tgoop.com/AhmadHarisChannel/2046
Create:
Last Update:
Last Update:
TIPS BELAJAR IMAM SUFYAN ATS-TSAURI
"Permulaan ilmu itu ialah engkau diam, kemudian kau dengar dengan baik, kemudian hafal, lalu kau amalkan kemudian barulah disebar dan diajarkan kepada orang lain."
[Jami' bayan al-Ilm wa fadhlih 1/118]
1. DIAM.
Jangan rasa serba tahu. Bagaimana nak dapat ilmu kalau awal-awal lagi dah rasa tahu semua benda. First step to gain knowledge is to humble ourself by admit that we know nothing and we want to learn.
2. DENGAR.
Fokus dan dengar betul-betul apa yang disampaikan. Tak semestinya kita perlu terima bulat² apa yang disampaikan but atleast dengar dulu apa yang disampaikan sebelum menilai.
Masalah kita ialah kita nilai dulu sebelum dengar penjelasan. Kita judge dulu sebelum baca full statement. Listen first before make any conclusion.
3. HAFAL.
Ada org dia senang hafal cepat lupa, ada org dia susah hafal tapi lambat pulak lupa. Itu kelebihan & kekurangan yg Allah dah tetapkan bagi kita. Kitalah yg menentukan nak atau taknak hafal bergantung kepada kemampuan kita.
Ada org walaupun dia hafal sesuatu ilmu tu, tapi masa exam dia lupa, blur semua..kenapa?
Ini boleh jadi kerana banyak sebab, antaranya;
- Ilmu yg dapat tak berkat. Walaupun dia byk study tapi sebab suka mengumpat dan kutuk cikgu/lecturer hilang keberkatan ilmu tu.
- Dia dibenci oleh cikgu/lecturer kerana menyakitkan hati mereka dlm kelas. Dia plk tak minta maaf, tak rasa bersalah..masa exam baru sedar betapa pentingnya keredhaan guru.
4. AMAL.
Banyak ilmu yang melekat dalam kepala sebab kita amal. Yang kita tak amal, mudah kita lupa. Lagipun memang tujuan ilmu untuk beramal. So try our best to practice what we have learn. It much better than only memorize it.
4. SAMPAIKAN.
Ini sebenarnya last stage. Bila dah dengar, dah belajar dan hafal, amal pun dah barulah kita sampaikan.
Tapi sebahagian daripada kita malah terbalik. Belajar tak mahu tapi bab sampaikan laju. Bab mengulas dialah jaguh, bab mendengar dan mengkaji dialah raja tangguh. Belum lagi bab amal, dialah paling jauh.
#tips #muhasabahdiri
...........
Telegram : @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss
BY Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸
Share with your friend now:
tgoop.com/AhmadHarisChannel/2046