Warning: Undefined array key 0 in /var/www/tgoop/function.php on line 65

Warning: Trying to access array offset on value of type null in /var/www/tgoop/function.php on line 65
- Telegram Web
Telegram Web
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
What’s the secret behind this honour?

“Qiam night prayer, memorising the entire Qur’an, reciting it with Tadabur and living by it, mending the broken hearts, helping people, being there for others in sad and happy times, protecting the trusts that were entrusted to him and never compromising or giving up the difficult path for Allah’s sake… if Allah Loves a slave, He (swt) makes His slaves love him” ~

- Shares by Muath Haniyeh (Ismail Haniyeh’s son).

Dengan al-Quran Allah mengangkat suatu kaum dan menghinakan sesuatu kaum yang lain.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Kajian Demografi Pengikut Channel TD ;)
Anonymous Poll
3%
Pelajar Sekolah
49%
Pelajar IPT
41%
Belia Bekerja
1%
Warga Emas
6%
Lain-lain
Ayat Renungan Hari Ini

{ وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ }
[Surah Az-Zukhruf: 36]

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Tarbiah Daily
Photo
Bergelumang dengan al-Quran, bagaimanakah?

1. Al-Marhum Dr Farid al-Ansari mengatakan bahawa apa yang menjadi kehilangan umat islam pada hari ini ialah 'at-Tadawul al-Ijtima' ie dengan al-Quran, iaitu merasakan keupayaan al-Quran boleh merubah perangai manusia sehinggalah masyarakat berada lurus di atas timbangan al-Quran

2. Kita hari ini hanyalah berada di pinggiran-pinggiran al-Quran sahaja dan bukan berada rapat bersama-sama dengan al-Quran bahkan tidak bergelumang di dalam al-Quran itu sendiri

3. Iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai asas keputusan hidupnya, prioriti pertimbanganya, sebagai bacaan, sebagai penyucian hati, sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran, sebagai tarbiyah dakwah, memahami hukum-hakam untuk dibawa ke dalam dirinya dan berakhlaq dengan akhlaqnya

4. Sesungguhnya metode yang praktikal di dalam medan dakwah dan tarbiyah ialah dengan menyusuri metode ini yang mana inilah metode nabi dalam merubah manusia dan masyarakat

5. Ia juga adalah model kehidupan sahabat yang mereka jadikan azimat di dalam misi pembaharuan agama ini, samada secara individu atau berjemaah

6. Menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang penting, namun hari ini hafazan kita masih belum mencapai kehendak apa yang kita perjuangkan

7. Hafazan yang memberi impak adalah seperti hafazan para sahabat yang hanya menghafaz lima ke sepuluh ayat sahaja tetapi mereka tidak akan berganjak menambah hafazan selagimana ayat yang dihafaz belum cuba untuk diamalkan, maka hafazan pada mereka adalah perjuangan untuk mempraktikkanya dalam kehidupan yang mana ia adalah hafazan sepanjang hayat dan bukan hanya setahun atau dua tahun sahaja

8. Orang yang masih belum kenal erti ikhlas yang sebenar dan masih belum dapat berakhlaq hasil pemahaman tauhid yang mendalam terhadap Allah maka dia masih belum 'bergelumang' dengan surah al-Ikhlas, walaupun dia sudah menghafaznya sejak kecil

9. Orang yang masih belum dapat merasa aman dan selamat dengan perlindungan al-Muawwizatan (dua muawwizah iaitu surah al-falaq dan al-nas) dia masih belum lemas di dalam kedua surah tersebut

10. Orang yang masih belum dapat merasa perasaan manisnya tahajjud maka dia masih belum meneguk kemanisan surah al-Muzammil

11. Orang yang masih belum merasa bahang kepanasan dakwah dan perjuangan mengajak kebaikkan dan membasmi kemungkaran maka dia masih belum berada di dalam lahar surah al-Mudassir

12. Orang yang masih belum merasakan islam sebagai solusi dengan mengamalkan rukun islam dan rukun iman, berasa seperti berada di medan jihad fi sabilillah, sabar di atas setiap dugaan yang menimpa, berjaga-jaga dengan setiap halal dan haram dalam makanan dan minuman, tunduk dengan syariat islam di dalam diri, agama dan hartanya, tanpa sebarang keraguan dan kesangsian maka dia masih belum terjun ke dalam surah al-Baqarah sepenuhnya lagi.

13. Sesungguhnya umat islam pada hari ini ketandusan insan-insan yang dapat membawa risalah ini, agar dapat merubah kembali pemahaman agama ini, agar mengembalikan metode nabi dalam menyampaikan kebenaran al-Quran ini iaitu : tilawah (bacaan) al-Quran secara talaqqi, merubah perangai manusia melalui tadabbur (penghayatan), pengajaran dan pembelajaran dengan sistem tadarus

14. Maka cahaya al-Quran tidak dapat disebarkan kepada orang lain jika tiada insan yang hatinya membara untuk menggalas kalimah ini!

