tgoop.com/sumberilmuofficial/1140
Last Update:
Ingatkan semua ahli keluarga kita. Hari Selasa malam Rabu bukan sahaja malam tahun baru. Akan tetapi ia adalah malam 1 Rejab.
Ceritakan pada anak-anak, sebelum Raja segala bulan hadir (Ramadhan), Allah hadirkan wakil Raja (Rejab) supaya kita bersedia dan buat persiapan dengan bersungguh-sungguh.
Dalam bulan Rejab ini, usahakan untuk bersihkan diri dari segala dosa dan kelalaian dengan...
1⃣ Perbanyakkan taubat.
✅ Menyesal atas dosa
✅ Tinggalkan dosa dan maksiat
✅ Berazam untuk tidak ulang maksiat lagi
✅Qadha solat & puasa dan kembalikan hak yang diambil
2⃣ Banyakkan istighfar Rejab.
70 kali pagi dan petang dengan menadah tangan.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ
Terjemahannya:
"Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan terimalah taubatku."
Mari sebarkan pada sahabat ibu ayah yang lain. Selamat menyambut 1 Rejab 1446H
#AmalanRejab
#BangkitDakwah
#DidikAnakCaraSunnah
BY Sumber Ilmu Offical ﷽
Share with your friend now:
tgoop.com/sumberilmuofficial/1140