tgoop.com/upu_online/8952
Last Update:
By Sera Najwa
(final year student of medical school)
SPM
Nak jadi Dr result memang kena gempak, bukan nak tunjuk budak medic ni pandai, tapi mostly memang nak jadi doktor SPM kena cemerlang. STRAIGHT A's dari course Science stream (physics, bio, chemistry, addmath, math paling penting kena ada). Yang tak ambil pure science jangan bermimpi di siang hari untuk jadi Doktor sebab memang tak layak. Realiti walaupun pahit. Jadi, kalau nak jadi doktor sila ceburkan diri dalam science stream. Kalau tak dapat science stream that's mean bukan rezeki awak untuk jadi Doktor. Sadly this is how Malaysian system works.
LALUAN
Masuk 'asasi' senang. Doktor memang mostly ambil foundation (asasi). Lepas tu baru ambil Ijazah Kedoktoran. Tapi, ada beberapa laluan lain untuk Doktor juga :
1. Asasi Perubatan (UKM, UPM, UMS, UNIMAS, UM etc)
2. Matrikulasi
3. Diploma
(sangat jarang untuk seorang student lepasan diploma masuk Medic. Selalu memang Dr akan guna jalan pintas seperti matrik/Asasi. Tapi, ianya tak mustahil.)
4. STPM
5. Course Medic oversea (belajar luar negara apply menerusi official website universiti tu sendiri)
# ni general laluan for course medic tapi selalunya daripada asasi
6. Asasi Swasta
BEFORE MASUK MEDIC DEGREE
Dulu tak ada interview, tapi sekarang memang kebanyakan University tempatan akan buat interview untuk kemasukan ke bidang medic. Dia akan interview awak dulu before beri awak masuk. Kalau lulus, alhamdulillah. Kalau gagal, InsyaAllah rezeki di tempat lain. Muet perlu Band 3 at least sebab bi band 3 tu dah kira OK. Sambil tu boleh search tentang biasiswa JPA/PETRONAS dan banyak lagi.
UNTUK MEDIC OVERSEA
Medic belajar oversea tak semudah yang disangka. Kadang dapat biasiswa pun bukan fully 100% kita akan ditanggung. Sekiranya kita gagal atau kena repeat paper pun berkemungkinan biasiswa tu dah tak valid lagi dan akan jadi pinjaman. My friend ambil biasiswa tapi dia gagal pada tahun tertentu dan perlu repeat year end up kena bayar RM80,000. Trust me, belajar medic di oversea mental kena kuat lebih lebih lagi di kalangan orang biasa. Kalau parents kaya senang untuk awak. Ramai yang ambil medic di luar negara end up berhenti belajar sebab burnout dan stress plus overload dengan study. Realitinya sangat ramai. Luar negara tak seperti Malaysia, tak seperti negara sendiri. Tapi kalau awak mampu, mindset kena kuat. Sebolehnya pilih negara yang menggunakan bahasa English sebagai bahasa utama so that ia akan memudahkan urusan kita nanti.
SUBJECT
Banyak sangat subjek (tak boleh list). First and second year dekat uni belajar teori aje dulu. Then baru masuk clinical year, means banyak praktikal. 2 tahun pre-clinical year, 3 tahun clinical year. Dan, kita akan praktikal dekat ward. Belajar untuk doktor ni macam biasalah tentang blood pressure, injections, etc. Study environment in medicine as usual as people said, sangat tough. Tak ada masa free sangat pun. Kelas panjang (8 am - 5 pm). Cuti sem sekejap dalam 2-3 minggu aje. Course lain cuti sem berbulan sampai 3 bulan, medic students hanya 2/3 minggu aje. Exam akan selalu ada 2 minggu or 3 minggu sekali. Exam memang banyak. Medic khas untuk orang yang rajin. Kalau malas, memang fail awal.
LANGUAGE
We use fully english for all modules and subject.
LEPAS HABIS DEGREE
Habis study, kalau dalam Malaysia, kita akan intern/ jadi houseman officer. Akan buat praktikal di 6 disiplin utama dalam Perubatan (ada pembahagian dan nanti awak akan tahu kalau awak ambil medic). Kalau dulu lepas 2 tahun baru jadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh pilih kepakaran kita. Sekarang tak sure macam mana sebab sistem berubah-ubah. Dulu ada dua cara untuk jadi Doktor pakar. First mohon program Master klinikal di ipta. Second, join peperiksan yg dibuat oleh kolej Diraja UK (MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian). Tempoh jadi pakar ialah dalam 6-7 tahun after grad. Sistem kerajaan Malaysia sekarang dah rumit sikit.
cc: @withathenarose
★‣ @upu_online