tgoop.com/bicaradaie05/6451
Last Update:
Coretan 25 Sya'ban 1446H
Peristiwa Agung di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak gelaran disisi para ulamaβ terdahulu. Ada yang menggelarnya sebagai madrasah nafsi, madrasah jihad, madrasah akhlak, bulan keberkatan dan banyak lagi. Semuanya berdasarkan nas dan dalil yang diteliti oleh para ulamaβ terdahulu dan pengalaman mereka secara empirikal. Namun begitu, penulis terpanggil untuk membahaskan satu gelaran tentang bulan Ramadhan yang mempunyai sejarah yang sangat luas.
Kita sudah sedia maklum bahawa di dalam Ramadhan terdapatnya malam yang martabatnya lebih baik dari seribu bulan yang lain jika dimanfaatkan oleh umat Islam sebaiknya iaitu Lailatul Qadar. Walau bagaimanapun, pada perbahasan kali ini penulis akan membahasakan berkaitan dengan bulan Ramadhan yang digelar sebagai bulan kemenangan dan bulan tarbiah bagi umat Islam.
Bagi konteks tarbiah, mungkin kita semua sedar bahawa tarbiah itu sememangnya berlaku dengan sendirinya di dalam bulan Ramadhan kerana perintah Allah kepada hamba-Nya untuk berpuasa yang memupuk sifat sabar, disiplin dan banyak lagi. Seperti yang penulis katakan di dalam topik rahsia puasa dimana kebaikan yang terkandung di dalam ibadah puasa ini sememangnya tidak terkira. Oleh itu, wujud suasana tarbiah dikalangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan yang mengambil mudah berkenaan puasa. Golongan seperti ini bukan lagi hanya dapat lapar dan dahaga tetapi terus tidak melaksanakan ibadah puasa tanpa sebarang masyaqqah yang menghalang. Bahkan, kedatangan bulan Ramadhan langsung tidak mendatangkan sedikit rasa pun di hati mereka. Golongan seperti ini digelar dalam konteks adat setempat kita βgeng plastik hitamβ. Apapun, kita doakan sahaja buat mereka supaya diberi hidayah dan pulang ke jalan Allah kembali. Ini kerana bila seseorang itu memilih untuk mengingkari syariat Allah tatkala dia sendirian, maka itu adalah urusan diantara dia dengan Allah sahaja sebab kita tidak tahu tentang perkara tersebut.
Berbalik kepada konteks tarbiah, gelaran madrasah pada ramadhan itu sendiri telah menunjukkan bahawa sememangnya tarbiah itu berlaku pada bulan Ramadhan. Oleh itu, jelaslah penamaan bagi makna tarbiah tersebut.
Beralih kepada yang seterusnya, penulis menyatakan juga bahawa bulan Ramadhan digelar sebagai bulan kemenangan buat umat Islam. Dalam kita meneliti semula sirah terdahulu terdapat 2 asbab utama pada zaman Rasulullah yang menjadikan ramadhan sebagai bulan kemenangan menurut penelitian penulis.
Yang Pertama, Nuzul Quran atau penurunan al-Quran sememangnya menjadikan Ramadhan ini lebih istimewa lagi disamping fadhilat yang sedia ada. Namun apa kaitannya dengan konteks kemenangan bagi umat Islam. Seperti yang penulis terangkan padaa topik yang sebelumnya bahawa peristiwa nuzul Quran tidak keterlaluan jika digelar sebagai titik permulaan peradaban manusia pada zaman itu kerana ia menyingkap kegelapan Jahiliyah dan memancarkan sinar keilmuan Islam melalui penurunan kitab Ilahi itu sendiri. Begitu istimewanya Kalamullah ini sehingga diberikan bermacam kelebihan bagi orang yang bermujahadah untuk menghafaz dan menjaganya. Rasulullah juga memberi jaminan bagi uman akhir zaman selagi mana kita berpegang kepada panduan yang benar iaitu kitab suci al-Quran dan Sunnahnya, nescaya kita tidak akan tersesat.
ΨͺΩΨ±ΩΩΨͺΩ ΩΩΩΩΩΩΩ
Ω Ψ£ΩΩ
ΩΨ±ΩΩΩΩΩΨ ΩΩΩΩ ΨͺΩΨΆΩΩΩΩΩΩΨ§ Ω
ΩΨ§ ΨͺΩΩ
ΩΨ³ΩΩΩΩΨͺΩΩ
Ω Ψ¨ΩΩΩΩ
ΩΨ§: ΩΩΨͺΩΨ§Ψ¨Ω Ψ§ΩΩΩΩΩΩΨ ΩΩΨ³ΩΩΩΩΨ©Ω ΩΩΨ¨ΩΩΩΩΩΩ
Maksudnya: βAku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qurβan) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).β
(Hadis Riwayat Imam Malik)
BY π©π°πͺπ¨πΉπ¨ π«π¨π°π¬ π
Share with your friend now:
tgoop.com/bicaradaie05/6451