tgoop.com/motivasipsikologi/6520
Last Update:
πΏPengajaran HadisπΏ
π1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.
π2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riyaβ, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
π3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu
π4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:
ΨΉΩΩΩ Ψ£ΩΨ¨ΩΩ Ψ°ΩΨ±ΩΩ ΩΩΨ§ΩΩ ..... ΩΩΩΩΨ§ΩΩ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩ Ω
ΩΩΩ ΩΩΨ§Ω
Ω Ω
ΩΨΉΩ Ψ§ΩΩΨ₯ΩΩ
ΩΨ§Ω
Ω ΨΩΨͺΩΩΩ ΩΩΩΩΨ΅ΩΨ±ΩΩΩ ΩΩΨͺΩΨ¨Ω ΩΩΩΩ ΩΩΩΩΨ§Ω
Ω ΩΩΩΩΩΩΨ©Ω ...
Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.' (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih
Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh sama ada di masjid atau di surau, bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak tunggu hingga selesai sedangkan imam masih bersolat.
#1Hari1Hadis
#30HariRamadan
@BerhijrahKeJalanAllahπ¦π
BY π΄πππππππππππ πππ π·ππππππππππππ
Share with your friend now:
tgoop.com/motivasipsikologi/6520