tgoop.com/bicaradaie05/6441
Last Update:
Sebagai peringatan buat kita semua untuk menghadapi Ramadhan dengan sebaiknya penulis tertarik untuk menukilkan tentang antara tujuan 3 amalan utama yang dilakukan pada bulan Ramadhan sebagai kayu ukur kita untuk sentiasa tajdid niat agak mencapai keikhlasan untuk dipersembahakan kepada-Nya
Dalam buku 132 Langkah penyucian jiwa, pelajaran 60,61 dan 62 membicarakan tentang tujuan ataupun niat membaca al-Quran dan berpuasa di bulan Ramadhan. Tujuannya adalah seperti berikut:
Pelajaran 60 โ Tujuan membaca al-Quran di bulan Ramadhan
Antara cara mengubati hati ialah dengan membaca al-Quran. Tetapi bukan dengan cara membaca lalu sibuk dengan bilangan halaman yang telah dibaca. Tidak penting memperbanyakkan khatam al-Quran, tetapi yang lebih penting ialah anda membaca dengan tadabbur (merenung) dan meneliti ayat yang dibaca secara terperinci. Anda hendaklah menggambarkan bahawa Allah sedang berbicara dengan anda melalui kalam-Nya. Inilah pengertian membaca al-Quran dengan tadabbur.
Pernah dengar tak, ulamaโ terdahulu menggandakan amalan mereka di bulan Ramadhan terutamanya dari segi pembacaan al-Quran kerana Ramadhan itu sendiri dipanggil Bulan al-Quran dimana turunnya wahyu pertama daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Sungguh, semua peristiwa mahupun perkara yang mempunyai keterlibatan dengan Kalamullah ini mempunyai kelebihan tersendiri. Penulis terpanggil untuk menukilkan kalam Sheikh Doktor Ahmed Isa Al-Maโsarawi berkenaan pernyataan ini
ูุฒู ุฌุจุฑูู ุจุงููุฑุขู # ูุฃุตุจุญ ุฌุจุฑูู ุงูุถู ุงูู
ูุงุฆูุฉ
ูุฒู ุงููุฑุขู ุนูู ู
ุญู
ุฏ ๏ทบ # ูุตุงุฑ ู
ุญู
ุฏ ุณูุฏ ุงูุฎูู.
ูุฌุงุก ุงููุฑุขู ุฅูู ุฃู
ุฉ ู
ุญู
ุฏ ูุฃุตุจุญุช ุฃู
ุฉ ู
ุญู
ุฏ ุฎูุฑ ุฃู
ุฉ.
ูุฒู ุงููุฑุขู ูู ุดูุฑ ุฑู
ุถุงู ูุฃุตุจุญ ุฑู
ุถุงู ุฎูุฑ ุงูุดููุฑ
ูุฒู ุงููุฑุขู ูู ูููุฉ ุงููุฏุฑ ูุฃุตุจุญุช ูููุฉ ุงููุฏุฑ ุฎูุฑ ุงูููุงูู.
ูู
ุงุฐุง ูู ูุฒู ุงููุฑุขู ูู ูููุจูุง ุุ
Jibril menurunkan al-Quran, maka Jibril menjadi malaikat yang paling mulia.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad ๏ทบ, maka Nabi Muhammad menjadi penghulu sekalian makhluk.
Al-Quran datang kepada umat Nabi Muhammad, maka jadilah umat Nabi Muhammad menjadi sebaik-baik umat.
Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, maka Ramadan menjadi sebaik-baik bulan.
Al-Quran diturunkan pada malam al-Qadr, maka malam al-Qadr menjadi malam yang paling mulia.
Lalu, bagaimana jika al-Quran turun ke dalam hati kita?
ุฃูููููุง ููุชูุฏูุจููุฑูููู ุงููููุฑูุขูู ุฃูู
ู ุนูููููฐ ูููููุจู ุฃูููููุงููููุง
Maka, apakah mereka tidak mentadabbur (memerhatikan dan memahami) al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?
[Surah Muhammad : 24}
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Sentiasalah berdamping dengan al-Quran di setiap hari sepanjang hidup kita di dunia ini.
Berbalik kepada konteks Ramadhan sebagai bulan al-Quran. Penulis telah mengambil nukilan tadi sebagai pembuktian keterikatan kepada al-Quran mengangkat kemuliaan sesuatu perkara, tapi tidak dilupa bahawa semuanya berlaku atas kehendak-Nya dan dengan izin-Nya sahaja.
Imam an-Nawawi menukilkan amalan salaf berkenaan khatamm al-Quran iaitu diantaranya ada yang khatam sekali, dua kali sebulan bahkan ada yang khatam sehari 2 kali dan lebih dari itu.
Di sini, kita lihat kesungguhan golongan terdahulu dalam beramal lagi-lagi dengan membaca al-Quran. Mana tidaknya, membaca al-Quran di bulan biasa sahaja sudah banyak ganjarannya yang berlipat kali ganda, apatah lagi di bulan Ramadhan yang berganda-ganda manfaatnya.
Tidak dilupakan juga peristiwa nuzul al-Quran berlaku di bulan Ramadhan yang diistilahkan oleh Dr.Zulkifli al-Bakri sebagai permulaan peradaban manusia dimana ia menyingkap kegelapan jahiliyah dan memberi pancaran sinar keilmuan Islam melalui kitab Ilahi yang dengannya tertegak tamadun Islam dan insan. Maka beruntunglah mereka yang berpegang dengan kitab suci ini dan menjadikannya petunjuk dan pedoman hidup.
Pelajaran 61 โ Tujuan berlapar di bulan Ramadhan
BY ๐ฉ๐ฐ๐ช๐จ๐น๐จ ๐ซ๐จ๐ฐ๐ฌ ๐
Share with your friend now:
tgoop.com/bicaradaie05/6441