tgoop.com/sumberilmuofficial/1065
Last Update:
Bismillahi masyaAllah .La quwwata illa billah
🌟Perkongsian Tips mengurus masa tahun 2024
Pesanan buat diri agar lebih memanfaatkan masa yang Allah beri.
Masa juga merupakan makhluk Allah yang ajaib.
Jika waktu kita diberkati kita mampu laksanakan amalan-amalan yang menambah pahala.
Moga Allah menerima semua amalan kita.Moga Allah membimbing kita
✍TIPS URUS MASA 2024
1.REKOD ATAU TULIS SEMUA AKTIVITI
⭐️sediakan satu "buku idea"/ idea book.😍
⭐️ catat semua idea yang brilliant dan bagus atau tidak😅
⭐️kadang-kadang idea atau ilham muncul time kita busy kemudian hilang jika tak catat sebab lupa😓
2. TULIS SETIAP HARI "TO DO LIST"
🌟 laksanakan perkara paling penting
🌟utamakan priority
🌟 Baca Al-Quran sebelum semua perkara dipagi hari..(wajib usahakan!!)
3.PASTIKAN 'PART' ATAU BAHAGIAN MANA KITA SPEND BANYAK MASA
💫 Please, jangan bazirkan masa untuk perkara sia-sia😓
(Seluruh kehidupan kita adalah ibadah, so...penuhi masa dgn perkara bermanfaat)
Self reminder💓
4. MANAGE MASA SEBAIKNYA
⭐️mesti utamakan keluarga jika di rumah.
⭐️layan suami seperti raja💗😊😍
⭐️ jika perlu pegang fon untuk tujuan kerja minta izin suami dan anak😍.
Contoh: ummi nak reply whatsapp atau tengok info offical ye 10 minit je😅.
Lepas 10 minit.letak fon, layan anak-anak💗
5.SEBELUM TIDUR , PLAN KERJA UNTUK ESOK
Contoh:
🌟dah tahu nak masak apa utk breakfast, lunch
🌟bangun awal untuk mop lantai dapur dll😊
6.SETKAN MATLAMAT, AZAM YANG MAHU DICAPAI.
🌟bila mahu capai atau selesaikan misi atau azam tersebut (6 bulan- fasa pertama)
Turun 20kg berat badan.contoh je😂
7.MINTA BANTUAN DAN SOKONGAN SUAMI.
⭐️maklumkan kepada suami apa yang dihajati dan dirancang
⭐️moga suami reda~kerana beliau "syurga" kita.
⭐️ segalanya akan jadi smooth dan mudah dengan bantuan Allah azzawajalla yang Maha Baik❤
If you fail to plan, you plan to fail😥
الواجبات أكثر من أوقات
Tanggungjawab lebih banyak daripada waktu😢
Moga Allah reda
Moga Nabi cinta,
⚘UZR
BY Sumber Ilmu Offical ﷽
Share with your friend now:
tgoop.com/sumberilmuofficial/1065