tgoop.com/thedakwahjourney/6339
Last Update:
Malam 1 Rejab adalah malam dimana mustajabnya doa. ambillah peluang ini untuk kita masing-masing menadah tangan dan berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kedua orang tuaku, haramkanlah api neraka untuk menyentuh tubuh mereka"
"Ya Allah, bantulah saudara kami di Palestine. Berikanlah kemenangan buat Palestine. Lembutkanlah hati semua umat islam agar lebih cakna terhadap isu Palestine dan berdoa tanpa henti"
"Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan pengakhiran yang baik. Ambillah aku ketika mana imanku sedang meningkat, janganlah Engkau ambil daku ketika imanku lemah Ya Allah"
"Ya Allah, jadikanlah aku ahli zikir, ahli selawat, ahli ibadah, jadikanlah aku dalam golongan orang yang soleh dan solehah. Jauhilah hatiku daripada segala penyakit hati. Dekatkanlah hatiku kepada agama Islam agar aku dapat rasa manisnya iman dan manisnya ketika beribadah"
"Ya Allah, izinkanlah anggota badanku untuk sentiasa melakukan kebaikan. Halangilah anggota badanku untuk melakukan maksiat dan dosa. Campakkanlah ke dalam hatiku rasa takut kepada azabMu Ya Allah."
"Ya Allah, semoga kelak seluruh umat islam dapat memasuki syurga Firdaus tanpa hisab. Tiada yang mustahil jika dengan izinMu Ya Allah."
"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, urusan keluargaku, urusan guruku, urusan saudara seislamku. Murahkanlah rezeki kami semua. Berkatilah waktu kami agar kami bisa seimbangkan mencari untung akhirat dan untung dunia"
mintalah apa sahaja tetapi perbanyakkanlah minta hal akhirat kerana dunia ini sementara, jangan lupa untuk akhiri doa kita dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
@TheDakwahJourney🌵
BY The DakwahJourney 🌵
Share with your friend now:
tgoop.com/thedakwahjourney/6339