15. Wahai para pemuda! Ini kitab Allah sedang memanggilmu! Umat manusia dalam kehausan dengan kalimah Allah! Maka siapakah yang sanggup memikul misi ini? Agar dia dapat menyelamatkan umat ini yang sedang lemas di dalam gelora syahwat dan syubhat?! Siapakah yang ingin menghulurkan tanganya kepada nabi untuk berbai'ah dengan baginda untuk menyambung risalah baginda? Siapakah yang ingin berkata, akulah orang itu wahai rasulullah!

Terjemahan dan olahan daripada kitab al-Marhum Dr Farid al-Ansari : inilah risalah al-Quran


Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Ayat Renungan Hari Ini

{ إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا }
[Surah Al-Isrāʾ: 9]


Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
TRAINING OF VOLUNTEERS (TOV) - Beberapa wakil Tarbiah Daily ke TOV anjuran Cinta Gaza Malaysia dan berkampung di Hulu Langat selama seminggu. Semoga penyertaan ini memberi input tambahan kepada kefahaman dan semangat perjuangan Palestin.

Perjuangan membebaskan bumi Aqsa adalah tanggungjawb yang dinaskan oleh al-Quran. Malangnya ia semakin suram dek kesibukan harian kita.

Mudah-mudahan jihad ilmu dan hujah ini diterima setanding dengan jihad di medan qital.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Serangan terbaru Zionist ketika umat islam di Gaza sedang menunaikan solat subuh!

Solat yang disaksikan oleh Allah, para malaikat dan seluruh umah. Solat yang mahal harganya. Solat yang telah meletakkan keunikan dan keteguhan iman sebagai mahkota di dada akhbar dunia.

Semoga Allah melaknat para musuhNya di dunia dan di akhirat kelak!

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Tarbiah Daily
Photo
Terngiang-ngiang kata-kata guru tarbiah kami, “awak semua ada logam”. Kata-kata ini merupakan gist dari hadis Rasulullah saw, “Manusia itu seperti logam..” kemudian baginda melanjutkan, “Terpilih mereka semasa jahiliah, terpilih mereka semasa islam, sekiranya mereka faham”.

Penting dekat sini untuk faham. Kerana faham yang akan menentukan halatuju ke mana logam atau potensi kita disalurkan.

Dahulu sebelum dipeluk kefahaman dari tarbiah, kita tak rasa kita ada logam. Tetapi selepas diberi kefahaman, selepas melalui ujian kehidupan, selepas apa yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya baru kita sedar; kita ada banyak LOGAM!

Lebih menginsafkan lagi, setelah lebih 300 hari perang di Gaza, ternyata kita dapat melihat praktikal kepada hadis ini di depan mata. Mereka betul-betul all out dalam mengasah logam mereka dan berikan untuk perjuangan islam yang mereka faham.

Syaratnya, “sekiranya mereka faham”

Jika tidak faham islam, maka ia akan faham sesuatu selain islam; jahiliah. Maka seorang itu akan gunakan logamnya untuk selain islam.

Mungkin untuk memenuhi keinginan peribadi semata-mata. Mungkin untuk mencari wang semata-mata. Mungkin untuk ikut trend semata-mata atau “just follow the flow” semata-mata.

Tiada halatuju berpandukan kefahaman yang jelas.

Sedangkan apabila logam-logam kurniaan Allah pada kita ini disia-siakan, ia suatu kemunduran untuk islam.

Kefahaman islam telah mengalih logam para sahabat daripada disumbangkan kepada jahiliah kemudian disumbangkan kepada islam.

Bagaimana pula dengan kita?

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Tarbiah Daily
Photo
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ayat Renungan

{ وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا }
[Surah Al-Kahf: 49]


Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:

"Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!"

Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

***

Besar, kecik, signifikan atau tidak semuanya tercatat.

Maka beramal lah. Kerana tiada yang disia-siakan oleh Allah.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Alhamdulillah, selesai berkampung seminggu untuk Program Training of Volunteers.

Semoga peserta dari Tarbiah Daily mendapat sesuatu yang baru untuk melonjakkan momentum membawa isu Palestin ke bawah.

Hakikatnya perjuangan Palestin adalah perjuangan kita semua. Insya Allah akan diatur pelbagai program dan sesi untuk menyebarkan kesedaran terutamanya kepada pelajar/ pemuda berkenaan permasalahan umah ini.

Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Palestin

https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
Renungan Hari Ini

{ يَوۡمَئِذٖ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا }
[Surah Az-Zalzalah: 4]

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

{ بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا }
[Surah Az-Zalzalah: 5]

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

{ يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتٗا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ }
[Surah Az-Zalzalah: 6]

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.


Bumi & alam akan menjadi saksi. Apa telah kita berbuat untuk Palestin.


https://www.tgoop.com/tarbiahdaily
2024/08/17 11:14:10
Back to Top
HTML Embed Code: