tgoop.com/penaberduri/4404
Last Update:
Akhirnya bas tiba di destinasi, langkah kaki diatur menuruni tangga bas dengan berhati-hati. Cawan kopi yang telah kosong terus dibuang ke dalam tong sampah. Hanya sisa aroma dan rasanya di bawa pulang.
Dia menyusuri laluan pejalan kaki itu dengan perlahan, sambil menikmati sapaan angin yang sedikit dingin kerana hujan tadi.
Sudah tidak ramai orang di jalanan pada waktu ini, hanya beberapa yang masih teguh bertahan demi sesuap nasi. Tanpa sedar, kakinya berhenti di pintu masuk ke bangunan kediaman.
Sunyi.
Tatkala pintu rumah dibuka, helaan nafas lega bercampur penat dilepaskan. Melihat rumahnya walau kecil namun masih selesa dan selamat, diam-diam dia bersyukur. Untuk setiap penat lelah, usaha, doa dan tawakal yang ditanam di setiap perjalanan.
Ya--
Tuhan itu maha adil.
DIA, KOPI PANAS, HUJAN DAN HENTIAN BAS [ ii ]
-wa-
09052021
T.me/penaberduri
BY PENA_BERDURI🥀

Share with your friend now:
tgoop.com/penaberduri/4404