tgoop.com/loveilmu/2730
Last Update:
#repost @ustazadnin
1) Sahabat, Pernah tak satu saat, bila kau di timpa musibah, kau rasa putus-asa dari Allah? Terkadang, hati kecil kau berbisik, menyalahkan Allah dalam segala musibah dan dugaan yang menimpa diri kau. Dan, terkadang, akibat terlalu banyak ujian dan musibah yang melanda, kau akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi taat pada Allah.
.
2) Kadang, sebelum kau menyalahkan Allah swt tika Dia menguji kau, kau kena tahu, apa sebab Allah uji kau. Allah tak ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Ada hikmah yang besar dalam setiap ujian, dugaan dan musibah yang terjadi wahai temanku.
.
3) Kalau kau amati ayat Alquran dan hadith, kau akan dapati bahawa, Allah uji kita kerana 5 sebab.
.
a) Allah nak ampunkan dosa kita yang banyak ni. Kadang kita lupa nak taubat, lalu Allah uji, dan bila kita sabar, Dia ampunkan semua dosa kita.
.
b) Allah nak bagi kita pahala yang banyak. Maybe amalan kita kurang, lalu Allah uji kita, dan bila kita sabar, Dia bagi kita pahala infiniti banyaknya!
.
c) Allah nak naikkan darjat kita. Tiap ujian itu akhirnya menjadikan kita orang yang lebih kuat dan matang, serta darjat disisi Allah semakin mulia dan dicintai.
.
d) Allah nak kita kembali pada Dia, sebab maybe kita dah lama sangat lalai tanpa kita sedar. Ujian datang untuk sedarkan kita semula untuk kembali setelah lama menjauh.
.
e) Allah nak bagi kita SYURGA! Ya, itulah ganjaran yang Allah beri untuk orang yang sabar. Dijamin syurga!
.
Bahkan, Allah takkan uji kita melainkan pada benda yang kita mampu. So, sangka baik dengan Allah. Banyak berdoa dan kuatkan diri. Okay?❤️
.
TAG KAWAN BAIK☺️
#nakilmu
BY Nak Ilmu
Share with your friend now:
tgoop.com/loveilmu/2730