tgoop.com/AhmadHarisChannel/4211
Last Update:
ADAKAH TIDAK BOLEH LANGSUNG WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN?
Apabila melihat kepada hadis-hadis serta riwayat-riwayat yang disebutkan di atas , jelas menunjukkan akan keharaman wanita untuk mengenakan wangian apabila keluar dari rumah. Adapun jenis wangian yang disebutkan di sini adalah dari jenis yang zahir, kuat baunya sehingga mengalihkan pandangan ajnabi tertumpu kepadanya. Ini boleh menggerakkan syahwat lelaki-lelaki yang mana hati mereka telah pun sakit dan boleh membawa kepada berlakunya perkara yang lebih buruk.
Jika begini keadaannya, maka perbuatan tersebut adalah haram dan al-Imam Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah menyebutkan bahawa ia termasuk di dalam dosa besar meskipun si suami mengizinkan berpenampilan sedemikian. [Lihat al-Zawajir. Dar al-Fikr, 2/71]
Adapun mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talcum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.
Ini kerana di dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:
إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ
Maksudnya: Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.
Riwayat Al-Tirmizi (2788). Dinilai sahih oleh al-Albani.
Al-Hasan mengatakan kemungkinan yang dimaksudkan dengan wangian wanita itu adalah wangian ketika keluarnya mereka dari rumah iaitu wangian yang jelas warnanya seperti zafaran dan baunya tidak pula kuat dan jelas. Adapun apabila bersama suaminya (tidak dikhalayak) maka berwangi-wangianlah dengan apa yang disukai olehnya.
Aini Rahimahullah:
Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-
وإنما كان خير طيب النساء هو اللون دون الريح لأن اللون يجعل الزينة لهن وأما الريح فإنه إذا فاح منهن يتأتى منه فساد، ويخاف عليهن من الفتنة
Maksudnya: Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut keatasnya tertimpa fitnah. [Lihat Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar, 9/97]
Kesimpulan
Kami berpendapat bahawa wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya. Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada dikhalayak. Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodorant, sabun dan sebagainya.
Elakkan dari menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajanib yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat yang lain. Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang menyamakan perempuan sebegini sebagai penzina. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
2 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan 1438H
*Jawapan ini diambil dpd artikel penuh bertajuk IRSYAD AL-FATWA KE-199: HUKUM WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN (PERFUME)
Rujuk link http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/808-irsyad-al-fatwa-ke-199-hukum-wanita-memakai-wangi-wangian-perfume
#fiqh #akhlak #sebarkan
Telegram : @ahmadharischannel
Twitter/IG/Fb : @ahmadharis1435
BY Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸
Share with your friend now:
tgoop.com/AhmadHarisChannel/4211