tgoop.com/penaberduri/4186
Last Update:
"Just nice" - ujarku di dalam hati.
Rasa kopi baru yang aku beli di kedai kopi mesin di hujung simpang sana itu memuaskan hati aku. Tidak terlalu pahit, aromanya mendamaikan. Berbaloilah dengan harganya yang agak lebih berbanding kopi biasa yang aku minum.
Ya--
Begitulah juga kehidupan.
Bilamana Allah memberi ujian, bukan bermaksud mahu menyiksa, tetapi mahu melihat sejauh mana kita berusaha untuk menyelesaikan. Ya sesudah itu, terasalah nikmat sebenar sebuah ujian itu.
Seperti kau membuat pelaburan dalam membeli kopi mahal itu sedangkan kau belum tahu rasanya bagaimana.
Hidup ini walau tak selalu indah, di sebalik titis air mata itu masih terselit sebuah senyuman yang menunggu masa untuk dizahirkan.
Bersabarlah,
Terus melangkah.
Tidak menjadi salah untuk berhenti rehat sebentar,
Asalkan langkahmu kelak diteruskan walau perlahan.
Senyum ya,
☺️
-wa-
BY PENA_BERDURI🥀
Share with your friend now:
tgoop.com/penaberduri/4186