tgoop.com/penaberduri/4402
Last Update:
Langkahnya laju, berlari-lari anak menuju ke arah perhentian bas itu. Hujan renyai yang menyentuh lembut kulit wajahnya disapu rakus. Ditangannya ada secawan kopi panas yang dibeli di kafe hujung simpang sana.
Sesekali matanya melirik pada jam tangan usang yang tersemat kemas di pergelangan tangan mulus itu. Kopi panas disisip malu-malu.
"Aduhh..lambatnya bas ni."
Keluhnya.
Merengus perlahan.
Hujan yang tadinya renyai mulai lebat, seolah langit sedang kesedihan.
Seketika, tergaris senyum manis di wajah lesu itu tatkala yang dinanti mulai menampakkan diri. Bas berhenti di hadapan hentian dan membuka pintunya. Usai penumpang lain turun, dia mengatur langkah agak buru-buru kerana takut kebasahan.
"Fuhh, lega."
Ujarnya, sambil mengusap lembut titisan hujan yang telah membasahi segenap tubuhnya.
Kopi panas disisip lagi, aromanya, kehangatannya, membuat dia tenang walau keletihan terpancar jelas di wajah itu.
DIA, KOPI PANAS, HUJAN DAN HENTIAN BAS [ i ]
-wa-
09052021
T.me/penaberduri
BY PENA_BERDURI🥀

Share with your friend now:
tgoop.com/penaberduri/4402