tgoop.com/thekopipanas/4293
Last Update:
Batch 03
,
Antara batch SPM yang terpaksa menempuh dugaan yang paling berat setakat ini. Bermula dengan krisis jerebu ketika di tingkatan 4 kemudian disusuli wabak corona yang kini mengubah kehidupan manusia sebanyak 360° lalu diuji pula dengan banjir yang menenggelami tempat tinggal mereka.
Satu demi satu ujian daripada Ilahi dihadapi dengan tabah dan kini ujian yang menentukan tahap pelajaran dan arah tuju mereka hanya tinggal kurang seminggu sahaja lagi. Sudah pasti pelbagai reaksi dan perasaan menghantui jiwa pejuang-pejuang ini.
Di sini saya ingin meluahkan sedikit pesanan ikhlas agar pejuang-pejuang ini tidak lemah semangat dan putus harapan.
Saya percaya pasti raaaamai batch 03 yang ada dalam ni dan oleh kerana itu saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tentang hal yang perlu mereka cakna dan perbaiki.
Pertama, jagalah kesihatan kalian dengan baik. Pada saat akhir begini saya mohon usah terlampau berkorban sehingga mengabaikan kesihatan diri. Jagalah pemakanan dan tidur dengan secukupnya. Bab sakit jangan dibuat main kerana percayalah ia mampu menghancurkan 'segalanya' ketika kita menghadapi peperiksaan nanti. Maka jagalah diri kalian baik-baik.
Kedua, banyakkan berdoa, memohon hajat kepada Allah. Sesungguhnya, setiap yang kita lakukan pasti akan berbalik kepada-Nya jua. Maka, jadikanlah Dia sumber kekuatan kita yang paling utama dan sandarkanlah niat kita dalam menuntut ilmu hanya kerana Dia.
Inshaa Allah sekiranya nawaitu kita tepat, pasti segalanya akan dipermudahkan.
Ketiga, belajarlah selagi masa dan hayat kita masih ada. Jangan dipaksa jika tidak mampu. Buatlah sekadar yang mampu dan yang penting sekali ialah NAWAITU. Jagalah nawaitu kita dengan sebaik-baiknya. Belajar bukan untuk meraih keputusan yang cemerlang sahaja. Belajar bukan untuk mendapat kerjaya yang hebat sahaja. Belajar juga bukan untuk mendapat pujian dan kebanggaan ibu bapa semata-mata. Tetapi belajarlah untuk mengharap keredhaan Allah dan menegakkan panji agama.
Dengan izin Allah Maha Mujeeb , saya doakan kalian semua berjaya! Bi taufiq wannajah!
Aamiin ya rabbal alamin. ❤️✨
With love, adikdiary.
BY #MotivasiSetiapDetik⚡
Share with your friend now:
tgoop.com/thekopipanas/4293