tgoop.com/tafsirsunnah/4812
Last Update:
SESI SOAL JAWAB
🔴 Soalan Pelajar :
Nak tanya Ayah Aji
jika sudah bertahun salah kira spt ini adakah wajib di bayar semula jumlah2 yg kurang itu?
bagaimana dalam keadaan rekod keuntungan yg sudah dilupuskan, bagaimana nak kira?
🔵 AA jawab :
1. Bertaubat pd Allah swt.
2. Bayar balik drp setiap salah kira kita itu.
3. Setiap kali nak infaq... Katalah.. ini zakat saya.
Jika zakat itu sudah melebihi jumlah sebenar... Maka zakat itu jadi sedekah.
Tetapi banyak mana kita beri sedekah, tapi zakat tak keluar atau tak cukup... Di cop dgn harta2 itu di Neraka... Di dahi, belakang dan punggung.
🔴 Soalan Pelajar :
orang yang kerja makan gaji seperti bekerja dengan tauke ladang atau kerja cikgu atau kerja jurutera,
Bagaimana pula cara keluarkan zakat ?
Berapa kadar RM permulaan pendapatan yang sudah dikenakan zakat ?
🔵 AA jawab:
Di kira olih majlis ugama nisab emas.. AA tak ingat berapa nisab emas itu baru di kira zakat.
Jumlah pendapatan setahun.. melebihi nisab emas... Nanti ayah aji semak... Baru di keluar zakat.
Sekarang kira zakat itu kena betul. Keluar zakat kena betul.
Kepada siapa kena betul
Ini selepas jelas dulu perkiraan zakat.
🔴 Soalan Pelajar :
Kalau kerja makan gaji, kira 2.5% dr gaji kasar? Atau boleh tolak komitmen yg tertentu baru dikira 2.5%?
🔵 AA jawab :
Ini pun perkara2 yg selalu jadi persoalan.
Sebab mrk penguasa tak buat bab zakat utama itu di beratkan
Ramai orang biasanya buat begini,
Ambil hasil pendapatan syarikat sebahagiannya untuk tampung perbelanjaan owner.
Kemudian hanya keluar zakat pada gaji owner selepas buat perbelanjaan syarikat atas aset syarikat seperti kereta dan rumah.
Sedangkan kereta dan rumah itu perbelanjaan peribadi owner.
Ini cara nak kurangkan cukai dengan syarikat sdn bhd.
Kalau tak silap saya.
🔵 AA jawab : Ini masalah
🔴 Soalan Pelajar :
AA maaf bertanya sekali lagi, pendapatan hasil pencen perlu dikeluarkan zakat atau tidak.
Jika jumlah melibihi nisab emas setahun... Kena zakat
Nisab emas AA sedang tunggu Ustaz lain beri pd AA... Takut salah
🔵 AA jawab:
Nisab emas tahun lepas ialah dgn nilai 19,000 rm setahun.
Tahun ini belum tahu lagi.. kot2 emas naik harga
Tapi kalau pendapatan setahun.. 19000 atau 20000 .. Maka zakat nya x 2.5 peratus.
Ini bab zakat gaji setahun
Olih itu jika pencen melebihi 19000 atau 20000... Kena zakat
🔴 Pelajar :
Maaf Ayah Aji. Tak silap saya zakat perniagaan nisabnya 85g emas.
Skrg emas 1g = RM270
85g = RM22,950
🔵 AA jawab:
Kalau betul harga itu... Maka itulah zakat nya..
Kira 2.5 peratus drp gaji yg lebih drp jumlah nisab emas di atas.
Esok bab zakat... Amir zakat.
Asnaf2 zakat
🔴 Soalan Pelajar :
Jadi kalau gaji rm30k, nisab 20k, jumlah perlu zakat adalah:
i) (30k-20k) x 2.5% atau
ii) 30k x 2.5%
🔵 AA jawab:
Bukan gitu Pokya... Gaji 30k sudah melebihi nisab emas itu.
Maka zakat itu jadi...30,000 x 2.5 peratus.
🔴 Soalan Pelajar :
Kalau kita dah tolak zakat pendapatan. Sebahagian duit tu kita buat simpanan. Duit simpanan pada tahun tu masih kena zakat juga ke?
🔵 AA jawab:
Apabila zakat2 sudah di keluarkan... Bolih lah nak simpan.
Tetapi jika sudah masuk setahun.. wang yg tak di gunakan itu... Wajib di keluarkan zakat lagi.
Ramai tak keluar zakat simpanan.. juga 2.5 peratus.
🔴 Soalan Pelajar :
zakat pendapatan tu dikira 2.5% dari gaji kasar atau gaji lps tolak income tax
🔵 AA jawab:
Sebelum tolak income tax...
🔴 Soalan Pelajar :
Ayah Aji...masa kita keluarkan zakat tu.....adakah kita kena bagitau yang itu adalah zakat pendapatan? atau tak perlu...sebab Allah dah tahu niat kita
🔵 AA jawab:
Bila sudah di niatkan zakat.. bolih lah tak sebut lagi pd penerima.
Tapi lebih baik sebut zakat itu pd penerima zakat sebab penerima itu akan tahu .... Dia terima zakat bukan sedekah.
Tak sama org yg terima zakat dan org yg sama terima sedekah.
Penerima zakat, dia tahu wang itu adalah hak nya... Saperti hutang lama yg sorg baru bayar.
Pernah AA beri sedekah.. pd sorg. Dia gembira.
Masa lain.. AA beri zakat pd nya dgn sama jumlah... Dia menangis.
AA : knp menangis?
Penerima : saya sgt2 gembira krn saya dpt hak saya.
BY Ayah Aji, Ustaz Rosman Abdul Hamid
Share with your friend now:
tgoop.com/tafsirsunnah/4812