYAHIDAN 3 ANAK ISMAIL HANIYEH DAN UCAPAN NYA


Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh:

Saya bersyukur kepada Allah atas penghormatan yang Dia kurniakan kepada kami dengan kesyahidan tiga anak lelaki dan beberapa cucu saya.

Dengan kesakitan dan darah ini, kita mencipta harapan, masa depan, dan kebebasan untuk rakyat kita, tujuan kita, dan negara kita.

Anak-anak lelaki saya yang mati syahid mencapai kehormatan masa, kehormatan tempat, dan kehormatan janji.

Mereka kekal bersama rakyat kita di Semenanjung Gaza dan tidak meninggalkannya.

Semua rakyat kita dan semua keluarga penduduk Gaza telah membayar harga yang mahal dengan darah anak-anak mereka, dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

Hampir 60 ahli keluarga saya bangkit sebagai syahid, seperti semua rakyat Palestin, dan tidak ada perbezaan antara mereka

Penjajah percaya bahawa dengan menyasarkan anak-anak pemimpin, ia akan memecahkan keazaman rakyat kita.

Kami mengatakan kepada penjajah bahawa darah ini hanya akan menjadikan kami lebih teguh dalam prinsip dan kepatuhan kepada tanah kami!

Musuh tidak akan berjaya dalam matlamatnya. Musuh berkhayal jika dia berfikir bahawa dengan membunuh anak-anak saya, kita akan menukar pendirian kita.

Darah anak-anak saya tidak lebih berharga daripada darah orang-orang kita yang mati syahid di Gaza, kerana mereka semua adalah anak-anak saya.
2024/08/18 00:05:11
Back to Top
HTML Embed Code: