Telegram Web
BAB ZAKAT TERNAKAN.

Siri kuliah ini hanya di kira kasar saja dahulu... Utk tahu basic zakat saja.

Zakat kambing2 biri2... 40 ekor ke 120 ekor ... 1 ekor saja setahun.

121 ke 200 ekor... 2 ekor.

201 ke 300 ekor ... 3 ekor

Dan seterus nya setiap seratus.. tambah 1 ekor.

Lembu pula 30 ekor... 1 ekor zakat.

Zakat perniagaan... 2.5 peratus drp keuntungan.

....

BILANGAN KADAR DIKELUARKAN ZAKAT UNTUK TERNAKAN LEMBU.

Hasil
dapat 30 - 39 ekor.
Zakat : 1 ekor anak lembu (jantan/betina) berumur 1 tahun.

Hasil dapat 40 - 59 ekor.
Zakat : 1 ekor anak lembu jantan berumur 2 tahun

Hasil dapat 60 - 69 - 70-79 ekor.
Zakat : 2 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun dan 2 ekor anak lembu berumur 1 tahun (1 jantan dan 1 betina).

Hasil dapat 80 - 89 ekor.
Zakat : 2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun.

Hasil dapat 90- 99 ekor.
Zakat : 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun.

Hasil dapat 100 - 109 ekor.
Zakat : 3 ekor anak lembu jantan.
{1 ekor lembu betina berumur 2
tahun dan 2 ekor jantan berumur 1 tahun).

Hasil dapat 110 - 119 ekor.
Zakat : 3 ekor anak lembu.
{1ekor betina berumur 1 tahun dan 2 ekor jantan berumur 2 tahun).

ZAKAT KAMBING DAN BIRI-BIRI

Hasil 40 - 120 ekor.
Zakat : 1 ekor saja setahun.

Hasil 121 - 200 ekor.
Zakat 2 ekor.

Hasil 201 - 300 ekor.
Zakat : 3 ekor

Dan seterus nya setiap seratus, tambah 1 ekor.

...
BAB ZAKAT PERNIAGAAN.

Bab zakat perniagaan ini banyak kekeliruan berlaku.

Ini cara nak kira zakat perniagaan.

Contoh mudah... Berniaga tembikai.

1. Peladang tembikai atau durian, rambutan, duku langsat...

Tak di kira zakat tanaman tapi bab zakat perniagaan.

Hasil jualan buah2an itu tolak kos tanaman ... Tak termasuk gaji tuan kebun, ambilan nya dll

Olih itu zakat... Hasil jualan tolak kos ... Dharab 2.5 peratus zakat.

2. Peruncit buah2an pula.

Dia beli drp kebun... Dgn sudah di grade ikut size, mutu..

Katakan.. tembikai dia beli drp kebun .. 2,000 kg dgn harga 2 rm per kg.

Dia jual katakan... 3.50 per kg.

Maka jualan nya... 2000 kg x 3.5 rm per kg... 7000 rm.

Kos harian... Plastic dll... Sehingga habis jual.

Gaji pekerja ...

Sewa ..

Letrik dan air.

Cukai pintu.. atau cukai majlis daerah utk premis..

Semua itu di tolak.

Katakan semua kos itu 1000 rm.

Kos belian ... 2000 kg x 2 rm .. 4000 rm.

Hasil jualan .. 7000 rm

Kos... 5000 rm

Untung 2000 rm.

Dia mungkin beli buah2an itu 2 atau 3 Kali sebulan.

Maka hasil untung nya.. di antara 4000 rm atau 6000 rm sebulan.

Zakat . Antara 4000 rm atau 6000 rm itu x 2.5 peratus.

Zakat.. 100 rm atau 150 rm.

...

Masalah

Ramai kira.. dia ambil gaji bulanan utk perniagaan ini.

Dia ambil wang itu utk bayar sewa rumah, bil2 rumah nya, wang poket anak2 dll.

Dlm accounting utk LHDN... Semua itu di tolak.. termasuk entertainment.

Dalam perkiraan Islam tidak begitu

....

Adakah kedai itu atau kebun itu atau company itu akan di hadapkan pd Allah swt di Mahsyar esok?????

Tidak.

Yg mengadap Allah swt ialah tuan punya itu.

Apa2 saja kos bolih tolak. Tapi tuan punya ...hanya di kenakan zakat drp keuntungan perniagaan itu.

Olih itu ramai keluar zakat... Tapi tak cukup di keluarkan.

Adakah kena azab Neraka???

Ya... Akan di cop dgn harta2 itu yg di bakar dlm Neraka...

Di cop pd dahi nya.

Di cop pd pinggang nya.

Di cop pd punggung nya.

Dlm Neraka...

Kalau tak keluar pula macamana???

Di azab Neraka dgn lebih lama lagi

Setakat ini ada soalan2???

...
SESI SOAL JAWAB

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Nak tanya Ayah Aji

jika sudah bertahun salah kira spt ini adakah wajib di bayar semula jumlah2 yg kurang itu?

bagaimana dalam keadaan rekod keuntungan yg sudah dilupuskan, bagaimana nak kira?

๐Ÿ”ต AA jawab :
1. Bertaubat pd Allah swt.

2. Bayar balik drp setiap salah kira kita itu.

3. Setiap kali nak infaq... Katalah.. ini zakat saya.

Jika zakat itu sudah melebihi jumlah sebenar... Maka zakat itu jadi sedekah.

Tetapi banyak mana kita beri sedekah, tapi zakat tak keluar atau tak cukup... Di cop dgn harta2 itu di Neraka... Di dahi, belakang dan punggung.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
orang yang kerja makan gaji seperti bekerja dengan tauke ladang atau kerja cikgu atau kerja jurutera,
Bagaimana pula cara keluarkan zakat ?

Berapa kadar RM permulaan pendapatan yang sudah dikenakan zakat ?

๐Ÿ”ต AA jawab:
Di kira olih majlis ugama nisab emas.. AA tak ingat berapa nisab emas itu baru di kira zakat.

Jumlah pendapatan setahun.. melebihi nisab emas... Nanti ayah aji semak... Baru di keluar zakat.

Sekarang kira zakat itu kena betul. Keluar zakat kena betul.

Kepada siapa kena betul

Ini selepas jelas dulu perkiraan zakat.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Kalau kerja makan gaji, kira 2.5% dr gaji kasar? Atau boleh tolak komitmen yg tertentu baru dikira 2.5%?

๐Ÿ”ต AA jawab :
Ini pun perkara2 yg selalu jadi persoalan.

Sebab mrk penguasa tak buat bab zakat utama itu di beratkan

Ramai orang biasanya buat begini,
Ambil hasil pendapatan syarikat sebahagiannya untuk tampung perbelanjaan owner.

Kemudian hanya keluar zakat pada gaji owner selepas buat perbelanjaan syarikat atas aset syarikat seperti kereta dan rumah.
Sedangkan kereta dan rumah itu perbelanjaan peribadi owner.

Ini cara nak kurangkan cukai dengan syarikat sdn bhd.

Kalau tak silap saya.

๐Ÿ”ต AA jawab : Ini masalah

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
AA maaf bertanya sekali lagi, pendapatan hasil pencen perlu dikeluarkan zakat atau tidak.

Jika jumlah melibihi nisab emas setahun... Kena zakat

Nisab emas AA sedang tunggu Ustaz lain beri pd AA... Takut salah

๐Ÿ”ต AA jawab:
Nisab emas tahun lepas ialah dgn nilai 19,000 rm setahun.

Tahun ini belum tahu lagi.. kot2 emas naik harga

Tapi kalau pendapatan setahun.. 19000 atau 20000 .. Maka zakat nya x 2.5 peratus.

Ini bab zakat gaji setahun

Olih itu jika pencen melebihi 19000 atau 20000... Kena zakat

๐Ÿ”ด Pelajar :
Maaf Ayah Aji. Tak silap saya zakat perniagaan nisabnya 85g emas.

Skrg emas 1g = RM270
85g = RM22,950

๐Ÿ”ต AA jawab:
Kalau betul harga itu... Maka itulah zakat nya..

Kira 2.5 peratus drp gaji yg lebih drp jumlah nisab emas di atas.

Esok bab zakat... Amir zakat.

Asnaf2 zakat

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Jadi kalau gaji rm30k, nisab 20k, jumlah perlu zakat adalah:
i) (30k-20k) x 2.5% atau
ii) 30k x 2.5%

๐Ÿ”ต AA jawab:
Bukan gitu Pokya... Gaji 30k sudah melebihi nisab emas itu.

Maka zakat itu jadi...30,000 x 2.5 peratus.


๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Kalau kita dah tolak zakat pendapatan. Sebahagian duit tu kita buat simpanan. Duit simpanan pada tahun tu masih kena zakat juga ke?

๐Ÿ”ต AA jawab:
Apabila zakat2 sudah di keluarkan... Bolih lah nak simpan.

Tetapi jika sudah masuk setahun.. wang yg tak di gunakan itu... Wajib di keluarkan zakat lagi.

Ramai tak keluar zakat simpanan.. juga 2.5 peratus.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
zakat pendapatan tu dikira 2.5% dari gaji kasar atau gaji lps tolak income tax

๐Ÿ”ต AA jawab:
Sebelum tolak income tax...

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Ayah Aji...masa kita keluarkan zakat tu.....adakah kita kena bagitau yang itu adalah zakat pendapatan? atau tak perlu...sebab Allah dah tahu niat kita

๐Ÿ”ต AA jawab:
Bila sudah di niatkan zakat.. bolih lah tak sebut lagi pd penerima.

Tapi lebih baik sebut zakat itu pd penerima zakat sebab penerima itu akan tahu .... Dia terima zakat bukan sedekah.

Tak sama org yg terima zakat dan org yg sama terima sedekah.

Penerima zakat, dia tahu wang itu adalah hak nya... Saperti hutang lama yg sorg baru bayar.

Pernah AA beri sedekah.. pd sorg. Dia gembira.

Masa lain.. AA beri zakat pd nya dgn sama jumlah... Dia menangis.

AA : knp menangis?

Penerima : saya sgt2 gembira krn saya dpt hak saya.
BAB PEMBERIAN ZAKAT.

Tajuk baru bab zakat.

Apa-apa soalan tumpu pada tajuk ini.

Soalan-soalan zakat selain tajuk ini... Akan di jawab selepas selesai tajuk ini.

Zakat adalah utk membersihkan harta atau menghalalkan harta.

Sedekah untuk memberkatkan harta.

Zakat wajid di keluarkan. Jika kita mampu, kita bolih beri sendiri zakatยฒ itu pada asnaf-asnaf yang 7.

Tapi kalau tak mampu nak cari asnaf-asnaf yang 7 untuk maka beri lah pada amir... Jadilah asnaf-asnaf itu 8

Bagi sebuah negara... Lebih baik beri pada pemerintah melalui amir2 yang di lantik pemerintah.. supaya dpt di selaraskan pembahagian zakat2 itu .. di terima olih asnaf2 nya.

Olih krn harta zakat itu harta syubhah, harta syak antara halal dan haram... Lalu di keluarkan zakat2 itu supaya harta2 itu jadi halal.

Maka di wajibkan Allah swt kita beri pd org2 dlm asnaf.

Tak bolih atau tak sah zakat2 yg di beri utk buat masjid, utk beli tanah masjid, utk bina madrasah dll.

Sah hanya pd penerima zakat itu saja yaitu org!!!!!

Asnaf...

1. Fakir.. sorg yg tak ada harta, kerja.

2. Miskin.. sorg yg ada harta, ada kerja tapi tak cukup utk sara hidup nya dan keluarga nya.

Bab miskin ini berbeza di antara negara, negeri, daerah atau bandar.

Contoh.. tak sama miskin sorg kampung dgn miskin sorg di bandar KL.

Kos hidup berbeza.

Maka pemerintah lah yg menentukan taraf kemiskinan itu di negeri2, daerah2 atau bandar2.

3. Muallaf... Org kafir yg berjinak2 dgn Islam. Dia dah faham Islam, dah mula nak belajar Islam..

Dgn zakat di beri... Insya Allah mrk akan memeluk Islam.. revert to Islam.

Tak bolih lah sorg kafir yg sudah memeluk Islam kita panggil muallaf lagi pd nya.

Itu menghina nya.

4. Org2 yg di timpa bala hutang.

Dia mungkin ada kerja tapi pendapatan nya habis krn bayar hutang.

Nak bina balik kehidupan nya jadi susah krn bala hutang ini.

Maka mrk juga bolih terima zakat.

5. Org2 musafir yg putus bekalan dlm musafir nya.

Dia mungkin sorg kaya di negara nya, tapi wang nya di rompak, passport nya juga.. card2 bank nya, ic nya .. semua hilang.

Maka mrk juga bolih terima zakat.

6. Org2 hamba yg nak membebas diri drp penghambaan.. tuan nya kata.. bayar sekian2 ...kamu akan bebas.

Org2 begini bolih terima zakat.

Tapi kita sekarang tak ada hamba abdi.. kita ada org2 asing yg di pegang passport, tiket perjalanan mrk.. olih majikan2 mrk.

Utk dia dpt balik passport, ic, tiket2 perjalanan itu... Majikan nya kata... Bayar sekian2... Bolih bebas.

Mrk juga bolih terima zakat.

7. Ulama2 atau pelajar2 atau pejuang2 jihad.

Mrk2 ini terhalang drp buat kerja2 cari makan di dunia krn urusan2 mengajar, belajar dan berjuang ugama.

Mrk mungkin kaya. Mungkin miskin. Tapi mrk wajid di beri zakat.

Bab ini paling banyak tak di beri zakat.

8. Amir2 yg kutip zakat.

Mrk juga berhak terima sebahagian drp wang zakat itu walaupun mrk kaya.

Any questions???

...

Ramai yg beri zakat hanya pd fakir miskin saja.

Org2 lain yg berhak... Tengok saja dgn kesedihan.. hak2 mrk org tak peduli.
SESI SOAL JAWAB

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Salam AA. Bolehkah kita beri zakat pada saudara kita sendiri. Contoh pada adik perempuan walaupun ada suami tapi suami bekerja biasa sahaja.

Saya pernah bagi zakat pada kakak yg bercerai hidup. Anak2 pendapatan cukup utk menampung hidup sendiri. Mcm mana,AA.


๐Ÿ”ต AA jawab: Wsalam.

Zakat wajib di beri pd keluarga terdekat.... Yg layak

Jgn lah tak beri zakat2 kita pd sdr2 kita yg fakir, miskin, krn... Kecil hati mrk bila mrk dpt tahu kita keluar zakat tapi tak beri pd mrk...

Kecil hati sungguh2

AA selalu dpt tahu sdr2 dan kawan satu group Whatsapp.. beri zakat2 itu pd org2 sedang tak beri pd AA.... Sedih sungguh2.

Dpt tahu majlis2 ugama beri zakat... Tapi beri pd kita.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Ya AA. Tapi kalau adik yg suami dpt pencen dan hidup pun tk susah mmg layak juga utk terima zakat.

๐Ÿ”ต AA jawab:
Pd dia paling utama. Kalau zakat kita 1000 rm... Beri semua pd nya.

Kalau zakat 10,000... Beri semua atau sebahagian besar pd nya.

Nescaya dpt dia guna wang zakat itu utk keperluan nya.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
salam ayah aji. Sy masih x paham ttg zakat harta. Harta yg mn blh di keluarkan zakat? Adakah harta wang ringgit saja atau harta yg beku spt rmh, tanah dll.

๐Ÿ”ต AA jawab : Wsalam Suri.

Zakat harta.. saperti rumah, tanah.. ada juga zakat jika....

Rumah... Beli atau bina rumah itu guna wang... Wang itu sudah di keluarkan zakat atau tidak.

Kalau tidak.. Maka wajib keluar zakat nya.

Kalau dah bina rumah tapi baru tahu hari ini... Maka cari wang utk keluar zakat .. drp kos rumah yg di bina itu.

Begitu juga beli kereta.. dan lain2.. fikir betul2.. zakat dah di keluarkan atau tidak.

Kalau tidak...wajib keluarkan

AA terima pampasan tanah kerajaan ambil.. lebih dahulu.. AA keluarkan zakat.

Nak bina rumah di Tokbali..juga keluar zakat nya dahulu.

Termasuk beli tanah.

Beri sewa rumah, sewa tanah.. wajid di keluarkan zakat per bulan atau per pajakan.

Zakat sewa rumah, tanah... Tak di beri.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar:
AA Beli kereta guna loan mcm mana zakatnya AA.

๐Ÿ”ต AA jawab :
Dah syak dah ada org akan tanya.

Deposit kereta itu wajib di keluarkan zakat jika zakat sudah di beri drp harta2 atau perniagaan...Maka tak di kenakan zakat lagi.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Alhamdulillah saya ada rumah sewa sebuah. Mmg keluarkan zakat bila dot hasil sewa. Tapi tak tahu mcm mna nk keluarkan zakat waktu beli rumah tu. Buat pinjaman kerajaan.

๐Ÿ”ต AA jawab :
Pinjaman kerajaan rasa nya rate 4 peratus.. itu macam kos selenggara pinjaman.. gaji pekerja, surat menyurat dll.

Macam kita pajak emas di kedai pajak Islam saja.

No problem.

Bukan dgn along!!!!

So pinjaman kerajaan di potong gaji..gaji pula dah di potong zakat.. no problem harta belian itu.

Tapi sewa bulanan... Wajib keluar zakat

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
AA, setakat yg lain mmg dikeluarkan zakat mcm zakat pendapatan. Zakat rumah yg diduduki sekarang dan kereta utk kegunaan mmg tk dikeluarkan zakat. Mcm mna nk buat AA.

๐Ÿ”ต AA jawab :
AA beli kereta cash... Maka tak bolih beli kereta baru.. kereta 2nd hand... Murah sikit.

So no problem harta itu.

Lari tajuk dah ni...

Tajuk bab pemberian zakat pd penerima zakat.
TAJUK BAB PEMBERIAN ZAKAT PADA PENERIMA ZAKAT.

Amir2 yg di tugaskan kutip zakat, ada di sebut dlm hadis2 sahih.

Rengkasnya begini kerja amir zakat.

Ingat betul2 apa AA tulis ni.

Amir kutip zakat utk di agih2kan pd asnaf2.

Drp situ mrk dpt 8 peratus zakat di kutip

Kerja2 Amir.

1. Buat banci di setiap kampung, bandar, daerah setiap penduduk.

2. Akan dpt tahu siapa pemberi zakat dan penerima zakat setiap kampung, taman dll.

3. Di tetapkan masa nak dtg kutip zakat..

4. Setiap premiss perniagaan di bandar2 dan kampung2 akan di semak akaun mrk.

Bukan setakat percaya pemberi zakat kata jumlah ini zakat saya.

Bila rumah2 di banci.. premiss2 di banci.. tak ada lagi sesiapa yg miss.. semua ada dlm rekod amir.

Ada peniaga di bandar A... Tapi tinggal di negeri lain atau bandar lain... Semua dpt check.. dgn amir2 tempat2 itu.

Besar tak kerja ini !!!!!

Memang.

Buat tak macam ni ?????

Tidak !!!!

Agih tak saperti di perintah????

Tidak.

Maka yg miskin tetap miskin. Yg papa tetap papa. Yg kaya tetap kaya

Macamana keadaan negara... Huru hara. Tipu menipu.

Ugama Islam mrk macamana???

Dlm keraguan.

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

Adakah di semak akaun2 pemberi zakat???

Tidak.


Ramai tak yg tak beri zakat ????

Terlampau ramai

Kerja2 Amir kutip zakat.

Kerja2 pemberi zakat .. beri zakat.

Tapi mrk tak wajib pergi ke Amir utk beri zakat2 nya.

Kerja amir.. dtg cari mrk utk ambil zakat.

Pemberi zakat tak wajib dtg ke majlis atau amir utk beri zakat2 mrk.

Kerja amir ambil zakat mrk.

Senang saja nak faham kenapa Allah swt ajar pd Nabi Muhammad saw cara2 kutip zakat ini...

Katakan penduduk di Pulau Labuan.

Tak bolih pergi atau nak keluar drp Pulau Labuan melainkan dgn menaiki bot atau kapalterbang.

1. Ada penternak kambing2, lembu, biri2 di situ.

Penternak A.. ada 300 ekor kambing2... Zakat 3 ekor.

Penternak B .. ada 30 ekor lembu.. zakat.. 1 ekor anak lembu umur satu tahun.

Penternak c .. 500 ekor biri2.. zakat 5 ekor

Drp banyak2 ladang ternakan itu.. sepatutnya.. dpt katakan.. drp semua ladang2..

200 ekor kambing2.

500 ekor biri2..

50 ekor lembu.

Macamana setiap penternak itu .. nak bawa ke Wilayah Persekutuan.. zakat2 ternakan mrk???

Macamana dgn kos pengangkutan, pekerja, beri makan ternakan semasa perjalanan dll... Adakah kena potong zakat mrk.. atau macamana??

Kata pula di Labuan ada tanam padi .

Macamana nak bawa padi2 ke majlis atau amir.. kos nya??

Grade padi pula tak sama.

Macamana kalau mrk beri yg tak elok, yg basah2, berkulat dll.

Maka inilah kerja amir.

Mrk lah kena dtg ke ladang2.. check sendiri berapa ekor ternakan.

Kambing2 mana yg bolih di ambil... Bukan tuan punya yg bolih beri.. amir yg pilih.

Tak bolih ambil kambing2 induk buat pembiakan.

Tak bolih ambil kambing2 berpenyakit, tua, cacat dll.

Ambil yg sedang saja.

Begitu juga dgn lembu, biri2, kerbau dll.

Maka amir akan kumpulkan ternakan2 itu .. di gradekan.

Bila di ambil drp semua ladang2 ternakan di Labuan... Dpt lah..

Cth..

1. Kambing2... 200 ekor..jantan betina.

2. Biri2.. 500 ekor

3. Lembu2...50 ekor

Macamana nak beri zakat2 ternakan ini???
Bila nak di agih2kan zakat...

Amir : awak nak buat apa utk baiki hidup awak.

Miskin.. saya nak bela kambing2.

Amir... Ini 40 ekor kambing2 betina.. 3 ekor kambing2 jantan.

Dgn modal pusingan.. katakan kos utk 2 bulan, termasuk makan minum kamu sekeluarga selama 6 bulan.

Tahun depan saya nak dtg ke ladang kamu utk terima zakat2 kambing kamu pula.

Begitulah pd biri2 atau lembu2 atau kerbau2.

Dgn cara ini... Mrk asalnya papa atau miskin.. tapi tahun depan sudah merdeka... Dan keluar zakat pula

Begitulah juga pd org2 lain..

Amir... Awak nak buat apa utk baiki kehidupan awak sekeluarga?

Miskin.. saya nak berniaga nasi lemak.. dgn guna Lori satu ton.

Amir.. berapa harga Lori, modal beras, ayam, sotong, kerang dll.
Modal pusingan utk satu bulan.
Modal sewa rumah, bil2 rumah, anak2 utk satu bulan atau 2 bulan

Semua ini saya beri dgn wang zakat pd awak.

Tahun depan saya akan dtg balik.. semak akaun awak.. utk awak keluar zakat pula

Amir.. awak nak buat apa dgn zakat jika saya beri supaya kehidupan awak di perbaikki...

Miskin.. saya nak berniaga sekian2 tapi saya tak ada bini. Tak ada rumah. Tak ada kerja.

Amir .. ini wang zakat.. melebihi awak nak...guna lah buat cari bini, sewa rumah dan berniaga.

Tahun depan saya akan dtg semak akaun awak.. supaya awak pula keluar zakat.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Ooo yg sepatutnya. Tp ada yang asnaf x nk berubah.. Bg boat dn enjin.. Di jualnya bot pulak.. Ini nk kira asnaf yg camne ni ayah aji?

๐Ÿ”ตAA jawab :
Dah tak beri modal pusingan. Modal sara hidup sebelum dpt hasil.

Duit tak cukup.. jual lah.. itu jadi nya

Tapi ada lagi bab syarat penerima zakat.

Tadi bab pemberian zakat olih Amir saja.

Insya Allah.. kita sambung ptg ni atau esok

Nak bertanya bolih...

Hanya drp kuliah di atas saja.

Bab lain... Nanti dulu.

Bersabarlah.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Soalan : Penternak ayam itek nak zakat mcm mane ayah aji?

๐Ÿ”ต AA jawab :
Penternak itik termasuk dlm bab zakat perniagaan.

2.5 peratus

Sesiapa di sini yg reti ekonomi.. patutlah buat satu usul pd pemerintah supaya laksana zakat.. dgn bawa cara2 Nabi Muhammad saw ajar pd kita.

๐Ÿ”ฎ Pelajar : MashaAllah cantik peraturan Allah ๏ทป.

๐Ÿ”ฎ Pelajar :
Subhanallah

Memang cantik aturan zakat ni.

Sekejap sahaja boleh selesai masalah umat Islam.

Yang kaya dapat sucikan harta,
Yang miskin dapat bebas dari miskin,
Yang sebar agama dapat terus kuat sebar agama.

