tgoop.com/muets32024/71
Last Update:
BORANG SOAL SELIDIK INI HANYA UNTUK CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU MUET SESI 3 TAHUN 2024 SAHAJA. CALON SEKOLAH/INSTITUSI HENDAKLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/PENYELARAS SEKOLAH/INSTITUSI MASING-MASING.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjalankan soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat Calon Persendirian Individu MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang telah hadir Ujian Kertas Bertulis pada 7 Disember 2024 tetapi tidak dapat menduduki Ujian Lisan (Speaking) seperti yang dijadualkan pada 9, 10, atau 12 Disember 2024 akibat terkesan dengan bencana banjir yang dihadapi.
i) Calon dibenarkan menduduki Ujian Speaking MUET Sesi 3 Tahun 2024 secara walk-in di mana-mana pusat ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 di seluruh negara sebagai calon menumpang secara percuma. Maklumat pusat Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2024 yang boleh dijadikan pusat menumpang boleh dirujuk melalui www.mpm.edu.my. Calon yang memilih untuk walk-in sebagai calon menumpang diminta untuk melengkapkan google form di pautan ini https://forms.gle/THEHxVEqLsEf61G96 selewatnya 12 Disember 2024 (Khamis).
BY MUET Session 3 2024- Channel rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Share with your friend now:
tgoop.com/muets32024/71