tgoop.com/ustazsyamilesa/654
Last Update:
Zikir tidak sepatutnya jadi bahan sendaan
Jika para ulama yang muktabar berselisih, serahkan perselisihan pada para ulama. Yang bersetuju dengan hujjahnya, yang tidak bersetuju dengan hujjahnya.
Selagi para ulama berselisih, selagi itu ruang keterbukaan syarak padanya jelas dan luas. Jangan disempitkan perkara yang luas, dan jangan meluaskan perkara yang sempit.
Jika anda berpegang zikir itu adalah suatu yang tidak berfaedah, membawa gelak tawa, maka sebutan anda terhadap zikir itu adalah lagha dan boleh membawa kepada dosa kerana mempersendakan lafaz yang dinisbahkan kepada Dia.
Jika anda memahami jalan kira sepertimana yang ditunjukkan para ulama yang bersetuju, maka zikir anda mendapat pahala kerana termasuk dalam saranan mengingati Allah dalam semua keadaan.
Bicaralah dalam kerangka ilmu yang insaf, menyatukan dan membina pemikiran fiqh yang betul, bukan retorik, semangat, perli dan sinis yang hanya melahirkan manusia yang tidak beradab dan menyemai kebencian.
Wallahua'lam bissawaab.
Nota : Perkara khusus tidak sepatutnya dibincangkan atau disarankan pada ruangan umum. Setiap perkara ada kesesuaian tempat, masa dan audiensnya.
BY Ustaz Syamil Esa
Share with your friend now:
tgoop.com/ustazsyamilesa/654