Ini sistem yang win win pada semua pihak.
SESI SOAL JAWAB

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Soalan ayah haji, pemberi zakat boleh ke pecahkan bahagian zakat itu kepada asnaf yg berbeza, contohnya 40% fakir, 30% miskin, 30% ulama

๐Ÿ”ตAA jawab : Bolih

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
AA....Saya nak tanya semula bab zakat yang kena bayar...saya ada beli rumah taman melalui pinjaman kerajaan dibayar dengan gaji bulanan (sekarang pencen bulanan). Adakah perlu dibayar zakat dan macam mana kiraannya tu AA?

๐Ÿ”ต AA jawab :
Deposit rumah dulu...kena zakat jika wang itu belum lagi di beri zakat.

Bayaran bulanan tak perlu sebab kalau ada potong zakat bulan

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
AA, sekiranya kita jual rumah dan dpt wang hasil jualan adakah perlu juga diberi zakat . Atau adakah perlu ditolak dulu wang yg diberi pada agent yg menguruskan dan bayaran balik pada kerajaan baru dikenakan zakat. Atau tk perly bayar zakat

๐Ÿ”ต AA jawab : Ya tolak kos

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Salam AA, rumah yang dijual, setelah hasil jual rumah dibayar zakat...kemudian baki duit beli tanah dan buat rumah, nak kena keluarkan zakat lagi sekali ke semasa beli tanah dan bina rumah?

๐Ÿ”ต AA jawab :
Wsalam. Bila wang sudah di keluarkan zakat... Belian pula tak perlu lagi keluar zakat.

Tapi wang Baki zakat.. di simpan... Cukup setahun... Maka kena keluar zakat lagi.

Apa2 yg baki drp akaun itu.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Tolak kos dan terus kena bayar zakat ya atau simpan dulu selama setahun. Mcm mna tu AA.

๐Ÿ”ต AA jawab :
Selepas bayar zakat.. simpanan wang melebihi setahun pun kena zakat baru.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar :
Maaf AA. Mknanya dpt duit terus kena keluarkan zakat ya

๐Ÿ”ต AA jawab : Ya.

๐Ÿ”ด Soalan Pelajar:
Seseorang Ibubapa boleh tak bagi zakat kepada anaknya yg miskin?

๐Ÿ”ต AA jawab :
Zakat tak bolih beri pada ibubapa dan anak2 kecuali mrk termasuk ulama2 sebar ugama.

Bolih lah
BAB ZAKAT EMAS DAN PERAK.

Zakat emas perak termasuk permata-permata... Hendak lah di nilai di kedai-kedai emas.

Jika pakai emas perak itu... Setakat biasa pakai saja yang tak di keluarkan zakat.

Katakan.. emas perak permata-permata itu kita hanya bolih pakai setakat satu lengan saja.

Selebih nya wajib keluar zakat.

Tak bolih nak tipu-helah, pakai kadang-kadang tapi kata pakai semua..

Tipu itu pada Allah ๏ทป. Dia ๏ทป tak lihat ke kita pakai atau tidak.

Dia ๏ทป tak tahu ke... Niat jahat hati kita itu??

Jangan tipu sebab pasti akan di azab Neraka esok.

Maka banyak lagi bab emas perak permata-permata ini...

Kerana ia barang-barang mewah yang kita guna.

Ingat... Nak beli emas perak permata-permata itu.. daripada wang yang sudah di tolak zakat.

Kalau tidak... Kena keluar zakat pada belian emas perak permata-permata itu.

...

Olih kerana emas perak permata-permata itu adalah harta-harta mewah yang kita guna... Maka ada lagi barang-barang mewah lain..

Saperti kasut-kasut mewah, jam-jam ribuan ringgit... Lebih mahal daripada emas perak orang-orang perempuan guna.

Ada kasut-kasut ribu-ribu Ringgit.
Tali pinggang ribu-ribu Ringgit
Jam-jam tangan.
Beg-beg tangan wanita.
Baju-baju yang sangat-sangat mahal daripada sutera dll kain serta buatan purba ke..

Barang-barang purba yang mahal-mahal saperti pasu-pasu Cina.

Termasuk painting mahal-mahal.

Semua ini.. nak beli kena daripada wang sudah keluar zakat.

