Telegram Web
Tiga Darjat Kesabaran dalam Kehidupan

Allah SWT memerintahkan kita untuk sentiasa bersabar, namun tahukah anda bahawa sabar itu terbahagi kepada tiga darjat iaitu :

1️⃣ Sabar Terhadap Ketaatan - Ketabahan dalam menunaikan perintah Allah SWT, walaupun menghadapi kesulitan.

2️⃣ Sabar Terhadap Kemaksiatan - Menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang walau godaan besar.

3️⃣ Sabar Terhadap Ketentuan dan Musibah - Kekuatan hati dalam menerima ujian dan takdir Allah SWT dengan redha.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#sabarituindah
Perbaharui Iman dengan Kalimah Tauhid

Iman itu boleh pudar dan lemah seiring waktu. Bagaimana cara untuk kita memperbaharuinya?

Sabda Rasulullah SAW: “Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan : Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab, Perbanyakkan mengucap La Illaha Illallah.”

Dengan memperbanyakkan kalimah ini, kita mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan memurnikan hati daripada perkara yang melalaikan.

Jadikan amalan ini sebahagian daripada rutin harian kita.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
Kekal Bersih, Kekal Disayangi Allah SWT

Islam mengajar kita untuk sentiasa menjaga kebersihan, bukan hanya luaran tetapi juga dalaman iaitu bersih dari dosa, hasad dengki, dan segala kotoran hati.

Rasulullah SAW bersabda:

تَنَظَّفُوا فَإِنَّ الإِسْلاَمَ نَظِيفٌ

‘Bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.’ (Riwayat Ibn Hibban)

Mari kita amalkan hidup yang bersih dan sejahtera seperti yang dianjurkan oleh Islam, kerana Allah SWT mencintai mereka yang sentiasa bertaubat dan menyucikan diri.

#kekalbersih
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
Malam Ini Bermula! Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Antarabangsa Ke-64

Detik yang dinantikan tiba! Malam ini, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 akan membuka tirainya dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Acara berprestij ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Sesungguhnya kehadiran beliau bakal memberikan suntikan semangat dan sokongan kepada para peserta serta seluruh umat Islam yang hadir dari serata dunia.

Sama-sama kita saksikan malam penuh kemuliaan ini yang akan mengangkat martabat Al-Quran sebagai panduan hidup, bukan sahaja melalui bacaan tetapi juga penghayatan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara yang bersejarah ini!

Saksikan siaran langsung MTHQA 2024 malam ini di RTM TV1 dan saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 8.45 malam.
Kelebihan Membaca Al-Quran: Setiap Huruf Bernilai

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.

Bayangkan, hanya dengan membaca “الم” sahaja, kita sudah mendapat tiga kebaikan, apatah lagi jika kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran setiap hari! SubhanAllah!

Jom kita jadikan Al-Quran sebagai sahabat harian kita, kerana setiap huruf yang kita baca adalah pelaburan untuk akhirat.

Jangan lupa sebarkan kebaikan ini!

#kelebihanmembacaalquran
#JAKIM
#mthqa2024
#malaysiamadani
Keistimewaan Al-Quran termasuk :

1. Kitab Ilahi : Al-Quran adalah wahyu langsung daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, menjadikannya sumber utama ajaran Islam.

2. Kitab Mahfuz : Al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan atau penyelewengan sejak diturunkan, memastikan keasliannya sepanjang zaman.

3. Mukjizat : Al-Quran mengandungi banyak mukjizat, baik dalam kandungannya yang mendalam mahupun dalam keindahan bahasanya, yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana karya manusia.

4. Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah : Al-Quran bukan sekadar kitab biasa. Ia adalah kitab Ilahi yang terpelihara, mukjizat bagi umat manusia, dan nyata lagi mudah difahami dan dapat mengambil ibrah daripadanya.

Jom sama-sama hayati dan amalkan keistimewaan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita. Bacalah, fahamilah, dan jadikan ia cahaya petunjuk dalam setiap langkah hidup kita.

#mthqa2024
#malaysiamadani
#pelantramsformasialfalah
MAJLIS TILIAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-64 TAHUN 1446H

Berikut adalah senarai peserta Hafazan bagi hari ini, 8 Oktober 2024 (Selasa):

1. Ibrahim Hassan Ibrahim - Portugal
2. Ibrahim Sow - Ivory Coast
3. Nouhum Hanna - Togo
4. Mohammad Mirshad Zubair - United Arab Emirates
5. Yasser Alahmad Mohamad - Syria
6. Hannatu Marafi Aliyu - Nigeria
7. Muhammad Rifaie Mat Zuki - Malaysia
8. Habsatou Hamissou Boubacar - Niger
9. Mohamed Moalin Sulitan - Ethiopia
10. Moussa Abbas Hassan - Chad

Pada hari ini, Muhammad Rifaie Mat Zuki, peserta dari Malaysia (tuan rumah), akan memperdengarkan bacaan hafazan beliau. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kebolehan hafazan beliau dan sama-sama kita mendoakan agar beliau diberikan ketenangan hati dan kelancaran lidah ketika membaca ayat-ayat suci-Mu.

Saksikan siaran langsung MTHQA menerusi TV Al-Hijrah dan saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 9.00 pagi.

#mthqa2024
#jakim
malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JAKIM

BERKAITAN

VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL MELIBATKAN SEORANG PENDAKWAH DAN SEKUMPULAN PARA PELAJAR DALAM SEBUAH MAJLIS YANG MENGALUNKAN BAIT TERTENTU DALAM BAHASA ARAB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1. Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini berkaitan sebuah video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan para pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab, JAKIM telah selesai menyiapkan laporan lengkap tentang isu tersebut.

2. Berkaitan video tersebut, ia menunjukkan sekumpulan pelajar dalam satu majlis sedang mengalunkan qasidah di hadapan guru mereka. Qasidah tersebut didakwa mengandungi bait-bait ayat dalam Bahasa Arab yang memuji guru mereka secara keterlaluan. Secara asasnya, hukum asal memuji seseorang adalah harus dengan syarat pujian itu pada perkara yang benar dan bukannya dusta.

3. Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara tuntas, JAKIM telah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah selaku pihak autoriti agama di negeri Kedah untuk tindakan susulan.

4. JAKIM berharap dengan pemakluman ini dapat meredakan isu tersebut dan tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat. JAKIM juga dari semasa ke semasa sentiasa memberikan penjelasan kepada masyarakat Islam berkaitan kefahaman akidah yang sahih berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah selari dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sekian, terima kasih.

DATO DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10 Oktober 2024
Sebaik-baik Manusia

Daripada Uthman bin Affan RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Al-Quran bukan sekadar kitab suci, ia adalah cahaya petunjuk yang menyuluh kehidupan kita di dunia dan akhirat. Mereka yang mempelajari dan mengajarkannya diangkat sebagai insan terbaik di sisi Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan setiap peluang untuk mendalami ilmu Al-Quran dan menyebarkannya kepada generasi akan datang. Bukan sahaja kita mendapat pahala, bahkan kita turut memberi manfaat kepada umat seluruhnya.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang terpilih dan mendapat keberkatan melalui kalam-Nya.
Doa Khatam Al-Quran

‎اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآنِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً،الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا، وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Maksudnya: Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam membaca, memahami, dan mengamalkan isi Al-Quran.
Doa Perlindungan daripada Kejahatan Anggota Badan

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

“Wahai Allah! Bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalanku dari perasaan riya’, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.”

Setiap hari kita berhadapan dengan ujian hati, lisan, mata, dan perbuatan. Mohonlah perlindungan dan bersihkan jiwa dari sebarang sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan kita.

Sama-sama kita amalkan doa ini agar menjadi perisai diri kita dari segala bentuk pengkhianatan, riya’, nifaq, dan dusta, dan moga-moga Allah SWT menjaga hati dan niat kita sentiasa ikhlas.

#doaharian
#pelantransformasialfalah
#JAKIM
AKHLAK YANG DICINTAI ALLAH SWT

Daripada Husain bin ‘Ali RA, Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji.” (Riwayat al-Tabarani 2894)

Mari kita hiasi diri dengan akhlak terpuji yang dicintai oleh Allah SWT. Jadilah insan yang memperindah peribadi, berakhlak mulia, dan sentiasa berbuat kebaikan kepada sesama.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang disukai oleh-Nya.

#jakim
#akhlakrasulullah
#malaysiamadani
#pelntransformasialfalah
Cara Ilmu Dicabut: Peringatan Penting!

Ilmu pengetahuan tidak dicabut begitu sahaja, tetapi dengan kematian para ulama yang meninggalkan kekosongan dalam masyarakat. Bila orang jahil dilantik sebagai pemimpin, kebatilan akan tersebar apabila keputusan dibuat tanpa bimbingan ilmu.

Jadikan hadis ini sebagai pengajaran untuk sentiasa menghargai dan menuntut ilmu dari sumber yang sahih. Jagalah warisan ilmu demi masa depan yang lebih baik.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#jakim
Siapakah yang benar-benar rugi di hari akhirat nanti?

Hanya agama Islam yang diterima oleh Allah SWT. Mereka yang mencari jalan selain Islam tidak akan diterima, dan tergolong dalam golongan yang rugi.

Mari kita renungkan, apakah jalan yang kita pilih akan membawa kepada keselamatan atau kerugian di akhirat?

Sama-samalah kita berpegang teguh kepada agama yang benar demi kejayaan dunia dan akhirat.
Doa Kesabaran dan Keteguhan

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 250)

Tatkala kita diuji, mohonlah kepada Allah SWT untuk kesabaran dan kekuatan. Semoga kita semua diberi keteguhan dalam setiap langkah serta kemenangan di sisi-Nya.

Marilah kita amalkan doa ini dalam kehidupan seharian, agar hati sentiasa teguh dan tidak goyah dengan ujian dunia.
2024/12/02 11:44:30
Back to Top
HTML Embed Code: