tgoop.com/bicaradaie05/6456
Last Update:
Coretan 27 Sya'ban 1446H
Berdoa bersungguh-sungguh agar dikurniakan 'Ramadhan'
Mungkin hari ini kita masih ada di atas tanah, siapa tahu esok kita sudah di bawah? Dewasa ini penulis banyak melihat peristiwa kehilangan nyawa yang berlegar di platform media. Lebih menyedihkan lagi jika difikirkan ia berlaku kurang seminggu menjelang Ramadhan yang mulia.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Benarlah firman-Nya
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ }
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
[Surah Al-Arâf: 34]
Siapa kita untuk yakin bahawa esok masih ada buat diri kita ini, bahkan dalam berlalu detik masa yang takkan kembali ini, bila-bila masa sahaja ajal boleh menjemput. Benar-benar tidak mengira usia, masa, tempat. Apapun pengakhiran kita semoga kita dikurniakan pengakhiran yang baik-baik (حسن الخاتمة). Perbanyakkan doa dan amal dalam masa berbaki sebelum tibanya Ramadhan. Kelak akan menjadi bekalan kita untuk menempuh keseluruhan bulan itu dengan ibadah sekaligus meningkatkan takwa dalam diri.
Semoga kita semua direzekikan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, perbanyakkan doa dan amal. Jadilah, jiwa yang menggunakan Ramadhan sepenuhnya untuk menggapai redha-Nya dan bukan hamba Ramadhan yang ibadahnya bermusim dan berlalunya bulan ini langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan di hatinya
3 HARI MENJELANG RAMADHAN!
Akhukum fillah, Wallahua'lam
@bicaradaie
BY 𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊
Share with your friend now:
tgoop.com/bicaradaie05/6456