Simpan lebih setahun kena zakat.. setiap tahun.

Mmmm banyak lagi lah... Semua tak di beritahu. Semua tak keluar zakat.. ulama-ulama pun kena tanggung jawab kerana tak beritahu.

Kena dosa juga ulama-ulama.

...

Ada kawan AA .. ada jam tangan 300k satu... Dia ada tiga.

Semua simpan dalam peti besi.

Pakai kadang-kadang saja.

Lukisan-lukisan mewah... Di letak di rumah.. di peti-peti besi... Tak di keluar zakat ..
Assalamualaikum..

Sedikit info bagi peserta yg ingin join daurah tahun 2023 ini..

Harap anda semua datang satu hari sebelum daurah pada tarikh 21 February untuk daftar tempat penginapan..

Bagi muslimin dan muslimah, sila bawa barang-barang keperluan anda seperti :

1. Qur'an terjemahan, nota dan alat tulis.
2.  Bantal, cadar, toto dan selimut.
3. Alatยฒ mandian.

Kami ada sediakan bilik, katil dan tilam yg terhad, bahan mentah untuk memasak dan dapur gas.

Di bawah sekeliling madrasah juga ada tempat membeli belah untuk barangยฒ keperluan seperti :

1. Kedai runcit
2. 7Eleven
3. Dobi layan diri
4. 99 Speedmart
5. Mini Giant
6. Kedai makan dll.

Sesiapa yang berhajat nak infaq bagi persediaan daurah akan datang, boleh lah masukkan ke akaun di bawah ini :

CIMB 8009243751
Tafsirsunnah Enterprise.

Manakala bagi sesiapa yang berhajat untuk memberi zakat kepada Ayah Aji, boleh lah masukkan ke akaun personal Ayah Aji seperti di bawah:-

CIMB 7052097819
Rosman Bin Abdul Hamid

Lokasi Madrasah TafsirSunnah.
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://maps.app.goo.gl/fNqnzBocovVUZ2zr5

No Tel : 0132017900 (Ayah aji)
Assalamualaikum..

InshaAllah sekejap lagi daurah tafsir Al-Quran 2023 akan start di bilik ini.. sesiapa yg nak join online silakan masuk..

https://www.tgoop.com/+IKsTFL6Nc08zOTk0
Assalamualaikum..

Di sini kami kumpulkan audio daripada kuliah Ustaz Rosman Abdul Hamid (Ayah Aji) Mudir di Madrasah Tafsir Sunnah (MTS).

Daurah 2023.

Link channel:

https://www.tgoop.com/+itTXf-BKzzIyMjk1
๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ 
Assalamualaikum..

Allah beritahu 4 kali dalam surah Qamar 17 - 22 - 32- 40

ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ูŠูŽุณู‘ูŽุฑู’ู†ูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ู„ูู„ุฐู‘ููƒู’ุฑู ููŽู‡ูŽู„ู’ ู…ูู† ู…ู‘ูุฏู‘ูŽูƒูุฑู

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Al-Quran ni jelas dan mudah untuk di pelajari.. hanya perlu usaha dan korbankan sedikit masa sahaja supaya tidak menyesal di akhirat kelak...
PENGUMUMAN โ€ผ๏ธ

Sedikit info bagi peserta yg ingin sertai daurah tahun 2024 ini..

Anda perlu bawa :

1. Qur'an terjemahan, nota dan alat tulis.
2.  Bantal, cadar, toto dan selimut.
3. Alatan untuk bersihkan diri.

Di sekitar madrasah kami juga ada tempat untuk membeli belah barang keperluan anda :

1. Restoran.
2. Kedai Acheh.
3. Dobi layan diri.
4. 99 Speedmart.
5. Mini Giant.
6. 7Eleven dll.

Sesiapa yang berhajat untuk infaq atau zakat boleh lah masukkan ke akaun di bawah ini :

CIMB 7052097819
Rosman Bin Abdul Hamid

Lokasi Madrasah TafsirSunnah.
Di tingkat atas kedai Dobi Bubblelab.
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://maps.app.goo.gl/fNqnzBocovVUZ2zr5

๐Ÿ“ฒ Ayah Aji : 013-2017900
๐Ÿ“ฒ Ustaz Syakur : 014-2371325
2024/11/28 12:18:13
Back to Top
HTML Embed Code: