Telegram Web
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Teruslah berbuat balik walaupun kita tak dipandang balik.Biarlah orang tak hargai, abaikan melayan buruk, teruslah menyebarkan kebaikan kera na Allah menilai segala perbuatan.
T.me/notatazkirah

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Saya dengan rasa rendah hati menghadiahkan pada semua sahabat sahabat semua akan ayat syifa untuk sakit jantung semoga allah afiatkan semua sahabat sahabat yang sakit.

- Ustaz Ahmad Rizam -
T.me/notatazkirah

Jalan cerita kehidupan kita berbeza, ada ceritanya  indah sahaja, ada ceritanya penuh duka derita.

Apa jalannya, ianya sudah tertulis Hebat kita merancang, namun tanpa izin Allah ianya hanya tinggal peramcangan.

Jangan mengeluh kerana itulah ujian buat kita.Bersangka baik dengan Allah agar hati sentiasa aman.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

"Hati ini boleh berkarat seperti karatnya besi. Bila mana hati ini mulai karat (kotor), maka ianya akan keras yakni susah menangis, susah menerima nasihat atau pandangan, tidak tersentuh dengan amal ibadah yang dilakukan.

Hati bilamana sifatnya keras (gelap), maka sukar cahaya hidayah-NYA untuk menembusinya. Berzikir dan membaca Al-Quran adalah bahagian daripada cara mengelakkan kerasnya hati"

- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid -
Credit: Rohana Saad
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.Andai kita sukar memaafkan itu bermakna kita juga lemah dan pengecut.Berani bersuara bila orang bersalah tetapi mendiamkan diri bila berbuat salah.Jangan terlalu ikutkan emosi.
T.me/notatazkirah

Ada orang dapat RM50 rasa bahagia. Ada yang dapat RM500 baru rasa bahagia.

Ada juga yang dapat RM5000 pun masih belum rasa bahagia..

Lihatlah betapa adilnya Allah agih kebahagiaan.

Bukan letaknya pada jumlah tetapi pada hati dan bagaimana kita mensyukuri.

#AllahMahaAdil
#syukur

- Bahagian Agama & Kaunseling BAKA JIPS PDRM -
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Jangan sedih jika selalu sempit rezeki.Berbagai-bagai usaha sudah dilakukan menemui jalan yang buntu.Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.Jika bukan Dari segi kewangan akan datang Dari sudut yang lain.InsyaAllah.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Antara penyakit spiritual yang dianggap remeh didalam kehidupan kita ialah sifat panas baran. Salah satu penyakit yang boleh merosakkan hubungan keluarga dan pasangan.
T.me/notatazkirah

Perhubungan ini bagaikan pasir halus di telapak tangan. Jika digenggam terlalu kuat, pasir itu akan mengalir keluar. Tetapi, jika dipegang dengan lembut, ia kekal di situ, tenang dan mendamaikan.

Begitu juga cinta, kasih sayang, dan hubungan sesama manusia. Ia tidak boleh dipaksa, tidak boleh terlalu dikawal. Sebaliknya, berilah ruang untuk saling memahami, saling mempercayai, dan saling menghargai.

Kadangkala, bila kita terlalu memaksa sesuatu untuk kekal, kita sebenarnya kehilangan lebih banyak. Berlembutlah dalam kata-kata, berikan ruang untuk bernafas, dan jagalah hubungan dengan ikhlas.

Jadi, lepaskan keperluan untuk mengawal dan percaya pada proses kasih sayang. Yang penting bukan seberapa erat kita memegang, tetapi bagaimana kita menjaga.

Hargailah mereka yang ada, sementara masih ada waktu. โค๏ธ

#copypaste
T.me/notatazkirah

Terkadang manusia harus merasakan kehilangan terlebih dahulu untuk menyedari betapa berharga nya sesuatu yang mungkin hanya bersifat sementara.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ  NOTA PAGI

Bahagia bukan terletak banyaknya duit.bahagia itu apabila kita selalu bersyukur atas sekecli-kecil nikmat, ada yang menyayangi.

Paling penting jangan membandingkan hidup kita hidup orang.jika selalu merungut sampai bila-bila pun kita takkan mengecap kebahgiaan.
T.me/notatazkirah

Sebelum memejam mata, muhasabah diri ingatlah dosa-dosa selama kita di dunia ini.Dunia yang dikejar takkan dapat membahagiakan kerana itu sementara sahaja.Bertaubat dan mohon keampunan dariNya.
T.me/notatazkirah

๐Ÿ’Œ NOTA PAGI

Jangan pernah menaruh harapan kepada manusia kerana hanya Allah sahaja yg tidak akan pernah mengecewakan.

- Ustaz Mohd Salleh -
๐Ÿ“ Jangan cemburu melihat kebaikan orang lain.Kita sendiri punya kelebihan tanpa kita sedari.Syukurilah.


https://whatsapp.com/channel/0029VaxeYwS0lwgqgQvpHZ0J
๐Ÿ˜ฉDah penat bekerja seharian?

Kerja keras tetapi masih lagi belum nampak hasilnya.

Bacalah doa ini.

โœ… Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ู…ุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹ุŒ ูˆุฃู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ุญูŽุฒู’ู†ูŽ
ุฅุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹

Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Moga apa yang kita kerjakan hari ini, Allah limpah dan gandakan rezeki kita hari ini ya. Pulanglah dengan senyuman.

Keluargamu menanti di rumah.
2025/01/15 09:45:26
Back to Top
HTML Embed Code: